Monday, March 26, 2012

:. Sakit Le Pulak .:

Pecah rekod hari ni sebab pukul 6.30 dah terpacak di opis.

Ni semua gara-gara si budak hitam kesayangan aku tu masuk hospital semalam. Tiba-tiba sakit pulak. Entah macamana boleh bocor pulak radiator. Nasib baik cepat sedar. Kalau tak lagi le bahaya. Sudahnya pagi ni pegi keja menumpang kasih dengan sang suami. Eh. Macam best pulak pegi keja suami hantar. Hehehe.

Doktor tengah periksa budak hitam
Harap-harap hari ni sihat le si budak hitam tu. Entah berapa le kena agaknya. Baru je feeling feeling nak beli barang deko deko rumah, tiba-tiba si budak hitam lak sakit. Huhu. Takpelah. Demi mu si budak hitam. Kalau dia takde, aku jugak yang susah. Huhu.

Ecah oo Ecah, petang ni tumpang balik ek. Hehe.

 

Friday, March 23, 2012

:. Echu Fruiti .:

Halu.

Dah tiga minggu kot sejak entry terakhir. Ni baru terhegeh-hegeh nak hapdet pasal Echu Fruiti.

Bisnes apalah yang iolls buat ek?

Tadaaaa...




Aku buat bisnes buah-buahan potong okeh. Saja suka-suka. Sampai sekarang ni masih tak percaya yang aku boleh buat bisnes. Kalau nak diikutkan aku ni tak rajin mana pun. Ni semua idea dari Ecah Cinta Kolestrol dan Miju. Huhu.

Alhamdulillah bisnes semakin baik. Pelanggan tetap pun ramai dah. Rasa seronok pun ada sebab bisnes aku ni menggalakkan orang makan buah. Kan sihat gitu. Yelah. Kita ni kadang-kadang nak beli kat supermarket tu malas sikit sebab memikirkan takut tak habis makan. Kalau beli betik, sebiji tu pun ntah berapa lama baru nak habis.

Setakat ni buah-buahan yang ada cuma tembikai susu, betik, jambu, mangga dan kadang-kadang ada jugak le epal hijau. Walaupun ada permintaan untuk buah-buahan lain, tapi aku rasa aku tak mampu nak penuhi permintaan pelanggan. Aku ni bisnes secara sampingan je. Itupun terkial-kial jugak le nak bahagikan masa mana nak potong buah, nak masak, nak uruskan Kiki dan Kika. Memang agak penat jugak le. Nasib baik le sang suami sangat memahami.

Jadi itulah kisahnya Echu Fruiti tu. Kalau uolls nak buat bisnes camni kat opis uolls pun ok jugak. Lain dari yang lain sikit kan? Modal kecik je. Tapi yang paling penting kena pastikan buah-buahan tu dalam keadaan bersih dan segar.

Hah. Berjaya jugak hapdet. Lega!

Monday, March 5, 2012

:. Bisnes Ciktari .:

Hari ni iolls dah pun memulakan bisnes setelah sekian lama membuat perancangan.


Bisnes apakah itu? Nanti iolls cerita lebih lanjut k! Tunggu..