Wednesday, October 31, 2012

:. Deko-Deko : Orkid Di Meja Makan .:

Wah. Bajet diriku Eric Leong pulak nak buat segmen deko-deko.
 
Hari ni aku nak kongsi transformasi yang aku dah buat pada sang orkid yang aku beli di Kaison. Kaison ni kedai feveret aku dan Encik Bebe. Lain kali aku buat entry pasal Kaison ek.
 
Orkid yang aku beli ni bunganya cantik tapi pasunya pulak macam tak sesuai nak dijadikan hiasan di meja makan. Tapi sesuai le dengan harganya. Jadi kena le guna kreativiti untuk mengubah wajah gitu.
 
Inilah rupa orkid yang yang menjadi sebutan di atas

Bahan-bahan untuk proses transformasi. Pasu jernih dan
batu batuan yang separa jernih

Apakah rupanya selepas bertukar wajah?
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
V
 
Suprise! Cantek tak?

Nampak macam mahal tak? Percaya tak kosnya kurang dari RM50?
 
Silalah percaya. Membeli belah di Kaison dijamin sangat menggembirakan diri dan wang anda. Dan aku juga sangat gembira sebab meja makan aku dah berseri dah sekarang ni. Baru berselera nak makan. Eh. Takde orkid pun tetap je berselera makan. Haha.
 
Itu aje. Berjumpa lagi di segmen lain. Okbai!
 

:. Apakah Ertinya Semua Ini? .:

Tahun ni harijadi aku jatuh pada hari bekerja.
 
Best. Best.
 
Best sebab boleh pow kawan-kawan. Best sebab masa tengah-tengah buat keja orang datang wish. Wah! Feeling retis kejap. Dan paling best sebab kawan-kawan bagi hadiah. Cuma kompius sikit kenapakah hadiah mereka macam 1 tema je?
 
Apakah ertinya semua ini, kawan-kawan?
 
Hadiah dari Ecah. Taj Mahal okeh.
Ini bukan belacan. Ini papadom yang belum digoreng.

Dari Meksu. Untuk kudap-kudapan sambil tengok
Adam & Hawa.

Dari Dayah. Kek Gula Hangus. Ni 1/4 je ni. Lagi 3/4
dah selamat dikorbankan kat opis.

Motip semuanya tema makanan kan?
 
Ok fine. Aku tahu. Aku tahu. Aku memang kuat makan. Huhu. Apapun terima kasih atas hadiah korang. Suka sangat! Sayang korang ketat ketat!
 
Okbai!
 

Monday, October 29, 2012

:. Yang Ke32 .:

Alhamdulillah hari ni umur aku genap 32 tahun. Yup. 32. Takde apa yang nak dirahsiakan pun. Yang penting aku tetap kelihatan muda remaja. 

Hahaha.

Apapun syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada hambaNya ini untuk terus bernafas di bumiNya. Syukur juga atas kurniaan kesihatan yang baik (sakit-sakit manja tu biasa le) dan limpahan rezeki untuk aku terus menjalani hidup. Syukur Ya Allah.

Walaupun tahun ini buat pertama kalinya birthday aku disambut tanpa arwah Mak, tapi aku sangat sangat menghargai segala pengorbanan arwah Mak dalam melahirkan dan membesarkan aku selama ni. Terima kasih pada arwah Mak atas kasih sayang, didikan, tunjuk ajar dan panduan hidup yang diberikan sepanjang hayatnya bersama aku. Semua itu tak ternilai harganya dan tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat aku. Hanya doa yang mampu aku titipkan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang aku pada arwah Mak. Dan hanya Allah yang mengetahui betapa rindunya aku pada arwah Mak.

Ya Allah, Kau cucurilah rahmatMu ke atas roh arwah ibuku dan Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah ibuku Rohani binti Yusof.

Saturday, October 20, 2012

:. Bekerja Di Hari Sabtu .:

Haluuuuuu!

Ye. Aku bekerja hari ni. Eh. Bukan aku je. Satu unit okeh. Dan ada jugak unit-unit lain yang terlibat dengan task force untuk hari ni dan esok.

Tahniah kepada kami.

Selalunya hari Sabtu adalah hari untuk berguling-guling di rumah. Tapi minggu ni sila jangan bermimpi nak berguling ke, berkuak lentang mahupun lari setempat di rumah ye. Anda dipohon bangun seperti biasa. Makanya gigih le bangun awal sebab selain nak bersiap pegi keja, kena jugak siapkan sarapan untuk Encik Bebe. Sarapan je. Makan tengahari idok le sempat teman nak menyiapkannya.

Sarapan untuk Encik Bebe

Muka tak rela sebab kena keja hujung minggu

Antara kerja yang perlu diselesaikan

Yang ni memang tugas hakiki

Juga yang ini

Adakah ini yang dinamakan 'Lain-lain tugas yang diarahkan
dari masa ke semasa'?
  
Aircond macam tak berapa berfungsi. Nasib baik le ada
kipas pemberian mantan boss.
Kalau tak, pitam Kak Jah ko ni hah!

Makan time! Part yang paling digemari. Terima kasih kepada
pihak pengurusan sebab sediakan makanan sepanjang hari

Ok. Dah boleh balik

Lewat sikit sampai kat rumah sebab hantar Ecah dan anak-anak balik rumah. Elok je sampai tengok-tengok Encik Bebe tengah vacuum rumah. Bagus. Bagus. Bolehlah ditinggalkan selalu. Ngeh ngeh ngeh. 

Ok. Mau rehat-rehat. Esok nak kena ke opis lagi. Pitam.

Itu je. Okbai!

Friday, October 19, 2012

:. Pembantu Chef .:


Orang sibuk memasak kat dapur, budak dua ekor ni pun sama sibuk jugak. Sibuk terbaring tengah-tengah jalan. Pastu buat muka tak bersalah. Aku dah siap bukak pintu dapur dengan harapan budak dua ekor ni pegilah bermain-main kat luar. Tapi ado ko? Takdo eh.
 
Oklah. Paham. Nak jadi pembantu chef ye?
 
Sila. Sila. Sila cuci pinggan.
 
Okbai!
 

:. Telah Dibuka .:

Akhirnya yang ditunggu telah pun dibuka.
 
Apakah ia?
 
Kedai mamak! Akhirnya ada jugak kedai mamak kat area rumah aku ni. Kalau tak, terpaksalah kami ke Presint Diplomatik kalau nak makan roti canai. Jauh tu. Nak parking pun susah. Cehhh. Tetiba je keluar statement kerek camtu.
 
Aku pun tak pasti bila masanya Restoran Nasi Kandar Al Nazmaju ni dibuka. Tau-tau je malam tadi masa nak keluar makan tengok-tengok kedai tu dah bukak dah. Gembira seketika. Terus singgah.
 
Luas kedai ni. Barang-barang semua masih berkilauan.
Siap boleh cermin muka kat tray roti canai. Kahkahkah.

Hujan-hujan pun tetap nak order milo ais.

Memandangkan hujung minggu ni ada task force di opis, makanya dah tak perlu le risau memikirkan sang suami nak makan apa di rumah. Kedai mamak dekat je kan? Jalan kaki pun boleh.
 
Ngeh ngeh ngeh.
 
Okbai!
 

Monday, October 15, 2012

:. Masak-Masak Hujung Minggu .:

Minggu ni sang suami sibuk buat report kat rumah. Jadi sang isteri yang kebosanan memasak untuk menghiburkan hati. Ngeh ngeh ngeh.
 
Cheese baked meatball

Ayam masak lemak cili api

Haha. Itu aje. Propa je lebih macam le masak 14 jenis juadah. Padahal dua je pun. Tu pun jenis yang langsung tak mencabar minda. Redha ajelah ye kengkawan. Harap tabahkan hati menatap gambar-gambar masakan dalam blog ini. Tuan tanah ni baru nak belajar-belajar memasak. Jadi bila dapat peluang memasak tu dan menjadi pulak tu, tahap keterujaan memang luar biasa sikit.
 
Ada sesiapa nak kongsi resepi yang mudah dan sedap dengan iolls? Sila-silalah kongsi dengan iolls ye.
 
Okbai!
 

:. Santai-Santai Di Rumah .:

Anak-anak dara sekarang dah baik perangai. Dulu kalau lepaskan dari kurungan, bukan main sakan lagi berlari sana sini sampai nak terbalik semua barang-barang dalam rumah. Tapi semenjak dah bagi can malican oo oi main kat luar rumah, elok pulak perangai mereka ni. Dah tak lari-lari dah. Siap jalan penuh sopan santun ala gadis desa lagi. Ko mampu? 
 
Santai bersama di tangga
Semalam walaupun dah bagi peluang untuk bersosial di hujung minggu, Kiki dan Kika tetap nak duduk dalam rumah. Mungkin dah insaf sebab hidup susah masa jadi kucing gelandangan. Tu yang manja pun terlebih sekarang. Pastu manjang dok mengekor mana aku pegi. Bila aku baca suratkhabar, siap lalu lalang atas sukar khabar. Ayoyo. Letih mak, nak oi. Tapi yang lawaknya dah pandai pulak tengok tv. Bagus. Bagus. Kucing yang sebegini yang kita mau.

Muka serius Kiki menonton tv

Kika over siap landing kat bantal lagi

Begitulah gelagat anak-anak saya. Walaupun Kiki dan Kika cuma kucing, tapi kehadiran budak dua ekor ni tetap menceriakan hidup kami. Kan sang suami, kan kan kan?

Itu aje. Okbai!
 

:. Muffin Lagi .:

Haa. Kan dah kata dah hari tu. Tengok! Tengok! Kan dah kembali menggila.
 
Kejadian membuat muffin ini berlaku di tengahari Sabtu di kala hujan membasahi bumi sejak pagi. Orang tengah-tengah hari masak nasik lauk pauk makan tengahari, aku lak pegi bantai buat muffin. Sabar ajelah ye suamiku dengan kegilaan isterimu ini. Muahahaha.
 
Kali ni buat dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Alhamdulillah muffin aku akhirnya berjaya (di mata dan tekak aku le). Gumbira! Gumbira! Lain kali boleh buat lagi. Haha. Mau pitam sang suami baca statement ni.
 



Lepas ni nak cuba buat muffin pandan pulak. Tapi yang buat aku geram resepi muffin pandan semuanya main gram gram. Perlukah aku beli penimbang? Haaa. Harus le tak. Memang akan ku pinjam dari Ecah. Bolehkan, Ecah? Kitakan BFF. Lalalalala.
 
Itu aje. Okbai!
 

Thursday, October 11, 2012

:. Sekadar Suka-Suka .:

Saja je suka-suka tolong buatkan goodie bag untuk budak-budak taska sempena birthday Emeer bulan lepas. Lagipun kesian tengok si Ecah Supermak banyak sangat benda nak dibuatnya. Kang tak pasal-pasal dari Supermak jadi Superhulk pulak. Memang tak nak dah le aku kawan dengan beliau nanti. Muahaha.
 
Tema dibuat berdasarkan tahap kesukaan maksima Emeer terhadap Ultraman. Kita layankan ajelah.
 




Ecah, nanti aku hantar inbois ek. Harap maklum.
 
Okbai!

Wednesday, October 10, 2012

:. Deko-Deko : Orkid .:

Aku memang suka orkid. Dari dulu lagi kalau belikan bunga hiasan untuk arwah mak, orkid tetap jadi pilihan aku.
 
Kenapa?
 
Aku rasa orkid tu bunga yang elegan. Lain dari yang lain. Dan orkid ada personaliti dia yang tersendiri berbanding bunga yang lain. Wah dah macam orang pulak orkid tu siap ada personaliti bagai. Hahaha.
 
Dan untuk deko-deko rumah sendiri, orkid tetap jadi pilihan aku. Sang suami pun dah paham dah tahap kegilaan aku terhadap orkid ni. Terima kasih sebab memahami dan terima kasihlah sebab sudi belikan sekali ye bang.

Beli di Parkson. Hasil membodek sang suami

Beli masa Floria.
Orang beli orkid betul, aku beli yang palsu.

Sama geng dengan yang atas.
Tiga pasu RM50 sajok.
 
 
Buat masa ni mampu beli yang ni aje. Sebenarnya ada yang lebih berkenan di hati masa jalan-jalan kat Viva Home. Kat Parkson pun ada jugak satu orkid yang menggiurkan yang sekian lama aku dah perhatikan. Perhati ajelah. Belinya tak tahu le abad bila pulak. Mungkin nak kena bodek sang suami lagi. Ngeh ngeh ngeh.
 
Apa pulak bunga pilihan uolls untuk deko-deko?
 

:. Gila Buat Muffin? .:

Ye. Aku tengah gila buat muffin sekarang. Tak tahulah roh mana yang merasuk (mungkin roh tokey bakeri agaknya) sampai aku asyik nak buat muffin je kejanya.

Kompius kejap sang suami. Haha.

Tak penah terfikir pun sebenarnya nak buat muffin ni. Tapi aku ni biasalah. Bila ada je rancangan Masterchef mulalah semangat ke'chef'an aku mengganas. Tetiba je rumah aku penuh dengan cup muffin. Motip?
 
Cubaan pertama buat muffin. Terpaksa guna loyang muffin ni
sebab cup nan hado
 
Bila takde cup dah macam rupa kuih apam je kata sang suami

Cubaan kedua. Cup polka dot gitu
 
Rupa huduh tapi rasa sedap. Haha. Nak jugak puji diri sendiri
 
Setakat ni hasil muffin aku masih belum memuaskan. Sedap di mulut sendiri ajelah. Dah dapat beberapa tips pasal buat muffin ni tapi minggu ni bakeri aku ditutup. Memandangkan sang suami outstation, makanya aku telah menumpang kasih di rumah abang aku. Takkan aku nak tunjuk gila kat rumah abang aku lak. Melampau sangat tu! Insya Allah minggu depan akan kembali menggila. Muahahaha!

Okbai!
 

Monday, October 8, 2012

:. Kini Bebas .:

Kiki dan Kika sekarang dah bebas bermain di luar rumah. Anak dara dah besar. Nak hidup bersosial le pulak kan. Haha.
 
Walaupun dah bebas bermain kat luar, Alhamdulillah mereka pandai balik semula ke rumah. Cuma hari tu je Kika 'terhilang' selama seminggu. Tapi nasib baik akhirnya berjaya kembali ke pangkal jalan.
 
Sekadar berkongsi gelagat Kiki dan Kika kat luar rumah untuk hiburan bersama.
 


 
Itu je. Okbai!