Wednesday, January 25, 2012

:. Salah Siapa? .:

Isnin lepas aku dengan gigihnya cuba memasak menu kegemaran sang suami, Asam Pedas.

Gigih ni awal-awal lagi dah keletung keletang kat dapur nak memasak. Sejak rancangan Masterchef habis dapur Masterchef rumah aku pun sama tak berasap. Tapi berkat menonton Hell's Kitchen, aura nak memasak mula le nak mengintai balik. Haha. Berkat menonton Hell's Kitchen konon. Padahal akibat ditegur oleh sang suami. Keh keh keh.

Eh. Panjang pulak mukadimah.

Aku dapat resepi asam pedas tu dari encik Google. Tapi entah di mana silapnya, asam pedas aku hanya berjaya pada bau, tidak pada rasanya. Dem!

Kenapakah kau tidak jadi sehebat ini? Gambar ni curik dari
 encik Google. Harap maklum.
Maka siapakah yang bersalah? Aku? Resepi? Atau sang suami (sebab dia tukang rasa)? Memang kecewa habis le masa mendapat keputusan GAGAL dalam ujian memasak asam pedas. Ibarat gagal dalam SPM je rasanya. Terus takde mood nak sambung memasak. Huhu.
 
Ada sesiapa boleh bagi resepi merangkap mengajar sekali teknik memasak yang betul bersama tips di balik tabir memasak asam pedas yang mabeles?
 
Please anyone.....

 

Thursday, January 5, 2012

:. Mentari Muncul Lagi .:

Salam dan hai.

Lama sungguh tak update blog. Tau-tau je dah masuk tahun 2012. Nak buat macam mana. Sibuk. Haha. Sangat tak kreatif. Asyik bagi alasan yang sama aje.

Ceewah. Bila update terus bagi tajuk jiwa-jiwa. Tahukah anda asal usul nama CIKTARI adalah dari perkataan MENTARI?

Dah tak bagitau macam mana nak tahu, kan?

Dulu-dulu zaman muda sikit je dari sekarang ni (sekarang ni pun tetap muda okeh!), aku ni suka berchatting di chatbox milik seorang blogger terhangat masa tu. Dan aku guna nickname MENTARI. Dari MENTARI kemudian disingkatkan menjadi TARI. Lalu jadilah CIKTARI gitu.

Eh. Motip tetiba cerita pasal ni?

Haha. Takde motip. Ok. Abaikan.

Entry terakhir aku tahun lepas pasal Kiki kan? Kiki dah besar dah sekarang. Dah jadi budak nakal pun. Dan suka memberontak.

Kiki si budak comot
Sekarang ni Kiki dah tak keseekoran lagi dah. Hari terakhir 2011, tetiba sang suami cadangkan kami beli kembar Kiki, Kika untuk jadi geng gumpal-gumpal. Dan empat hari lepas Kika pun dah selamat jadi penghuni rumah manis kami.

Pendatang baru, Kika
Ado ko Kiki nak kawan dengan Kika? Nan hado pun. Kiki kan anak orang kaya yang lupa daratan bak kata Ecah. Asal Kika main mainan dia je, dia pegi marah Kika. Kalau kami main-main dengan Kika pun, Kiki siap datang nak gigit kaki. Haha. Kadang-kadang rasa lawak gak tengok gelagat budak dua ekor ni.

Ohye. Kami masih berdua. Orang ketiga belum muncul lagi. Doa-doa le semoga orang ketiga muncul tahun ni. Eh. Orang ketiga = cahayamata. Bukan orang ketiga yang tidak sepatutnya itu ye. Huhu.

Alamak! Panggilan alam. Lari dulu ye.

Ciao miao!