Sunday, July 24, 2011

:. Terbang Ke Seberang Laut .:

Wah! Seberang laut le sangat. Seberang Laut China Selatan sajok.

Bulan ni memang kejanya berjalan ke merata negeri. Selatan. Utara. Dan sekarang Malaysia Timur pulak. Walaupun penat tapi seronok le jugak dapat jalan-jalan tempat orang.

Masuk minggu ni, dah dua minggu sang suami dihantar pulang ke rumah ibunya. Dihantar pulang kah? Bukan pulang sendiri ke? Huhuhu. Dan dua minggu ni jugak kejanya ulang alik ke LCCT menghantar sang isteri yang terpaksa berkhidmat untuk negara (macam nak pegi berperang le pulak bunyinya).

Menunggu giliran naik Angry Bird merah
Ini kali pertama aku sampai ke Sabah. Nasib baik le pilot JPN tu baik yang amat. Gigih dok bawak kami bertiga ni jalan-jalan. Kalau nak harap berjalan sendiri, jangankan ke Pasar Filipina, ke lobi hotel pun belum tentu kami pegi. Maunya terperuk je dalam bilik hotel.

Berlakon je lebih ni
Best gile Pasar Filipina ni. Macam-macam ada. Kudap-kudapan. Kraftangan. Makanan laut kering. Makanan laut bakar. Tukang jahit jalanan. Eh. Apakah itu? Tukang jahit jalanan pun tak tahu ke? Tukang jahit di tepi jalan le. Kalau tengah jalan-jalan tu tetiba kain terkoyak, bukak je kain kasi tukang jahit tu jahit. Mudah bukan?

Dua, tiga hari ni kena cuba sesuaikan diri dengan waktu Sabah Sarawak. Kat sini kan sejam lebih awal dari Semenanjung nun. Kalau biasa breakfast kat hotel start pukul 7.30 pagi, adakah di sini pukul 6.30 pagi dah boleh breakfast?

Matilah. Pukul berapa nak kena bangun pagi?

 

Monday, July 11, 2011

:. Kenapa Saya Tidak Memblog .:

Sebulan kot tak hapdet blog. Macam ni baik tak payah berblog kan. Hahaha.

Kenapa dah lama tak hapdet blog?

Pertama :
Banyak keja uolls..

Kedua:
Sibuk dengan urusan ini..

Dan yang ketiga :
M-A-L-A-S

Ok. Sebab yang ketiga tu memang tak boleh blah. Itu memang semulajadi. Hahaha.
 
Insya Allah. Akan cuba curi sedikit masa untuk hapdet blog. Rindu betul nak memblog.