Thursday, February 24, 2011

:. Menghitung Hari .:

Bukan nak letak lirik lagu Kris Dayanti di sini okeh.

Yang sebenarnya tengah menghitung hari untuk 'bendera jepun' berikutnya. Berdebar mengalahkan masa sang suami nak akad nikah tempoh hari je. Kalau ikutkan kitaran, hujung minggu ni atau minggu depan bulan akan mula menjengah. Kalau ikutkan hati, harap sangat supaya bulan langsung tak menjengah. Huhu.

Doakan semoga berita baik akan muncul okeh.

Haish. Tak sukanya nak menanti. Tak boleh test sekarang ke? Memang kena tunggu lewat baru boleh test ek?

Gila tak penyabar betul. Huh.

Wednesday, February 23, 2011

:. Pulang Ke Gagang .:

Setelah tiga malam bertapa di rumah PIL, akhirnya hari ni akan kembali semula ke rumah ibunda terchenta. Hoorey!

Tapi tak boleh le nak hoorey hoorey sangat sebab pulang seorang diri sajok. Sang suami kena outstation. Jumaat baru pulang ke pangkuan. Huwaaaa.

Sepanjang tiga malam di rumah PIL, Alhamdulillah takde mimpi ngeri berlaku. Siap dapat layanan first class lagi. Ko ado? Balik keja tau-tau je MIL dah buatkan teh okeh. Lauk pauk pun dah sedia terhidang hanya tunggu masa untuk dibaham sajok. Tapi sebab taknak nampak kan sangat kegelojohan, bagi le alasan nak makan bersama sang suami. Cas-cas isteri mithali le ni. Boleh gitu?

Akhir-akhir ni agak kuat makan. Lapar 24 jam. Petanda kah?

Jeng jeng jeng.



Monday, February 21, 2011

:. cikTari Kembali .:

Tetiba rasa nak kembali berblog.

Diam tak diam dah lebih dua minggu bergelar isteri. Serius masih terasa macam mimpi. Tapi bila lempang pipi sendiri, sah ini semua bukan cobaan. Muahahaha.

Pengalaman menjadi seorang isteri akan dikongsi sikit masa lagi. Dan kalau ada gambar-gambar sensasi detik bersejarah tempoh hari, pun akan dikongsi jugak. Insya Allah.

Doakan yang terbaik untuk rumahtangga yang baru dibina ini. Amin.