Thursday, December 13, 2012

:. Idea Deko : Khat Kufi .:

Dah lama berkenan dengan khat kufi. Belum mampu milik je. Cuma mampu masuk dalam wishlist sajok. Tapi dah masukkan dalam bajet barang-barang yang nak dibeli bila dapat bonus nanti. Boleh gitu?
 
Beberapa idea deko khat kufi yang diambil dari Kufi Store by Karya Kufi.
 




Yang paling aku suka ialah khat kufi dalam gambar yang akhir sekali. Sesuai le dengan tema ruang tamu rumah manis aku yang kengkonon bertemakan merah hitam putih.
 
 
Harga untuk canvas printing khat kufi ni bergantung kepada saiz. Hiasan dinding macam ni walaupun agak pricey tapi ianya bukan sekadar hiasan, ia juga boleh dijadikan amalan harian. Sambil-sambil duduk kat ruang tamu, bila tengok hiasan dinding tu kita boleh baca sekali ayatnya. Kan bagus begitu?
 

:. Selamanya Harimau Malaya .:

Dah macam orang main 1 2 jus pun ado ni. Haha!
 
Selamanya
Selamanya
Selamanya Harimau Malaya!

Thursday, December 6, 2012

:. 3 Tahun Lalu .:


Kenangan 3 tahun lalu pada hari Encik Bebe booked aku supaya takde orang boleh kacau dah. Haha. 6 Disember 2009. Saja letak gambar feveret aku ni. Terima kasih pada adik aku sebab menaja photographer yang menghasilkan gambar yang buat aku nampak gojes ni. Gojes kan?

Hahaha.

Okbai!
 

Tuesday, December 4, 2012

:. Pergi MAHA 2012 .:

Pertama kali okeh pergi MAHA ni. Sebelum ni bukan tak minat nak pergi tapi bila mengenangkan tahap keramaian umat yang ada kat sana membuatkan aku simpan ketat-ketat je niat tu dalam hati. Muahaha.
 
Ecah yang beriya mengajak aku pergi MAHA sebab kononnya nak beli orkid. Aku pun ok kan ajelah tapi masa tu memang tak pasang niat langsung nak beli apa. Saja nak berjalan ajelah kononnya. Maka di kala terik mentari di tengahari Jumaat kami berdua pun menerjah le ke MAEPS.
 
Lokasi yang dituju

Berduyun kereta walaupun tengah-tengah hari buta

Bayar RM3 aje sekali masuk
Ada je bas disediakan untuk ke tempat pameran. Tapi sebab orang yang menunggunya pun dah bersusun, kitorang jalan kaki je ke kawasan gerai-gerai jualan. Gambar masa berjalan tak sempat amik sebab berjalan mengalahkan pelumba jalan kaki. Habis semua orang yang tengah berjalan kitorang pintas. Nampak sangat tak menyabarnya.

Destinasi utama

Rambang mata weh!
 
Ini orkid tipu. Harap maklum

Walaupun cuma ada 3-4 gerai aje yang jual orkid, tapi memang banyak pilihan le. Cuma kena pandai pilih dan pastikan survey habis-habis dulu sebelum beli. Ayat ini aku tujukan kepada Puan Ecah. Kahkahkah. Jangan marah ek. Anggap le orkid yang ko dah beli tu baka yang paling bagus sebab tu harga mahal.
 
Memandangkan misi utama pergi MAHA adalah MENEMANKAN Ecah beli orkid je, makanya takdelah kitorang merayau-rayau ke tempat lain. Itupun dah bermandi peluh sampaikan jadi tak selesa bila balik ke opis. Gila berlengas badan. Haha. Memalukan aje.
 
Korang rasa adakah aku langsung tidak membeli apa-apa di sana tambahan lak orkid adalah kegilaan aku?
 
Ok. Ok. Tokey orkid yang bersalah sebab bagi best price untuk sepasu orkid tipu yang gojes. Gila ko kalau tak beli. Kat tempat lain mana nak dapat harga macam tu untuk sepasu besar orkid super gojes ni?

Gojes tak?

Kawan-kawan, lenkali TOLONG jangan ajak aku ke tempat jual orkid. Pantang okeh! Pantang jumpa. Huhu.
 
Okbai!
 

:. Mama Meow Meow .:

Kiki dan Kika dah jadi mama meow meow uolls!

Motip posisi menyusu sama?
 
Setakat entry ni ditulis bayi kucing semua ada 5 ekor. Jadi 5 le cucu aku dan Encik Bebe ye? Banyaknya! Hahaha. Yang lawak tu Encik Bebe nak bagi nama Miki, Mika blablabla. Perlu ke nak nama sepesen macam tu? Aiyoh! Bubuh le nama Bella ke, Edward ke, Jacob ke, Jozan ke. Eh?
 
Makin meriahlah rumah manis kami lepas ni. Haha!