Thursday, August 30, 2012

:. Sebulan .:

 

Wednesday, August 29, 2012

:. Misi Baru .:

Semalam pegi register jadi ahli Akojaya.
 
Motip?
 
Hahaha. Nak beli pinggan mangkuk le motipnya. Kalau tak, takde le akak nak jadi ahli ahli bagai ni uolls. Motip asalnya pegi Kajang tu sebab si Ecah yang nak jadi ahli. Alih-alih aku lak yang amik alih jadi ahli. Ngeh ngeh ngeh.
 
Katalog Akojaya
Ni misi baru aku. Bukan misi nak jadi penjual pinggan mangkuk tapi nak jadi pembeli pinggan mangkuk. Rumah aku ni kaedahnya takde pinggan kaca yang cantik jelita. Yang ado cuma pinggan Melamine. Tu pun ehsan dari keluarga mertua masa kami pindah rumah hari. Makanya kenalah ada jugak pinggan yang cantik jelita untuk tetamu yang datang. Barulah tetamu selera nak makan walaupun masakan tuan rumah rasanya ke laut. Hehehe.
 
Belek katalog sambil ber'Almond London'
 
Semalam dah buat cubaan membodek sang suami. Tapi macam belum berjaya je cubaan tu. Takpe. usaha lagi. Ngeh ngeh ngeh. Ooo bercakap pasal Almond London ni, memang sedap toksah nak cakap le. Aku beli dari Ilot. Almond London ni sedap sebab dia crunchy dan coklat pun rasa sangat sedap tak macam yang aku biasa makan sebelum ni. Kalau biskut coklat chip lagilah. Rasa macam nak sorok taknak bagi orang makan je. Ni pun aku makan secara berhemah. Kalau tak, alamat tak berkuih raya le tetamu yang datang. Muahahaha.
 
Eh, sape nak beli pinggan mangkuk Akojaya meh le datang tengok katalog. Cuci cuci mata sambil berangan macam aku.
 
Okbai!
 

Wednesday, August 8, 2012

:. Untukmu Ibu .:

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu…

Tanggal 30 Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan 1433H, ibunda tercinta Allahyarhamah Rohani binti Yusof telah kembali ke Rahmatullah. Pemergian mengejutnya meninggalkan kesedihan yang mendalam dalam hidup kami sekeluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.