Tuesday, June 7, 2011

:. Belaan Makcik Rohani .:

Wah. Tajuk berunsur mistik gitu. Ngeri tak?

Sebenarnya nak cerita pasal kucing-kucing belaan Makcik Rohani yang ada 9 ekor semuanya. Kucing-kucing belaan okeh. Bukan belaan yang mistik seperti hantu raya atau You Saka Pergi Jauh Jauh.

Masa sesi fotografi ni, cuma ada 4 ekor je yang free. Yang lain sibuk dengan aktiviti sukan. Jom berkenalan dengan belaan Makcik Rohani.

Abu

Baby


Bebe

Bebe & Bubu

Kalau nak dibandingkan dengan si Penjaga Rumah, yang ni lebih comel dan fotogenik kan?

Jangan marah Penjaga Rumah. Ilebiu.
 

Friday, June 3, 2011

:. Banyak .:

Untuk mengubat rindu uolls..
Banyak lama tak update. Blog pun dah banyak sawang. Nak buat macam mana. Banyak keja. Blog orang lain pun banyak yang tak sempat baca.

Bila banyak keja ni, makan pun sama banyak. Mungkin sebab banyak guna tenaga dan banyak jugak berpikir, perut jadi cepat lapar. Dan banyak kali pulak menerjah ke kay-ep-si dan Raja Sushi. Aiyak. Tak pasal-pasal duit banyak habis. Dan tak pasal-pasal jugak banyak kain baju kurung mengecil. Pinggang ketat uolls. Tak boleh dah nak cangkuk.

Banyak susah hati woo. Sekarang banyak betul makan. Makin banyak ruang lak dalam perut ni. Banyak pelik.

Oklah. Tak boleh update banyak-banyak. Idea tak berapa nak banyak menjelma. Lagipun banyak mengantuk.

Wah. Mesti banyak menyampah baca entry 'BANYAK'  ni kan?

Huhu.