Wednesday, May 25, 2011

:. Korporat Kah? .:

Sekarang ni banyak jabatan kerajaan sibuk dengan baju keparat korporatnya. Opis aku pun tak ketinggalan le untuk menyibuk sama. Haruslah uolls. Malu le kalau ketinggalan dalam bab gaya, mutusamy dan keunggulan ni. Kurang-kurang kalau orang tanya 'ko ado?', boleh le menjawab 'ado ado' dengan eksyennya.

Elok-elok dapat gaji, baju yang sangat korporat ni pun siap. Koyak kejap beg duit. Tapi yang paling tak tahan tu, baju idaman malaya ni memang membuatkan bijik mata anda berdarah!


Amik ko. Punyalah oren. Mengerikan. Dasyat. Dasyat. Aku rasa tiap-tiap hari Rabu kena bawak spek itam pegi opis. Kalau tak pakai spek itam, confirm berdarah dan bernanah bijik mata semua orang.

Pemilihan warna yang terbaek. Saya suka baju keparat korporat saya!

 

Tuesday, May 24, 2011

:. Huru Hara .:

Hari ni kat opis ni punyalah huru hara. Dengan orang nak bertukarnya. Dengan orang yang tiba-tiba nak kena tukar. Dengan orang nak tanya itu. Tanya ini. Dengan nak cari fail yang entah menyorok kat mana. Betul-betul huru hara.

Motip jadi begini?

Pening. Pening. Ni yang buat aku tetiba nak makan ayam goreng mekdi ni.

 

Thursday, May 19, 2011

:. Makan-Makan @ Rumah Ibu Adam .:

Ini cerita yang dah agak basi sebab kejadian berlaku bulan November tahun lepas. Ibu Adam pun dah pindah ke Perak.

Tapi disebabkan jakun nak tunjuk gambar yang ada watermark dan tengah lapar sekarang ni, tu yang buat entry bergambar ni. Manalah tau lepas buat entry ni, ada orang buat entry resepi siakap 3 rasa untuk dikongsi bersama.

Aktiviti memasak secara berjemaah geng makan-makan ni dilakukan pada rehat tengahari Jumaat. Orang lelaki sibuk solat Jumaat berjemaah, orang perempuan lak sibuk memasak berjemaah gitu. Malas cerita panjang. Meh layan gambar makanan yang dimasak oleh masterchef sekalian.

Siakap 3 rasa oleh chef Liza

Sotong celup tepung chef Aida

Sayur campur chef Liza lagi

Telur dadar tak tahu sape chefnya

Koktail buah cikTari
Memang seronok sangat time ni. Riuh rendah dapur dengan macam-macam gelagat dan petua. Pastu masing-masing pakat mintak resepi. Tapi ada ke membuatnya? Tetttttt.

Rindu sungguh kenangan tu.

 

Wednesday, May 18, 2011

:. Si Penjaga Rumah .:


Nama : Mitam
Nama manja : Baby (baby le sangat)
Kerjaya : Penjaga rumah no.42
Karakter : Manja tapi garang
Makanan kegemaran : Nasi lauk ikan rebus dan ikan mentah
Hobi : Mengeow tak kira masa. Suara tahap boleh pecah gegendang telinga

Berminat untuk memiliki beliau? Sila hubungi saya dengan segera.

 

:. Makan-Makan @ Restoran Sup UK

Yeah! Kembali lagi ke arena makan-makan.

Kali ni keluar makan-makan dengan geng waran merangkap geng blogger. Wah. Geng blogger gitu. Geng blogger satu unit sajok. Hehehe. Hari ni destinasi makan-makan aku, Juju, Ecah, Wani dan Intan adalah Restoran Sup Urat Ketin yang popular kat Bangi nun. Patutnya pergi berenam. Tapi saat-saat akhir Nek Cah tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ye ke tak dapat nak elak Nek Cah?

Santapan beta
Aku amik nasik secoet je. Pastu lauk 3 jenis. Tapi berpeluh nak menghabiskannya. Mana taknya. Pedas gile. Sambil makan sambil kesat peluh.

Sup UK pujaan ramai
Sekali sekala dapat lari jauh sikit untuk makan tengahari memang best. Lagi best bila dok himpit-himpit dalam kereta. Part paling best bila tuan punya kereta isi minyak, dia kurung kitorang dalam kereta tak bukak tingkap. Memang best. Kan kawan-kawan? Muahahaha.

Dah makan kenyang-kenyang ni, balik opis rasa mengantuk pulak. How?

Monday, May 16, 2011

:. Selamat Hari Lahir .:


Hari ni 16 Mei. Selain Hari Guru, 16 Mei adalah hari lahir kawan aku Ani. Ani ni kawan serumah aku suatu ketika dulu. Juga kawan makan-makan. Dan kawan hoyeh-hoyeh. SELAMAT HARI LAHIR, uolls!

Mesti uolls bangga iolls  buat entry khas untuk uolls kan?

Entry ni bukan percuma. Sebagai bayaran, sila belanja makan kat Ciken Rice Shop okeh.

*Larikkkk!

:. Selamat Hari Guru .:


Hari ni 16 Mei. Hari Guru. Dulu-dulu bila Hari Guru suka beli kad untuk cikgu. Kalau dapat pow abah lebih sikit, dapat le beli hadiah untuk cikgu.

Hari ni walaupun dah bekerja, tiada kad atau hadiah untuk cikgu. Tapi aku buat entry ni khas untuk cikgu. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu-cikgu aku selama aku bersekolah di sekolah-sekolah ini :

i. Sek. Keb Sri Skudai, Johor (1987)
ii. Sek. Keb. Tengku Mariam, Batu Pahat (1988-1989)
iii. Sek. Keb. Lundang, Kota Bharu (1990-1991)
iv. Sek. Keb. Senawang, N. Sembilan (1991-1992)
v. Sek. Men. King George V, Seremban (1993-1995)
vi. Sek. Men. Teknik Port Dickson (1996-1997)

Terima kasih cikgu-cikgu semua sebab telah mendidik aku menjadi orang yang berguna. Walaupun dah banyak nama-nama cikgu yang aku lupa (maklum le faktor usia) tapi jasa semua cikgu tetap aku takkan lupa. Eh. Tapi aku tak lupa nama cikgu Fizik aku. Cikgu Teng. Budak-budak SMTPD mesti takkan lupa sama Cikgu Teng. Kan kan kan?

Tak lupa jugak nak ucap SELAMAT HARI GURU pada kawan-kawan aku yang bergelar guru - Nur Afeeza Anuar, Zuraida Ismail dan Mimi Najua Zainal. Aku tahu ada lagi kawan-kawan aku yang jadi cikgu tapi tak boleh nak recall sekarang ni. Maaf uolls.

Apapun, SELAMAT HARI GURU semua!

 

:. Terminat Pulak .:

"Hey soul sister
Hey that mister mister on the radio stereo
The way you move aint fair you know
Hey soul sister
I don't want to miss a single thing you do
Tonight"

Sampai sekarang dok teringat lagi persembahan Hazama dalam konsert AF yang lepas. Memang sangat menghiburkan. Dan best. Dalam Diari AF pun dia best. Sangat lawak.

Tetiba macam dah minat kat Hazama. How?
 

:. Makan-Makan @ Chakri Xpress .:

Setelah sekian lama tak keluar makan-makan, Jumaat lepas kami kembali ke arena makan-makan.

Tapi kali ni cuma bertiga aje. Aku, Juju dan Kak Aida. Yang lain-lain sibuk manjang. Entah le. Semenjak dua menjak ni, geng makan-makan macam dah pupus je. Tak tahulah apa masalahnya.

Kali ni destinasi pilihan kami Chakri Xpress kat Alamanda. Kalau dah keja kat Putrajaya ni, mana lagilah tempat berpeleseran yang ada. Alamanda ajelah yang ado, uolls. Memandangkan cuma bertiga aje, kami amik set promo lunch tu sajok. Menu pilihan aku - nasi goreng tomyam. Walaupun nasi goreng dia sempoi je rupa parasnya tapi pedasnya ya ampun. Berdesing telinga. Keluar semua peluh jantan. Eh. Peluh jantan?

Kat Chakri ni benda yang paling aku suka dulu, kini dan selamanya dah tentu le dessert dia yang entah apa ke nama. Yang ada sagu, nangka dan santan tu hah. Tapi memang sedap.

Gambar ihsan dari inchik Google

Lagi beberapa hari je lagi Juju akan bertukar angin. Aku tak pasti le lepas ni macamana. Mungkinkah masih ada lagi aktiviti makan-makan sambil gosip liar macam sekarang atau semuanya akan tinggal kenangan.

Hmm. Entahlah. Semuanya dah tak sama macam dulu.

 

Thursday, May 12, 2011

:. Teringin Kek Coklat Donna Hay .:

Semalam aku tak keja sebab sakit mata. Tersadai kat rumah menonton TV tanpa sempadan dan perebutan.

Kebetulan ada pulak ulangan Junior Masterchef yang entah berapa kali entah aku tengok tapi tak jemu. Kegilaan terhadap program masak-masak katanya kan. Dan semalam sekali lagi aku tengok budak-budak JM tu buat kek coklat Donna Hay.


Kek ni memang nampak sempoi tapi bila budak-budak JM tu dah deko bersama Eric dengan tok nenek berries kat atas tu, mau tak meleleh air liur menengoknya. Krim dia pun dah nampak menggiurkan. Terus rasa teringinnnnnn sangat nak makan. Nak makan okeh. Bukan nak buat. Muahahaha.

Malam tadi masa makan dengan sang suami, aku cakap le macam sedap je kek coklat budak-budak JM tu buat.

Boleh pulak dia cakap, " Penah rasa ke?"

Bila dia cakap camtu, aku malas nak komen panjang. Nanti derhaka pulak.

Ilot, uolls buat le kek coklat Donna Hay ni. Nanti bagi sikit kat iolls ye.

 

:. Aku & Fotografi .:

Aku suka fotografi. Aku tak suka amik gambar orang tapi suka amik gambar objek. Pemandangan. Atau benda-benda mengarut.

Walaupun aku suka fotografi, aku takde DSLR. Tak mampu miliki lagi. Yang ado cuma kamera 3.2 megapixel dari hanpon Sony Ericsson dan kamera Sony-tebal-seinci entah berapa megapixel tu hah. Itu je yang ado. Tu pun cas cas malu nak bawak keluar sebab dah kategori zaman Paleolitik punya kamera.

Kat sini aku nak kongsi gambar-gambar yang aku penah amik. Lantak le korang rasa tak chantek pun, yang penting aku rasa chantek. Boleh gitu?

Senja nan merah di pantai Miri

Baldu Langit biru di pantai Miri jugak
Kat tepi Masjid Besi

Damai Laut Lumut
Kali ni kongsi gambar pemandangan je dulu. Lain kali aku kongsi gambar lain lak. Sebenarnya ada sebab aku buat entry ini. Semuanya gara-gara gambar profil aku di laman mukabuku yang menimbulkan kekeliruan pihak lain. Tak semena-mena aku di'add' dalam group SMTPD Photography (group photography budak-budak sekolah aku dulu).

Gaya je lebih. Muahahaha
Gambar ni di'candid' oleh Sue masa aku dok sibuk tengok gambar. Disebabkan kamera tu berat nak m*mpos, aku pun sangkut le kat leher. Bila Sue tunjuk gambar ni kat aku, aku rasa aku nampak sangat bergaya. Wah. Tu yang terus jadi gambar profil mukabuku.

Pasal SMTPD Photography tu, aku dah maklumkan kepada pihak yang berkenaan untuk remove aku dari senarai. Tak layak langsung kot nak join. Gadget pun takde. Apa yang aku nak share dengan diorang?

Setakat share gambar yang takde berapa nak ado, baik aku share kat sini aje. Kan?

 

Monday, May 9, 2011

:. Junior Masterchef .:

Aku memang suka tengok program masak-masak. Tak kiralah program masak-masak Malaysia ke, omputih ke. Janji masak-masak.

Tapi dalam banyak-banyak program masak-masak tu, aku rasa yang ni paling hebat kot.


Hebat dan boleh buat kita menangis woo tengok program ni. Menangis sebab rasa tak mampu nak memasak macam diorang. Huhuhu. Bayangkan le budak-budak yang umur antara 10 hingga 12 tahun boleh memasak dengan dahsyatnya. Memang menangis. Yang tak boleh tahan tu, masa finale boleh pulak budak Jack tu selamba je buat pastri yang jauh lebih sedap dari chef pastri tu. Kalau aku jadi chef pastri tu, memang bersara terus le. Tapi nasib baik aku bukan chef pastri tu.

Kat manalah diorang ni belajar masak ek? Aku rasa masa aku baya-baya diorang, nak masak megi pun pikir 2,3 kali. Takut kalau dapur tak terbakar, aku yang terbakar. Ni tak rajin memasak pun dah ala ala terbakar sikit ni.

Takpelah. Terbakar terbakar pun, tetap suwit kan.

 

:. Masih Aku Terasa .:


Sampai sekarang masih terasa lagi kesedapan Chocolate Lava ni. Sedap yang teramat.

Ada sesape nak belanja akak?

:. Suka Duka Sabtu .:

SUKA SABTU

1. Dapat duit belanja sekolah dari sang suami. Lalalala.

2. Dapat makan kay-ep-si.

3. Dapat baju baru. Untuk henfon.

4. Dapat minum air Mocha Redbox yang sedap.

5. Dapat melontarkan vokal dengan sumbangnya. Berlagak gile pilih lagu lagu bernota tinggi. Sudahnya semua ke laut. Dan paling padan muka, suara hampir hilang gara-gara terlebih lontar vokal.

DUKA SABTU

1. Plat depan kereta patah akibat kemalangan kecil di besmen SOGO. Sang suami boleh pulak cakap lama-lama dengan mamat yang langgar kereta tu. Yang paling tak boleh blah siap speaking Kelate dengan mamat tu. Motip bang? Bila aku hon baru nak bersurai. Motip mamat tu undur kereta tak pandang belakang? Pastu main undur laju-laju. Tak dengar orang hon lak tu. Aku tampar laju-laju kang baru tau.

2. Perang panas (sebab cuaca panas) dengan sang suami gara-gara berebut siaran TV. Asyik asyik bola. Bola. Bola. Bola. Tak kasi can mali can oo oi kat aku langsung nak tengok rancangan lain. Bila aku asyik tengok Criminal Minds tau lak dia bengang.

Itu saja. Terpaksa update blog sebab Accik asyik tanya. Hehehe.

Sekian.

 

Friday, May 6, 2011

:. Untuk Kita Kita Aje .:

Thursday, May 5, 2011

:. Makan-Makan @ Ofis .:

Kali ni sesi makan-makan dibuat di ofis je. Kejadian berlaku seminggu yang lalu tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak update. Boleh gitu?

Sesi makan-makan ni sempena perpisahan Ila, Mira dan Usop. Layankan gambar-gambar makanan yang sangat yummy.

Pembuka selera

Kek coklat Wani

Cheesecake brownies Juju

Apam polka-dot yang hot

Ok. Tunjuk sikit-sikit cukup le. Kang meleleh lak air liur. Muahahaha.

Tuesday, May 3, 2011

:. Hari Yang Sibuk .:

Hari yang sangat sangat sibuk.

Mana nak kejarkan maklumbalas Audit. Mana nak kejarkan pasal meeting yang bos nak pegi esok. Semua aku. Aku. Aku. Dan aku. Haish. Pitam le camni.

Hmm. Rasa macam nak MC je esok.

 

:. Masak-Masak : Apam Mekar .:

Wah. Tetiba dalam blog ni ada resepi pulak. Sangat menakjubkan, kan kan kan?

Penangan duduk berhampiran Mama Vogue, Juju, Wani dan Nek Cah, aku pun dah terjebak sama dalam arena masak memasak ni. Dan dek kerana dah lama sangat nak buat apam mekar dan dah ada pun resepinya, maka aku manfaat hari cuti dengan percubaan pertama membuat kuih. Ye. Pertama kali dalam hidup buat kuih secara solo tanpa bantuan ibunda. Mampu kah?

Apam mekar versi cikTari
Macam tak percaya je cubaan pertama aku berjaya. Terus terlompat-lompat macam orang sewel sampai mak aku pun pening menengoknya. Berkat menggunakan seluruh tenaga memukul telur sampai kembang (maklum le, tak mampu beli mixer), gebu jugak apam tu. Hepi. Hepi. Lenkali boleh buat lagi. 

So kat sini aku nak kongsi resepi buat apam mekar ni.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung
1 1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu besar ovalett
Sedikit esen rose
Sedikit pewarna (ikut suka nak kaler apa)
Daun pandan
Cawan kertas 

Cara-cara membuat:
Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan tepung gandum, ovalett dan esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna ikut kaler kesukaan. Masukkan ke dalam cawan kertas. Kukus selama 15 minit. Pastikan api besar kalau tak apam takkan merekah. Nak lebih wangi, masukkan daun pandan dalam air kukusan.

Selamat mencuba uolls!