Friday, September 30, 2011

:. Sumpahan Berakhir .:


Alhamdulillah. Akhirnya sumpahan berakhir jua. Aku dengan Siti punyalah gembira tak terkata. Rasa nak lompat bintang sambil guling-guling aje. Eh. Boleh ke lompat bintang sambil guling-guling?

Ah. Abaikan.

Kat opis aku ni mengandung adalah sejenis penyakit berjangkit. Tak pernah putus. Kalau dapat tau ada orang mengandung, masing-masing dah mula tertanya-tanya giliran sape lepas ni. Punya teruja. Sejak tahun lepas, yang mengungguli carta ibu mengandung semuanya stok anak kedua. Yang dok menunggu anak pertama ni pakat gigit jari.

Tapi kini sumpahan dah berakhir. So kawan-kawan, jom kita sama-sama berusaha lebih gigih lagi.

Hehehehe.

 

Tuesday, September 13, 2011

:. Selamat Maju Jaya, Puan .:


Ini gambar Jumaat lepas. Gambar sempena perpisahan dengan boss kesayangan kami yang dah pun selamat jadi pelajar sarjana di UTM.

Masa amik gambar ni dah pukul 4 lebih kot. Kelam kabut sebab masing-masing sibuk nak balik. Tak cukup korum pun masa ni. Lepas beberapa kali shoot baru le yang lain-lain muncul sorang demi sorang. Memang riuh rendah habis le petang tu.

Yang baju hijau tu memang saja duduk sekelompok dengan niat untuk menenggelamkan orang-orang lain. Hahaha. Kebetulan lak terpakai baju sama kaler. Memang jadi bahan ajelah sepanjang hari.

Jadi kepada boss kami, Puan Nor Azlina Ahmad Zaini, selamat maju jaya kepada Puan. Ada umur panjang, jumpalah kita nanti ye. Hari tu masa orang sibuk-sibuk bergambar kenangan dengan beliau, aku cabut balik. Aku ni part sedih-sedih menyentuh perasaan ni memang tak boleh. Silap-silap boleh banjir kilat opis dibuatnya.

Biasalah. Ahkak kan ratu airmata. Ketawa pun boleh keluar airmata. Kuikui.

 

Monday, September 12, 2011

:. Dapur Manis .:

Sudah mula memindah masuk barang-barang ke rumah manis.

Tingkap dah lap. Langsir dah pasang. Dapur manis dah kemas. Rasanya dalam banyak-banyak ruang, dapur manis aje yang hampir lengkap.

Suka. Suka. Suka.


Ni baru sebahagian barang-barang yang berjaya diangkut menggunakan keretaku si budak hitam. Itu pun jenuh menyumbatnya bagi muat. Tak pasal-pasal si budak hitam jadi lori. Muahaha.

Semalam masa pegi ke rumah PIL, MIL kata dia ada belikan set pinggan mangkuk untuk kami. Best. Best. Serba putih gitu. Sangat mengikut tema. Pastu siap nak bagi tong gas lagi. Sang suami bukan main suka lagi sebab boleh jimat duit dia.

Memandangkan duit sang suami dah banyak jimat, maka aku bercadang nak mintak ni dari dia..

Dah lama sangat berkenan. Boleh ye, bang?

 

Monday, September 5, 2011

:. Idaman Hati .:

Memandangkan dah banyak "peleburan" dibuat bulan ni untuk rumah manis, bulan akan datang bercadang nak dapatkan benda ini pula..

Jam merah hitam yang menggiurkan
Dan ini juga..

Karpet gebu gebu
Semoga tercapai le hendaknya. Amin.