Wednesday, November 28, 2012

:. Asam Pedas Untuk Encik Bebe .:

Ingat kisah kegagalan aku masak asam pedas dalam entry ini?
 
Setelah sepuluh bulan berlalu (gila lama), akhirnya berjaya jugak aku masak asam pedas kegemaran Encik Bebe. Yippie!
 
Asam pedas untuk Encik Bebe

Resepi asam pedas ni aku amik dari blog Ana. Lengkap dengan tutorial untuk orang yang saaaangat pandai memasak macam aku ni. Hasilnya Alhamdulillah menggembirakan Encik Bebe yang hantu asam pedas tu walaupun masam sikit sebab terlebih asam jawa. Muahahaha. Tapi yang penting Encik Bebe makan bertambah. Suko den!

Kalau ada sesiapa yang baru terhegeh-hegeh nak belajar memasak macam aku ni, boleh le tengok resepi kat blog Ana ni. Banyak resepi yang dia bagi siap dengan tutorial lagi. Memang sangat-sangat membantu. Ini lagi satu resepi yang aku amik kat blog beliau Ana.

Ayam goreng berempah

Aku dah banyak kali cuba pelbagai resepi ayam goreng berempah. Tapi ini resepi yang paling simple sebab tak pakai rempah. Yang penting kerak dia banyak. Yang itu bukan Encik Bebe yang suka tapi aku yang suka! Hahaha!

Itu ajelah cerita yang nak share. Okbai!
 

Monday, November 19, 2012

:. Pembelian Ekspress .:

Semalam balik je dari servis kereta, Encik Bebe telah membawa perkhabaran yang menggemparkan.
 
Mertua aku nak datang bermalam kat rumah!
 
Omaigod! Omaigod! Nak pitam kejap. Nak pitam sebab bukan tak suka mertua datang tapi macamana mereka nak tido kalau dalam bilik tetamu kami cuma ada katil bujang, bantal sebijik dan sehelai selimut sajok? Haaaa. Itulah akibatnya pandang remeh kepentingan bilik tetamu. Yelah. Mana jangka ada orang nak datang bermalam kan? Kan famili aku dan Encik Bebe semuanya duduk area Lembah Klang je. Memang tak bajet le ada yang nak bermalam bagai kat rumah manis kami. Huhu.
 
Tak semena-mena petang semalam kami bergegas ke Alamanda (nasib baik Alamanda dekat je noks!). Makanya berlakulah pembelian ekspres oleh kami berdua.

Encik Bebe dengan troli yang sarat dengan barang
Kami dengan jayanya telah membeli tilam, cadar, bantal, selimut, penyangkut baju dan beberapa barang lain. Sampai-sampai rumah terus vacuum bilik, mop lantai dan cuci bilik air. Gigih kan? Padahal hari Rabu nanti baru datang. Biasalah. Menantu mithali. Kehkehkeh.

Ecah kata mertua aku nak datang sebab nak test aku masak. Ye ke? Aku tak rasa mertua aku orang yang sebegitu. Alaaa. Mesti diorang datang nak jalan-jalan kat Taman Botani ke, melawat Masjid Sultan Mizan ke tak pun nak shopping kat Alamanda. Lagipun kat Putrajaya ni kan banyak tempat makan yang best best. Macam rugi pulak kalau tak bawak mertua aku makan kat tempat-tempat tu. Haha. #kejipunyamenantu.

Petang ni nak buat keja-keja mendobi. Harap-harap Kiki dan Kika boleh menbantu.

Okbai!
 

:. Dapat Ole-Ole .:

Cuti sekolah ni ramai yang bawak anak-anak pergi bercuti. Pergi Legoland. Pergi USS. Pergi Zoo Negara. Pergi Melaka. Pergi Alamanda. Eh.
 
Aku dan Encik Bebe tak terlibat langsung pun dalam ini aktiviti sebab kami ni cuma ada anak tekak je. Setakat anak tekak tak payah le nak bercuti jauh sangat kan. Pergi Restoran Tomyam Kung kat Presint Diplomatik pun dah cukup. Kehkehkeh.
 
Minggu lepas abang aku sekeluarga bercuti ke selatan tanahair. Sakan betul diorang. Dah pergi USS, boleh pulak tu pergi Legoland. Amboi Danish dan Mimi. Seronok le uolls ye. Mak Lang jugak yang tak sampai-sampai lagi ke tempat-tempat tu. Huhu. #nangisgulingguling.
 
Tapi nasib baik diorang tak lupakan Mak Lang diorang yang comel ni. Makanya dapat le Mak Lang ole-ole dari dua tempat tu.
 

Haruslah fridge magnet kan. Tapi masa dapat tu harus le buat muka terkejut dan terharu kan. Propa sangat! Pangggg sekali baru tu. Mekasih le abangku sekeluarga. Selalu-selalu le pergi bercuti. Boleh le adikmu tambah koleksi. Hehehe.

Bilalah agaknya Encik Bebe nak bawak aku pergi USS ek?

Encik Bebe, sila jawab!
 

Friday, November 16, 2012

:. Bayi November .:

Salam dan hai.
 
Mari berkenalan dengan bayi-bayi November yang lahir pada 8 dan 9 haribulan. Sepatutnya kedua-duanya lahir hujung bulan ni tapi lahir awal pulak. Tak sabar nak sambut Deepavali le tu. Kehkehkeh.
 
Gambar curik dari FB Mommy bayi
Ini anak buah belah Encik Bebe. Qaisara Zahra nama bayi. Sedap kan namanya? Biras aku ni sepatutnya bersalin hujung bulan ni tapi pukul 5 pagi 8hb (Khamis) hari tu dah pun selamat melahirkan sang bayi di Prince Court Medical Centre. Aku dan Encik Bebe cuma berkesempatan melawat sang bayi pada hari Ahad kerana kekangan masa. Ceewah.
 
Gambar yang diberi oleh Mama bayi di Whatsupp
Yang ini pulak bayi Miju, geng makan-makan aku. Nama bayi Nur Affia Zahra. Motip nama hampir sama uolls? Dah le selang sehari je lahir. Miju ni sama due date dangan biras aku. Hari Khamis tu bila dapat tau biras aku tu dah bersalin, aku pun cakap le dengan Miju 'Biras aku yang sama due date dengan ko tu dah bersalin hari ni'. Alih-alih esoknya 9hb (Jumaat) si Miju pulak bersalin dalam pukul 1 tengahari kat Hospital Serdang. Huhu. Macam lawak pulak rasanya sebab hari sebelum tu elok je Miju ke hulu ke hilir mengusung fail.

 
Eh. Ini bukan bayi November. Ini bayi Mei, anak Tomok. Geram betul tengok anak Tomok yang super comel ni. Hari-hari tengok Instagram Tomok @ isteri Tomok sebab nak tengok gambar Arrian ni je. Haha. Ni kalau pregnant ni harus kena menatap muka Arrian tiap hari supaya nanti boleh dapat bayi secomel ni.

Semoga Allah kurniakan anugerah ini kepada kami berdua suatu hari nanti. Amin.