Thursday, March 31, 2011

:. Awan Nano .:


Eh. Awan nano tu apa ek sebenarnya? Sampai sekarang ni aku tak tahu awan nano tu apa. Dahsyat. Dahsyat. Itulah pentingnya science edukesyen.

Sebenarnya nak cerita pasal gambar ni. Cerita di sebalik sesi penggambaran. Nasib baik le aku nampak cinonet je dalam gambar ni. Kalau close up, mungkin boleh nampak mimik muka aku yang mengerikan. Hahaha. Habis le lepas ni semua pakat nak zoom gambar ni.

Sesi penggambaran ni dibuat selepas majlis akad nikah. Memanglah kan. Gila hapa nak amik gambar pegang-pegang tangan sebelum nikah? Amik gambar kat masjid lak tu. Nak kena panah petir ke hapa? Huhu. Ok. Ok. Sambung cerita. Masa ni rasanya dalam pukul 12 @ 12 lebih le. Matahari dok terpacak atas kepala. Pastu kena lak berdiri kat tengah-tengah laman. Menggelupur kejap le aku dibuatnya kat tengah  tu. Bukan menggelupur sebab panas mentari. Tapi menggelupur sebab pijak jubin lantai tu. Panas gila okeh. Melecur kejap tapak sulaiman kaki. Sang suami eksyen habis time tu sebab dia pakai stoking. Siap gelak-gelakkan aku lagi. Cis. Cis. Ciskek.

Tapi bila tengok gambar ni, rasa puas hati le dengan hasilnya. Cantek. Memang dahsyat. Berbaloi le walaupun terdera seketika. Semua tu kenangan. Belum lagi aku cerita kenangan bergambar dalam semak sambil digigit nyamuk. Yang tu lagi dahsyat. Hehehehe.

Eh. Sesiapa yang tahu apa tu awan nano sila bagitau aku okeh. Aku tak nak terus diselubungi misteri awan nano.

:. Makan-Makan @ Secret Recipe .:

Hari ni makan-makan kat Alamanda lagi.

Biasalah. Feeling-feeling orang kaya tiap-tiap minggu makan tempat mahal. Tapi kaya ke? Nan ado okeh. Bila hujung bulan mulalah merungut ekonomi meleset. Huhuhu.

Kali ni geng makan lepak kat Secret Recipe walaupun ada orang sibuk nak makan ayam goreng Mekdi. Tapi bila kata nak pegi Secret Recipe, orang yang nak makan ayam goreng Mekdi tu jugaklah yang paling teruja. Dia tu cakap je makan kat mana. Semuanya dia teruja. Tak paham. Tak paham.

chicken cordon bleu
Ini menu tetap iolls kalau makan kat Secret Recipe. Kegemaran sepanjang zaman. Tapi macam kurang best sikit hari ni sebab tak banyak cheese dan black pepper pulak berlebihan sampai rasa terbako semua lemak-lemak dalam badan. Motip kan? Sabotaj le tu.

Lepas ni banyak lagi tempat makan-makan yang nak diterjah. Harap uolls tak bernanah bijik mata kalau disajikan dengan entry makan-makan aje lepas ni. Biasalah uolls. Nama pun geng makan-makan. Memang makan-makan ajelah aktivitinya.

Aktiviti shopping-shopping?

Sori. Sila join geng lain.

Tuesday, March 29, 2011

:. Dulu Lain, Sekarang Lain .:

Dulu asal ada masa terluang je mesti dok mengadap blog bride to be dan blog kawen-kawen.

Sekarang lak asyik dok mengadap blog masak-masak, blog mak-mak, blog isteri-isteri. Tiba-tiba rasa macam dah tak muda lagi. Huhuhu.

:. Artis Feveret .:

Sang isteri : Bang, tadi kan jumpa artis feveret abang kat Alamanda.

Sang suami : Sape?

Sang isteri : Ala. Artis program realiti.

Sang suami : Artis program realiti? Sape ek?

Sang isteri : Artis program realiti le. Sekarang dah pakai tudung.

Sang suami : Oooo. Farah AF ye?

Amboi. Amboi. Amboi. Memang betul-betul artis feveret ke? Menyesal cakap. Huhu.

Monday, March 28, 2011

:. Makan-Makan @ Sushi King .:

Walaupun aku ni suka drama Jepun tapi bila bab makanan Jepun ni, aku tak berapa nak masuk sangat le. Bak kata orang tua-tua - cannot go.

Masuk hari ni, dah dua kali aku berjinak-jinak dengan Sushi King. Sebelum ni sumpah tak penah ada perasaan nak mencuba makan sushi dek kerana terbayangkan ikan mentah sebagai santapan. Gila kolot fikiran. Muahaha. Tapi sejak ada geng makan-makan ni, dah macam-macam benda aku belajar makan. Kira ok le kan. Kalau nak harapkan sang suami bawak makan kat tempat-tempat luar biasa ni, mimpi sikit le uolls.

Geng makan yang tak cukup korum
Hari ni tak berapa teruja nak makan sebab makan mengadap orang. Feeling feeling orang-orang kat depan tu dok tengok aku padahal diorang dok tengok sushi yang lalu lalang. Biasalah. Perasan sikit. Hahaha. Tapi bila tak cukup korum ni, kurang meriah sikit le. Kalau tak memang banyak le gosip liar dan sesi penggambaran berlaku.
Oklah. Tak boleh nak tulis panjang-panjang. Tengah kekenyangan tahap gaban. Will update more soon. Kalau rajin le. Kalau mood malas menguasai diri, paham-paham le. Tiga bulan lagi pun belum tentu blog berupdate.
Hehehehehe.

:. Bawa Ku Pergi .:

Dah lama teringin nak pegi jalan-jalan dengan sang suami.

Pegi jalan-jalan kat tempat yang jauh le maksudnya. Kalau setakat jalan-jalan pegi Carrefour ke Midvalley, baik tak payah nak bising-bising kan. Tapi hari tu dah bunyi-bunyi sikit le kat sang suami. Cakap nak jalan-jalan kat Melaka.

"Nak buat apa gi Melaka?"

Garang je bunyi suara sang suami bertanya. Takutnyaaaaa..

"Jalan-jalan le. Gi Zoo Melaka ke. Taman buaya ke."

Hahaha. Tak romantik langsung tempat yang aku nak pegi. Argh. Tak kira. Nak pegi jugak.

"Ok." Balas sang suami. Yes! Yes! Yabedabedu.

Dua minggu lepas ada jugak pegi Melaka. Kenduri kawen sedara sang suami. Balik tu sempat singgah ke Bandar Melaka. Merasa le naik river cruise seround. Pak mertua belanja okeh. Tapi tak best sebab kena dok sopan-sopan. Tak boleh le nak terkinja-kinja atau peluk-peluk tangan suami sambil mengada-ngada. Berani ko buat camtu depan mertua? Kang tak pasal-pasal kena slap seround. Huhu. Disebabkan tak puas berjalan hari tu, tu yang sibuk nak pegi lagi. Last pegi jalan-jalan kat Melaka 3 tahun lepas. Lama dah tu. Zaman anak dara lagi. Sekarang dah tak dara dah. Eh. Terkeluar statement berani mati lak. Haha.

Gambar dari arkib


Dulu jalan-jalan dengan kengkawan. Sekarang ni nak le jalan-jalan dengan sang suami lak. Dulu jalan-jalan kena keluar duit sendiri. Sekarang ni jalan-jalan pun boleh jimat duit. Hahaha. Jangan marah, bang.



Harap-harap jadi le pegi. Tak dapat pegi luar negara, pegi luar negeri pun jadilah kan uolls.


Friday, March 25, 2011

:. Persoalan .:

Kalau kereta yang aku pandu dengan kelajuan 110km/j masih boleh dipotong oleh bas, berapakah agaknya kelajuan bas itu?

Thursday, March 24, 2011

:. Mekdi .:

Semalam masa lepak lepak tengok tv dengan sang suami, tiba-tiba sang suami berkata;

"Dah lama tak makan mekdi.."
"Kalau camtu hari sabtu ni kita gi makan mekdi k.."

Balas sang isteri yang baru je makan mekdi dua hari lepas. Hehehe.

:. Sandarkan Pada Kenangan .:

Hari ni bulan datang menjengah lagi. Kecewa di situ.

Disebabkan ada teman opis yang baru bergelar raja sehari, maka aku pun nak feeling feeling pengantin baru jugak. Boleh gitu?

Ini bukan pose manja. Ini pose orang yang tengah lapar dan penat giler. Harap maklum.

:. Bila Ada Astro .:

Dah seminggu pasang Astro kat bilik. Gara-gara nak tengok final Raja Lawak.

Bila dah ada Astro ni, orang yang paling setia mengadap tv tak lain tak bukan sang suami le. Habis diconquernya tv. Tak merasa le nak layan cite korea ke cite cina lagi dah. Yang tak boleh blah tu, tup tup dah tambah package pulak. Tau-tau je sports channel dah ada dalam carta.

Aduyai.

Nampaknya kasih sang suami kena bahagi dua le. Bahagi antara aku dan Astro. Huhuhu.

Wednesday, March 16, 2011

:. Rezeki .:

Sempat menjengah sebentar ke laman mukabuku. Dan terpandang status seorang teman. Sentap seketika.

Sentap bukan kerana dicerca. Tapi sentap dengan berita gembiranya.

Buat sang teman, tahniah di atas kurniaan Allah padamu dan suami. Sudah rezekimu mendahuluiku. Huhu. Semoga selepas ini giliranku.

Amin.

Monday, March 14, 2011

:. 11 Mac 2011 .:

Pagi Jumaat 11 Mac 2011, teman rapat aku telah kehilangan suami tersayang buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya.

Sungguh besar dugaan yang diterima. Perginya sang suami tanpa pesan. Perginya sang suami tanpa sempat menatap zuriat kedua yang dikandungkan.

Buat sahabatku Noor Fadzilah Hashim, tabahkan hatimu. Kuatkan semangatmu demi anak-anakmu. Allah lebih menyayanginya.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Tuesday, March 8, 2011

:. Keluarga Terhebat .:

Keluarga iolls
Disebabkan adik beradik aku yang lain adalah lelaki, makanya pemilihan kaler pink sebagai kaler tema memang menimbulkan kontroversi. Masing-masing sibuk mencari alasan untuk tidak memakai baju kaler pink pada hari bersejarah kami. Macam le kalau pakai baju kaler pink badan jadi gatal-gatal. Huhu.

Keluarga sang suami
Bersyukur dikurniakan dua buah keluarga yang terhebat. Tanpa kedua-dua keluarga terhebat ini, mustahil kami dapat merealisasikan majlis perkahwinan impian kami.

Terbaek! Sayang kamu semua!

:. Saya Terima Nikah .:

Semasa membaca skrip ijab qabul (motip aku yang sibuk-sibuk baca kan) yang diberikan oleh jurunikah beberapa hari sebelum majlis akad nikah, aku baru perasan yang skripnya berbeza dari kebiasaan.

Yang biasa kita dengar 'aku nikahkan dikau..' dan dijawab dengan 'aku terima nikah..' tapi skrip yang diberikan ni lain pulak. Lafaz ijab adalah 'saya nikahkan dikau..' dan lafaz qabul pula 'saya terima nikah..'. Walaupun kedengaran aneh tapi lafaz ijab qabul tu rasanya lebih sopan dengan kata ganti diri 'saya' berbanding 'aku'.

Sekadar nak tahu, kat KL aje ke yang menggunakan lafaz ijab qabul dengan kata ganti diri 'saya' atau tempat-tempat lain pun camtu jugak sekarang ni?

:. Di Bawah Pohon Asmara .:

Outdoor photoshoot ni dibuat di kawasan sekitar Dewan Komuniti Bukit Damansara.

Siap masuk dalam semak dan digigit nyamuk segala untuk mendapatkan gambar sekacak ini. Pasrah ajelah uolls.

Terima kasih kepada photographer terhebat, Acaii Jawe dan rakannya Cot kerana membuatkan saya nampak chantek dalam gambar.

Hahaha. Sape lagi yang nak memuji kalau bukan diri sendiri kan. Ahaks!

Monday, March 7, 2011

:. Dilema .:

Bila dah kawen ni, banyak hati yang perlu dijaga.

Hati suami. Hati mak sendiri. Hati mak mertua. Pendek kata, semua orang punya hatilah. Sampaikan hati sendiri akhirnya tak terjaga dek kerana terlalu sibuk menjaga hati orang. Huhu.

Bila tak tido di rumah mertua, mak mertua akan asyik bertanya. Tapi bila tido di rumah mertua, mak sendiri pula yang terasa macam kami nak tinggalkan dia.

Cuba bagitau apa yang patut dilakukan. Please.......

Wednesday, March 2, 2011

:. Si Sepatu Putih .:

Sepatu putih yang jadi teman setia sepanjang dua hari majlis bersejarah.

Walaupun beberapa kali kerongsangnya tertanggal sampai terpaksa lekat guna chewing gum, tapi sepatu inilah pelengkap gaya okeh.

Ada sesiapa nak sewa sepatu putih berisiko tinggi ni?

:. Perubahan Hidup .:

Kehidupan berumahtangga banyak mengubah kehidupan aku.

Kalau dulu balik keja je makanan dah tersedia di atas meja. Tapi sekarang balik keja kena fikir nak masak apa untuk santapan sang suami. Kalau dulu hanya tolong ala kadar aje kat dapur, sekarang dah kena masak sendiri. Sesekali je mak memantau. Itupun dari jauh.

Masih berusaha menjadi seorang isteri yang baik. Dan mahu jadi yang terbaik. Terbaik di mata sang suami.

Nota kaki : Bulan dah datang menjengah. Misi gagal!


:. Aku & Dirinya .:

Foto kegemaran nombor satu.
Foto-foto yang lain bakal menyusul sedikit masa lagi.