Tuesday, April 26, 2011

:. Ciku Miku .:

Terima kasih encik Google
Dah lama sangat teringin nak makan ciku. Tiap-tiap minggu bila pegi pasar tani sebelah masjid tu, mesti ada je pakcik jual ciku tu. Tapi tetap jugak tak singgah singgah membelinya.

Kenapa tak singgah?

Huhu. Tak reti nak pilih uolls. Nanti kalau tersalah pilih, terkecewa pulak kan. Tapi sekarang ni perasaan nak makan ciku tu memang dah tak dapat dibendung lagi. Dan tanpa segan silunya mintak ayahanda terchenta carikan ciku bila dia balik kampung hujung minggu ni. Kalau tak dapat jugak, mau aku merajuk lompat dari katil. Huhu.

Nak ciku! Nak ciku!

Haipp. Haipp. Jangan speku. Bendera merah baru je berenti berkibar uolls. Dalam perut ni cuma mengandungi lemak saja okeh. Jap jap lagi nak tambahkan lagi lemak yang ada.

Eh. Bila orang beli kay-ep-si nak balik ni? Lapar weh.

 

:. Tengah Kemaruk .:

Cantek tak? Cantek tak?

Inilah kejanya sekarang. Kemaruk dok tukar layout blog. Tapi yang anehnya, tukar le camne pun akhirnya blog tu akan tetap berwarna pink. Sawan pink kekdahnya. Macam kumpulan Jambu. Muahahaha.

Memang nak memblog tapi idea tu macam nak datang taknak datang je. Mungkin kena seru 'pelawok pelawok pelawok' baru idea nak datang kot. Tapi kalau idea datang mencurah-curah takut orang muntah darah nak membacanya. Mau bernanah bijik mata baca berpuluh-puluh entry akak sehari. Tu yang akak malas tu. Kang tak pasal-pasal rating naik lak.

Eh. Tetiba macam ada idea.

Next entry please...

 

Thursday, April 21, 2011

:. Hujan & Hati .:

Sekarang ni musim hujan kot. Pagi hujan. Petang hujan. Malam hujan.

Bila hari hujan, bawak kereta pun kenalah hati-hati. Dalam pada kita dok berhati-hati tu, ada jugak yang bawak kereta sesuka hati. Memang bikin panas hati. Rasa nak suruh berhenti dan maki-maki. Eh. Eh. Macam berani.

Tapi kalau hujan dalam hati, apa cer lak ni?

 

:. Makin Kurang .:

Dah bersawang dah rumah ni. Pemalas yang amat. Cubalah contohi rakan perblogan yang lain yang gigih menghapdet blog terutamanya Mama Vogue kita tu. Baru join arena perblogan tapi dah jadi blogger tegar. Ko mampu?

Tak mampu. Tak mampu.

Dalam beberapa ketika yang akan datang ni, ahli geng makan-makan akan berkurangan. Kalau dulu pegi makan-makan mesti penuh seAlza. Lepas ni rasanya seViva pun tak mungkin penuh. Minggu depan Ila dan 'Datin Seri' Mira (Datin Seri kah?) akan meninggalkan geng makan-makan. Ila akan memulakan hidup barunya di Ipoh dan Mira lak sibuk nak merangka masa depannya. Semoga dua-dua akan sukses dan tetap tak lupa pada geng makan-makan yang masih terkulat-kulat di sini.

Bakal mengikut jejak Ila dan Mira, bulan depan giliran Puan Juju kita pulak. Puan Juju akhirnya mendapat berita gembira. Dapat naik pangkat uolls! Tahniah ye uolls. Hadiah menjelang harijadi gitu. Jangan lupa belanja weolls okeh.

Aku dan sebahagian geng makan-makan
Banyak kenangan suka duka dengan geng makan-makan. Banyak cerita yang kami kongsi bersama. Dan yang paling aku terharu, semua geng makan-makan datang masa hari bahagia aku hari tu. Memang rasa sangat bermakna. Selepas ni mungkin semuanya takkan sama lagi. Apapun aku doakan semoga geng makan-makan aku terus berhubungan dan semoga persahabatan ni akan kekal selamanya. Walaupun sedih tapi hidup mesti diteruskan. Kan uolls?

Ok. Lap airmata. Sambung buat keja.

Nota kaki : Motip kan. Dah lama tak hapdet blog, tetiba buat entry tangkap leleh lak. Hahaha. Layan kan ajelah ye uolls.

 

Tuesday, April 12, 2011

:. Menu Makan Malam .:

Petang semalam selepas selesaikan perkara-perkara wajib, aku terus menyingsing lengan berperang kat dapur.

Walaupun hanya menu ringkas tapi terjejas jugak le nak menonton cerita cina kegemaran kat 8TV tu. Tapi takpelah. Demi sang suami tercinta. Dan demi nak membodek suruh dia bayarkan kain dari obersi tu. Hehehe.

Menu petang semalam - tomyam ala cikTari dan ayam BBQ berempah cap 5 Star. Beli je kat supermarket. Tak perlu nak perap-perap. Terus goreng sajok.

Bahan-bahan untuk tomyam
Hari tu ada buat tomyam putih. Tapi sebab sang suami komplen kaler tak menarik, semalam aku pun letak le pes tomyam. Nak bagi berkaler sikit le kekdahnya.

Tomyam ala cikTari
Ani, ko jangan terkejut nyah. Mak dah pandai masak tomyam okeh. Walaupun main hentam-hentam sajok. 

Menu ringkas makan malam
Kadang-kadang rasa ajaib pun ada. Bila dah kawin ni, tiba-tiba macam reti semua benda. Pastu jadi rajin tahap luar biasa. Dah dapat kuasa adiwira ke?

Jeng jeng jeng.

Monday, April 11, 2011

:. Maharaja Lawak .:

Dulu memang tak minat sangat tengok Raja Lawak. Tak minat sebab tak berpeluang untuk minat. Atau dalam bahasa saintifiknya, tak tengok pun Raja Lawak ni.

Tapi semenjak dua menjak berkahwin ni, dah terminat sebab dipengaruhi oleh sang suami. Dari Raja Lawak membawa ke Maharaja Lawak. Ketagihan okeh. Dan dengan yakinnya nak melanggan pakej Mustika sebab nak tengok Maharaja Lawak. Tengok. Tengok. Gigih tak gigih laki bini ni. Dahsyat. Dahsyat.


Maharaja Lawak dah pun masuk minggu kedua. Masih suam suam. Masing-masing belum menunjukkan taringnya lagi terutamanya peserta feveret, Jozan. Walaupun lawak tak berapa nak lawak, undian tetap tinggi. Motip begitu? Setakat ni peserta yang aku dan sang suami rasa best dan idea sangat kreatif ialah Jambu, R2 i love u i love u dan Nabil. Ye. Nabil. Nabil sangat lawak ok. Dan sangat kreatif. I like. Siap boleh buat lawak bersiri lagi. Memang dahsyat.

Pasal Jozan, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Lawak diorang hari tu tak menyentuh sensiviti mana-mana pihak ke? Shamsul Yusof tak sentap ke bila digambarkan sebegitu?

Kalau aku Shamsul Yusof, aku sangat sentap okeh.

 

Thursday, April 7, 2011

:. Pesanan Penaja .:


Harap maklum. Sekian. Terima kasih.

 

Wednesday, April 6, 2011

:. Kurang Upaya .:

Dua tiga hari ni aku agak kurang upaya.

Kurang upaya sebab dua deria terjejas. Deria rasa dan deria bau. Semua benda yang aku makan sama aje rasa dia. Selera makan pun takde. Cuma mampu minum air bergelen-gelen sebab nak kurangkan rasa perit kat tekak.

Cepatlah sembuh hendaknya. Tiba-tiba terasa macam dah jadi manusia yang tak berperasaan.


Tuesday, April 5, 2011

:. Dua Bulan .:

Dah dua bulan rupanya. Macam tak percaya je.

Eh. Jap. Jap. Sila jangan salah paham ye uolls. Dua bulan melayari alam rumahtangga okeh. Bukan dua bulan usia kandungan. Yang tu setakat ni masih belum ada rezeki lagi. Doa-doakan le semoga ada le hendaknya dalam waktu terdekat ni. Penat tau nak menjawab soalan wartawan dan paparazi semua ni. Dah jawab soalan pun tetap tak masuk paper. How? Nak tunggu akak buat sidang akhbar ke uolls? Vavava. Ko bajet ko artis paling popular Berita Harian feeling feeling nak masuk paper hari Ahad?

Dalam tempoh dua bulan ni banyak perkara baru yang aku belajar. Dan masih banyak jugak perkara yang perlu aku belajar. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan status dan situasi baru. Setakat gaduh-gaduh manja, merajuk sini sana tu memang le ada. Macam tak biasa lak uolls ni.

Bercakap pasal bulan bulan ni, ada kawan aku yang celebrate anniversary setiap bulan. Dahsyat. Dahsyat. Tapi ok what? Tiap-tiap bulan dapat hadiah. Ko mampu?

Bang, kita tak nak celebrate setiap bulan jugak ke?

Ok. Takpe. Tak payah jawab. Dah boleh tau jawapannya.