Tuesday, August 30, 2011

:. Salam Lebaran .:

Wednesday, August 24, 2011

:. Misi Mencari Tudung Bawal .:

Sekarang ni susah betul nak cari tudung bawal.

Yang berlambak kat pasaran cuma tudung awning sajok. Aku bukan taknak pakai tudung awning. Tapi dah dilarang awal-awal lagi oleh sang suami sebab dia kata tak sesuai dengan aku. Haishhh. Kenalah mengikut kata walaupun bagi aku tudung awning tu lebih senang di pakai.

Tapi yang menjadi masalahnya, bukan senang nak cari tudung bawal ni. Aku tengok yang banyak dijual jenis kain yang tak berapa nak bawal. Tenggiri mungkin. Takpun tongkol. Dulu-dulu kalau nak beli tudung bawal, aku selalu pesan kat kawan opis lama, Deq Wani. Tahun ni tak dapat le nampaknya. Dia dok berpantang di Kelantan nun. Huhu.

Gambar dari enchek Google

Aku rasa kat Jalan TAR nun memang le ada orang menjualnya. Tapi nak ke sana tu, uiiiii tak sanggup mak, nyah! Harap-harap kat pasar malam Jalan Kuching Khamis ni ada le hendaknya. Tak dapat tudung yang betul-betul bawal, dapat yang kembong pun jadilah.

 

Wednesday, August 17, 2011

:. Idea Deko Ruang Tamu .:

Walaupun belum mampu nak membeli pelbagai perabot untuk rumah manis, tapi idea nak mendeko tu dah ada le. Kaler tema pun dah ada yang bermain di ruang minda. Ceewah.

Beberapa idea menarik mengikut tema idaman untuk ruang tamu yang aku suka :

Gambar dari enchek Google

Gambar dari enchek Google
Merah-putih-hitam gitu. Adakah aku mampu merealisasikannya? Atau hanya angan-angan di tengahari bulan Ramadhan di kala mata mengantuk, perut berlagu raya?

Tunggu dan lihat ajelah uolls. Lagipun tak salah kan kalau nak berangan. Bukan kena bayar pun.

Huhu.

 

Tuesday, August 9, 2011

:. Duit Raya .:


Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak berita gembira untuk para penjawat awam. Syukur sangat-sangat. Dan yang paling gembira, tahun ni dapat duit raya lebih berbanding tahun lepas.

Lega rasanya. Bolehlah gunakan duit raya ni untuk selesaikan urusan yang tertangguh.

Terima kasih , PM!

 

Tuesday, August 2, 2011

:. Rumah Manis Kami .:

Insya Allah Syawal nanti kami berdua akan tinggal di rumah manis kami.

Walaupun bukan rumah sendiri, sekurang-kurangnya dah kira terbaik untuk kami mulakan kehidupan yang lebih peribadi. Dah hampir jugak le dapat kunci rumah ni, cuma belum pindah masuk aje. Maklum le. Kami ni kan sebelum ni duduk dengan keluarga. Jadi banyak le persiapan yang perlu dibuat sebelum melangkah masuk ke rumah manis kami ni.


Sebenarnya nak mintak apartment je. Tapi dah rezeki dapat rumah teres. Jenuh jugak le nak mengemas nanti. Nak mencucinya hari tu makan berhari. Nasib baik Cik Ani sudi membantu. Terima kasih uolls. Lepas ni nak mula hantar barang sikit-sikit. Setakat ni kelengkapan asas Insya Allah takde masalah. Itu pun berkat tebalkan muka mintak kat mak, mintak kat ibu. Yelah. Takkan semuanya nak beli kan? Tak mampu uolls. Huhuhu.

Tak sabar nak masuk rumah manis kami. Paling tak sabar nak gunakan dapur. Suka betul dengan dapur tu. Nanti lenkali iolls letak gambar dapur manis lak ye.

Err. Sape sape yang rasa nak sumbangkan perabot ke apa, roger roger le iolls k.

 

:. Bagaikan Mimpi .:


Bagaikan mimpi bila dapat tengok Gunung Kinabalu di depan mata. Subhanallah. Cantik sungguh. Gah berdiri. Sepanjang perjalanan ke Ranau, aku punyalah teruja dok menengok Gunung Kinabalu tu. Serius jakun.

Syukur diberi peluang melihat keindahan ciptaan Allah ini. Walaupun memang takkan mampu nak mendakinya, dapat tengok pun dah kira jadi le.

Puan, tahun depan saya nak pegi Sabah lagi ek.

 

:. Ramadhan Pertama .:

Tahun ni kali pertama menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri.

Tapi takde beza pun sebab kan kami masih duduk dengan keluarga. Jadi seperti tahun-tahun sebelumnya, masa bangun sahur aku sekadar tolong apa yang patut je kat dapur. Jerang air. Buat air. Senduk nasi. Cuci pinggan. Hahaha. Terbaik kan.

Bila tiba Ramadhan, benda yang paling tak syok adalah jalanraya jadi super jem. Memang letih. Tapi itu semua dugaan Ramadhan. Ujian kesabaran. Sabar dan redha sajalah.

Apapun, Selamat Menyambut Ramadhan buat semua!