Wednesday, February 22, 2012

:. Hadiah Pintu Yang Menarik .:

5 Februari yang sepatutnya menjadi hari meraikan ulangtahun perkahwinan kami telah menjadi hari meraikan perkahwinan orang lain.

Ni semua sang suami punya pasal le. Sibuk nak pegi kenduri. Orang baru feeling feeling nak jalan-jalan tepi pantai ke, lari-lari anak kat taman bunga ke. Tapi nan ado pun akhirnya. **Nanges.

Kendurinya di Melaka tapi yang lawaknya malam tu kami boleh lak makan malam kat Port Dickson. Hebat kan. Tapi bukan makan malam berdua okeh. Berempat gitu kerana rombongan pegi kenduri kahwin adalah bersama ibu dan ayah mertua. Lagi sekali tidak boleh feeling feeling makan malam romantik. **Nanges lagi.

Eh. Ni nak cerita pasal hadiah pintu ke nak cerita pasal sambutan ulangtahun yang tak kesampaian? Tettt. Hahaha. Ok. Ok. Sekadar nak berkongsi hadiah pintu yang menarik. Kot kot ada yang bakal nak mendirikan rumahtangga nak jadikan hadiah pintu ni sebagai inspirasi hari perkahwinan. Kan?


Menarik kan? Tumbler yang kecik tu orang perempuan dapat. Yang besar untuk lelaki. Nak beli kat mana? Haa. Itu yang kita tak tahu. Kena google sendiri le nampaknya.

Ok. Itu saja. Ciao miao.

Tuesday, February 21, 2012

:. Pavlova oh Pavlova .:

Gara-gara kerap menjengah ke blog Kak Nani Rostam, aku, Ecah dan Miju jadi terliur nak merasa keenakan pavlova yang jadi sebutan seantero dunia tu.
Pavlova Kak Nani yang menggiurkan.
Kak Nani pinjam gambar ye.
Yang lawak tu siap google resipi pavlova tapi hado ke membuatnya? Nan hado pun uolls. Hangat-hangat bunga tahi hayam je lebih. Nasib baik le ada si Jenal yang reti membuatnya. Itupun order dari tahun lepas lagi tapi dapatnya tahun ni. Lama betul kekdah membuat pavlova tu ye, Jenal?

Pavlova kami
Walaupun rupa paras tak menggiurkan seperti yang diimpikan tapi tetap sedap sampai menjilat sudu. Mungkin si Jenal nak menerapkan unsur-unsur naga pada pavlova dia tu yang letak buah naga tu. Huhu. Apapun hebat le ko Jenal reti buat pavlova ni. Kami yang wanita ni pun hanya reti meng'order' je. Kehkehkeh.

Terima kasih le pada Jenal sebab merealisasikan impian tekak kami. Merasa jugak le si Ecah makan sebelum bersalin. Kalau tak kang tak pasal-pasal kena bubuh nama anak Anna Pavlova.

Hahaha.

Sunday, February 5, 2012

:. Yang Pertama .: