Friday, November 11, 2011

:. Kiki Oh Kiki .:

Kiki dah pun selamat menjadi penghuni rumah No. 10.

Tapi kesian jugak dengan Kiki ni. Keseekoran. Sebelum ni dia ada geng nak bergumpal. Ni dah tinggal seekor seekor diri ni, asyik menjerit jerit je.

Harap-harap dalam masa beberapa hari ni Kiki akan ok. Kalau tak, terpaksa le mama dan papa pulangkan Kiki ke pangkuan keluarga. Huhu.

Beberapa aksi Kiki untuk tatapan :









Cik Keboom, iolls lupa lak yang uolls sawan kalau jumpa kucing. Huhuhu.

 

:. 11.11.11 .:

Lawa tarikh hari ni. 11.11.11. Mesti ramai yang akad nikah hari ni kan?

Hari ni harijadi ke-8 anak buah aku, Muhammad Danish Syazwan. Dah besar dah budak yang bolat suatu ketika dulu ni. Dah besar besar ni tak bolat dah.

Danish & Mimi

To abam Danish, Happy Birthday. Kalau ada buat party belon, jangan lupa jemput Mak Lang okeh. Eh. Dan Pak Lang juga. Hahaha. Lupa pulak dah ada suami.

 

Wednesday, November 9, 2011

:. Teruja .:

Sejak nak jadi mama dan papa ni, kami punyalah teruja. Orang sibuk nak raya haji, malam tu kami lak dok sibuk membeli belah barang-barang.

Eh. Aku belum mengandung le.

Sebenarnya teruja nak jadi mama dan papa kepada Kiki. Anak kucing uolls. Kucingnya belum pun dapat tapi dah gigih bagi nama. Tapi orang yang paling teruja ialah sang suami. Elok je pasang sangkar terus tanya bila nak amik Kiki.

Barang-barang Kiki

Ecah kata hari ni dah boleh amik Kiki. Aduh. Lagilah teruja ni. Tak sabarnya.

Hihu.

 

Thursday, November 3, 2011

:. Dari Dapur cikTari .:

Sejak dah baik sikit dari demam dan adanya rancangan Masterchef Malaysia ni, aku dah kembali rajin nak berperang di dapur.

Semalam masak menu ringkas aje. Ringkas ringkas pun ada jugak orang yang menambah nasik walaupun awalnya kata nak makan sikit. Sudah le bang oi. Cakap ajelah terus terang isterimu masak memang sedap. Hahahaha.

Menu malam semalam ialah :

Suhun & fucuk masak air

Daging masak lada hitam
Daging masak lada hitam ni resepi baru yang jadi kegemaran. Senang aje nak masak. Sedap pun sedap. Meh nak kongsi resepi dengan uolls meh.

Resepi Daging Masak Lada Hitam :

Bahan-bahan :
500 gram daging
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Capsicum hijau/merah
Cili padi
Tepung jagung
Garam & gula

Cara memasak :
1. Potong dan rebuskan daging.
2. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan sos tiram. Kemudian masukkan daging dan air.
4. Setelah mendidih, masukkan capsicum dan cili api. Masukkan garam, gula dan tepung jagung.
5. Siap.

Resepi ni aku amik dari internet. Tak ingat kat mana. Myresepi kot. Kawan-kawan aku, Ecah dan Iju pun dah cuba resepi ni jugak. Si Iju sampai berapa hari entah orang rumah dia dok suruh masak resepi ni. Huhu.

Kalau ada resepi lain, nanti aku tepek lagi.

Cik Keboom, kalau nak rasa meh le datang umah iolls!

 

Tuesday, November 1, 2011

:. Hari Keluarga Unit .:

Rabu lalu, 26 Oktober 2011 telah berlangsung Hari Keluarga unit aku di Impian Rimba Resort, Hulu Langat.

Memang happening dan pening habis dengan pelbagai aksi-aksi kelakar sepanjang program berlangsung. Malas nak cerita panjang, layan gambar ajelah ek.

Lokasi program

Kaunter pendaftaran

Si kecik pun sibuk nak mendaftar

Wajah-wajah kegembiraan dapat hadiah pintu

Ucapan perasmian oleh boss

Bergambar ramai-ramai sebelum program bermula

Acara sukaneka kanak-kanak.
Tiup gula-gula dalam tepung.
Er. Yang mana satu kanak-kanak?

Bawa bola pingpong dalam sudu.
Eh. Mak bapak Emeer ke tu?

Acara sukaneka dewasa. Lari ikat kaki

Siti tengah ajar Kak Zurina berjalan ke?

Lari kepit belon. Cayalah boss!

Tu le Dayah. Sape suruh pecahkan belon.
Kan dah kena tiup balik. 

Baling belon air. Bersedia semua!

Pelbagai gaya sambut belon.

Acara boling kelapa. Gaya profesional Wani. Gaya ajelah.
Pin tak jatuh pun. Hehe. Jangan marah ye, Wani.

Nak main boling ke nak menari ni Sue oi?

Acara paling ganas. Tarik tali. Motip muka stress Yana?
Siti riang ria je tu.

Accik Lupekanje dihempap tali.

Acara air. Acara mandikan Ahmad.
Eh. Acara isi air dalam betung.

Eh. Bukan nak tunjuk gambar seksi.
Tapi nak tunjuk teknik main acara ni. Hehehe.

Acara sampingan. Kelas renang oleh coach Niesa.

Sekadar jadi penonton. Maklum le. VIP.
Verangan Important Person konon.

VIP mencemar duli sebelum balik. Rendam kaki seround.

Singgah makan durian sebelum balik.
Encik Aswad, lenkali belanja lagi ek?
Kita kan BFF makan durian. Hahaha

Ok. Itu sahaja. Sekian Terima kasih.
 

Wednesday, October 12, 2011

:. Idea Deko Ruang Tamu II .:

Sekadar nak berkongsi idea untuk deko ruang tamu.

Semalam terjumpa laman sesawang ni, HourHome. Teruja sungguh bila jumpa benda-benda menarik untuk deko rumah. Terus save beberapa gambar untuk tunjuk pada sang suami.

Painting clock ni adalah gabungan antara jam dan hiasan dinding. Memang sangat menarik. Dan ada banyak design dan kaler. Macam aku, aku suka yang warna merah, putih dan hitam. Kan konon-konon nak buat tema ruang tamu kaler tu.

Kalau yang berminat, boleh le jenguk laman sesawang HourHome. Kat sini aku kongsikan beberapa contoh design painting clock ni dan contoh dekonya.







Cantik kan? Harga painting clock ni berbeza-beza mengikut ukuran. Ada kecik. Ada besar. Ada segi empat tepat. Ada segi empat sama.

Ecah, kita kumpul duit jom beli benda ni.

 

:. Makan-Makan .:

Aku memang suka makan. Dan sekarang ni rasanya aku memang banyak makan.

Tapi makan le banyak mana pun tetap tak mampu menandingi teddy bear aku, sang suami. Walaupun aku makan banyak, tetap dia jugak yang membolat. Walaupun aku berusaha telan macam-macam obat, tetap dia jugak yang mengandung. Mengandungi lemak.

Mungkin jugak aku membela saka. Eh.

Dah lama jugak takde aktiviti makan-makan. Tapi 2,3 menjak ni macam dah ada balik aktiviti makan-makan. Nasib baik ada ibu mengandung, si Ecah. Walaupun orang lain yang teringin nak makan, tetap nak guna nama si ibu mengandung sebagai alasan. Kehkehkeh.

Ni antara makanan-makanan yang sempat dibaham beberapa hari ni :

Spaghetti Meatball Secret Recipe.

Nasi ayam penyet Wong Solo.
Gambar curik dari enchek Google.

Quarter meal Nando's. Orang belanja.
Gambar curik dari echek Google jugak.
Dah lama tak timbang berat. Harap-harap naik le berat sebab seluar jeans pun macam dah ketat.

Hihu.