Wednesday, October 12, 2011

:. Idea Deko Ruang Tamu II .:

Sekadar nak berkongsi idea untuk deko ruang tamu.

Semalam terjumpa laman sesawang ni, HourHome. Teruja sungguh bila jumpa benda-benda menarik untuk deko rumah. Terus save beberapa gambar untuk tunjuk pada sang suami.

Painting clock ni adalah gabungan antara jam dan hiasan dinding. Memang sangat menarik. Dan ada banyak design dan kaler. Macam aku, aku suka yang warna merah, putih dan hitam. Kan konon-konon nak buat tema ruang tamu kaler tu.

Kalau yang berminat, boleh le jenguk laman sesawang HourHome. Kat sini aku kongsikan beberapa contoh design painting clock ni dan contoh dekonya.







Cantik kan? Harga painting clock ni berbeza-beza mengikut ukuran. Ada kecik. Ada besar. Ada segi empat tepat. Ada segi empat sama.

Ecah, kita kumpul duit jom beli benda ni.

 

:. Makan-Makan .:

Aku memang suka makan. Dan sekarang ni rasanya aku memang banyak makan.

Tapi makan le banyak mana pun tetap tak mampu menandingi teddy bear aku, sang suami. Walaupun aku makan banyak, tetap dia jugak yang membolat. Walaupun aku berusaha telan macam-macam obat, tetap dia jugak yang mengandung. Mengandungi lemak.

Mungkin jugak aku membela saka. Eh.

Dah lama jugak takde aktiviti makan-makan. Tapi 2,3 menjak ni macam dah ada balik aktiviti makan-makan. Nasib baik ada ibu mengandung, si Ecah. Walaupun orang lain yang teringin nak makan, tetap nak guna nama si ibu mengandung sebagai alasan. Kehkehkeh.

Ni antara makanan-makanan yang sempat dibaham beberapa hari ni :

Spaghetti Meatball Secret Recipe.

Nasi ayam penyet Wong Solo.
Gambar curik dari enchek Google.

Quarter meal Nando's. Orang belanja.
Gambar curik dari echek Google jugak.
Dah lama tak timbang berat. Harap-harap naik le berat sebab seluar jeans pun macam dah ketat.

Hihu.

Thursday, October 6, 2011

:. Cinta Elysa .:


Ni drama terbaru kegemaran aku. Sang suami juga.

Aku memang suka drama-drama lakonan Fasha Sandha. Walaupun dia banyak kontroversi, tapi dari segi lakonan dia memang bagus. Sebab tu aku suka.

Dan yang paling buat aku dan sang suami suka drama ni adalah heronya. Watak Aril tu kadang-kadang aku rasa kelakar pun ada. Sempoi punya samseng. Jujur pulak tu. Dalam pada samseng tu, dalam hati ada jugak taman. Hahaha.

Sekarang ni memang sentiasa tertunggu-tunggu kedatangan hari Selasa. Dan aku rasa ramai jugak yang suka drama ni.

Kan?

:. Alahai Kanak-Kanak.:

Aku tahu le kawasan rumah aku takde pagar.

Tapi perlu ke main beskal atau main lari-lari sampai depan pintu rumah aku? Perlu ke masuk kawasan rumah aku intai-intai isi perut kereta aku?

Ke aku yang tak reti hidup berjiran?

 

Wednesday, October 5, 2011

:. Dah 8 Bulan Rupanya .:


Sangat sekejapan masa berlalu. Hari ni genap 8 bulan usia perkahwinan kami.

Alhamdulillah.

Walaupun masih belum dikurniakan rezeki yang itu, kami bahagia dengan kehidupan kami. Tambah manis bila akhirnya dapat hidup berdua di rumah manis.

Semoga Allah memberkati rumahtangga kami. Amin.

Tuesday, October 4, 2011

:. Hobi Baru .:

Sejak berpindah ke rumah manis, aku dah punya hobi baru. Juga tempat kecintaan terbaru.

Tempat kecintaan
Kalau ada kat rumah, rasanya masa aku banyak dihabiskan kat sini. Kalau merajuk pun, menyorok kat sini jugak. Hahahaha.

Dan sila percaya bahawa hobi baru aku adalah memasak. Dah jadi rutin harian pulak rasanya. Balik keja aje masuk dapur. Rupanya memasak tu adalah perkara yang menyeronokkan. Tambah seronok bila sang suami makan dengan gembira.

Ye. Memang akulah punca badan sang suami bagai dipam-pam sekarang ni. Hehe.

Setakat ni baru berjinak-jinak dengan menu yang ringkas sajok. Dan masih belajar nak cuba memasak menu yang tak pernak dimasak sebelum ni. Terima kasih Mama Vogue sebab kongsi resepi lauk pauk. Setakat antara menu santapan yang dah berjaya disediakan ialah :

Sambal telur

Paprik ayam & telur dadar
 
Sambal sardin & telur dadar

Kobis masak air & sambal daging serta kentang
Menu ringkas macam ni nak kecoh kat blog. Muahahaha. Untuk orang yang tak berapa nak pandai memasak macam aku ni, kejayaan memasak menu ringkas macam ni dah kira satu pencapaian yang besar. Kira motivasi pada diri sendiri le.

Ni pun dah kekeringan idea nak masak apa pulak minggu ni. Kalau uolls ada resepi yang mudah dan ringkas nak dikongsikan, bagitau le ek.

Saya budak baru belajar :)

 

Monday, October 3, 2011

:. Bukan Ahkak Le Uolls .:

Merujuk kepada entry yang lalu, adalah dimaklumkan (motip tetiba buat ayat skemarama ni?) bukan ahkak yang menamatkan sumpahan tu uolls.

Aiyoh. Jangan salah paham okeh.

Orang lain sebenarnya yang mewarisi penyakit berjangkit tu. Turn ahkak belum lagi. Tapi doa-doa le lepas ni ahkak yang dijangkiti pulak. Penyakit berjangkit yang satu ni memang ahkak suka dan tunggu-tunggu.

Muahahaha.