Wednesday, December 18, 2013

:. WW : Anti Sosial? .:


Tuesday, November 19, 2013

:. Farewell Untuk Siti .:


Farewell untuk Siti sempena dapat keja tetap dan berpencen. Walaupun dah tak satu opis, kami ber9 tetap bersatu di Grup Typo Error. Hahaha. Tak gojes langsung nama grup kat Whatsapp kan?

Buat Siti, tahniah atas rezeki yang datang. Selamat berkhidmat di tempat baru. Jaga diri baik-baik dan keja elok-elok k! Harap-harap lepas ni ada jugak rezeki untuk Ecah, Miju dan Deli.

Friday, November 8, 2013

:. Dah Kembali Ke Tabiat Lama .:

Tabiat ni dah mula hilang sejak aku kawin. Puncanya ialah aku memang tak berpeluang langsung nak amalkan tabiat tu. Tapi sejak dah pasang PVR ni, aku dah kembali ke tabiat lama.
Hahahaha.
Buang tabiat ke aku ni?
Oklah. Meh aku cerita. Masa zaman bujang dulu, aku ni memang gila sungguh tengok cerita korea. Bukan setakat korea je, cina, jepun, taiwan semua aku layan. Kan Ani, kan? Pastu feeling feeling nak boifren chinese look. Pui.
Tapi bila dah kawin ni, kebarangkalian nak tengok ceria korea tu memang dah takde le. Asal aku bukak je 391 atau 393, mulalah ada bunyi cengkerik. Krikk. Krikk. Krikk. Tapi sekarang ni aku dah boleh kembali bermaharajalela menonton cerita korea bila bila aku suka Encik Bebe takde atau belum balik keja.
Drama yang mula-mula membuatkan aku kembali ke tabiat lama ialah ini..


Terus berjangkit ke drama ini..


Dan sekarang yang ni pulak..


Dan yang ni bakal menyusul..



Macam riang pulak dapat tengok cerita korea.

Hahahaha.

Monday, November 4, 2013

:. Adik Dah Jadi Suami Orang .:

Alhamdulillah Adik dah pun selamat jadi suami orang pada 19 Oktober yang lepas.
Sorry le tak sempat nak update pasal ni sebab sekarang tengah sangat sangat sangat sibuk. Hujung tahun katanya. Meeting memanjang. Letih akak okeh!
Aku sedikit sibuk dalam tempoh Adik nak kawen. Yelah, kali ni arwah Mak dah takde. Jadi aku kena galas tanggungjawab sebagai 'mak pengantin'. Dan juga tempat rujukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kerjasama ahli keluarga yang lain.
Majlis pernikahan Adik (tak boleh panggil Adik dah kot!) dengan adik ipar baruku, Fathiah berlangsung di Majlis Muaz bin Jabal, Setiawangsa. Masa majlis akad nikah tu aku sedikit sebak sebab arwah Mak takde untuk sama-sama meraikan hari bahagia Adik. Tak banyak gambar yang sempat amik dan ini ajelah yang ada untuk dikongsi.

Pengantin baru

Pengantin dan keluarga pengantin perempuan.  Dengan keluarga pengantin lelaki
takde sebab semua dah lari pegi makan. Kuikuikui

Hantaran dari pihak lelaki. Akak yang gubah okeh. Konsep minimalis kononnya

Hantaran dari pihak perempuan

Akak dan Alysha debaboom

Majlis resepsi diadakan keesokan harinya (20 Oktober 2013) di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang. Majlis resepsi dibuat sekali untuk dua-dua pihak. Family aku tema hijau. Family pengantin perempuan tema merah. Pun tak banyak gambar yang boleh dikongsi. Sorry le uolls. Akak kan mak pengantin. Busy katanya.

Welcome board

Pelamin nan indah



Guestbook corner. Idea deko oleh Akak, kakak iparku dan kazen

Pengantin

Gadis bunga.. Anak-anak buah akak, Mimie dan Anis

Bersama tetamu cilik. Gambar oleh Mama tetamu cilik

Mak pengantin dan enchek suami

Terima kasih kepada sanak saudara yang banyak membantu dan support kami dalam memastikan kelancaran majlis. Terima kasih kepada tetamu yang hadir. Kami sekeluarga mohon maaf kalau ada kekurangan dalam majlis tempoh hari. Maaf juga kepada kawan-kawan yang aku tak sempat jemput.
Kepada Adik dan Fathiah, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Kakak ok je kalau korang dapat baby dulu. Jangan risau. Hehehe.

Tuesday, October 29, 2013

:. Deko : Ruang Tepi Tangga .:

Sekadar nak berkongsi idea deko untuk ruang tepi tangga.


Ni gambar masa mula-mula pindah dulu. Ruang tepi tangga tu takdelah besar mana. Tapi kalau dibiarkan kosong, tak menarik pulak kan.
Dari awal lagi memang dah plan nak jadikan ruang cinonet tu tempat letak novel/majalah. Kat rumah family aku kat KL nun ada selonggok novel yang aku tak angkut lagi ke Putrajaya. Novel dari zaman purbakala lagi. Plus sekarang ni aku dah kembali aktif beli novel di samping majalah Impiana yang memang tiap-tiap bulan beli. Jadi memang kena ada ruang khas le nak letak semuanya. Takkan nak letak dalam stor pulok kan?


Sejak berbulan yang lalu, macam nilah hasil deko ruang tepi tangga aku. Sebenarnya tak penah pun duduk kat situ untuk baca novel ke apa. Selalunya guna meja untuk letak barang-barang dan stool tu pulak untuk aktiviti memanjat. Kikikiki. Wall frame pulak konsep asal boleh. Letak wrapping paper bercorak je. Gila tak kreatif kan?
Idea nak kembali mendeko ruang ni tercetus bila aku diarahkan untuk angkut semua novel-novel yang terperap kat rumah family aku kat KL nun. Banyak kot! Mana ada tempat nak letak? Kena beli rak lagi le jawabnya. Huhuhu.
Dan beginilah rupa ruang tepi tangga setelah di'makeover'.







Mini library gitu. Ado? Meh le datang pinjam novel kat rumah. Boleh buat kad library sekali. Gigih design sendiri signage ni tau.
Kos tak mahal pun sebab rak-rak buku tu semua beli kat Aeon Big aje. Stool dan rug beli kat Ikea. Cuma mungkin nak carik rug kaler merah atau maroon untuk bagi naik sikit seri ruang tu. Dan table runner untuk rak yang terbaring melintang tu.
Ini ajelah idea deko ruang tepi tangga yang boleh aku kongsikan. Korang pulak camne?

:. Yang Ke33 .:

Alhamdulillah. Syukran Ya Allah kerana memanjangkan usiaku.
Akak dah 33 tahun ok. Percaya tak? Haha. Walaupun usia 33 tapi wajah tetap 23. Mampu? #kasicanlahperasansikitdiharijadi.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish di Whatsapp dan Facebook. Kepada yang belum wish, sila wish ye. Hahaha.
Istimewa sempena harijadi akak, nah gambar akak tatapan semua..


Muka tembam. Makanan dalam pinggan dah licin. Ye. Akak memang kuat makan.
Sekian.

Wednesday, September 18, 2013

:. Air Lemon Di Setiap Hari Ku? .:


Sedikit info dari blog Dr Hamid Arshat untuk dikongsi bersama :

Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.

Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh bunuh sel-sel kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chmeotherapy.

Untuk wanita-wanita yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis, adenomyosis dan fibroid sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan.

Sejak petang semalam dah mula dah minum air lemon ni. Dan hari ni siap bawak sebotol ke opis. Mungkin kena mula tinggalkan minuman berkafein yang menjadi kecintaan aku sejak dulu. Babai nescafe, babai kopi. Sob. Sob.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan sang lemon ni. Antaranya air lemon boleh membantu dalam proses pencernaan, mencegah nafas berbau dan yang paling menggembirakan semua orang ialah air lemon boleh membantu menurunkan berat badan.

Harap-harap aku mampu minum setiap hari. Aku ni biasalah, hangat hangat taik hayam sikit. Ngehngehngeh. Kawan-kawan, kalau aku malas sila ketuk kepala aku okeh!

Tuesday, September 17, 2013

:. Mangsa Keganasan .:

Hari tu kan aku dok gigih mendeko laman kan kononnya. Siap ada sepasu pokok gojes entah-apa-ke-nama lagi kat tepi pintu masuk. Ingat tak? Ingat tak entry ni?


Bukan main cantik lagi pokok ni kan? Agak-agak macamana le rupa pokok ni sekarang? Makin rimbunkah? Hahaha. Tajuk entry pun dah boleh menggambarkan apakah rupa bentuk fizikal pokok tu sekarang.


Nak pitam sekejap bila bukak-bukak pintu rumah tengok pokok dah jadi camni. Tak syak lagi angkara binatang belaan 4 kaki le ni. Dah takde permainan yang lebih seronok ke korang nak main? Kenapa perlu korang jadikan dia mangsa keganasan? Terlalu gojeskah dia sampai begitu dicemburui? Huwaaa. Terus hilang kejelitaan depan rumahku.
Ni tengah dok pikir nak beli pokok apa sebagai ganti. Yang pastinya kena beli pokok yang berfizikal sasa. Pokok yang gojes gojes dah tak boleh beli dah. Confirm akan terima nasib yang sama nanti.


Sumber : enchek Google
Pokok duit-duit antara yang jadi pilihan. Dari dulu lagi suka pokok ni tapi masa cari pokok hari tu si pokok gojes tu yang sibuk melambai. Terus terlupa kecintaan diri ini terhadap pokok duit-duit. Kena kembali pada cinta lama le nampaknya. Maafkan I ye, pokok duit-duit. Huhu.
Atau mungkinkah aku patut tanam pokok ni aje?


Kahkahkah. Bukan setakat berfizikal sasa malah boleh buat badan binasa. Mau cedera parah budak-budak berkaki 4 kalau aku letak pokok ni depan pintu. Silap-silap dengan aku aku sekali calar balar kena penangannya. Kuangkuangkuang.
Puan Miju, jom pegi nurseri. Err tapi tunggu gajilah ek.

Wednesday, September 4, 2013

:. WW : Drama Merdeka .:

 
 

Friday, August 30, 2013

:. Aidilfitri 2013 : Bekwoh Raya Cawangan Perancangan dan Pengurusan .:

Bulan ni memang bulan mengumpul lemak sebab asyik makan tak berenti-renti dari minggu lepas. Gems le lepas ni. Amma!
 
Selasa lepas ada jamuan raya peringkat Bahagian. Tahun ni konsep berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kat Bahagian ni ada 3 cawangan. Jadi ada 3 sesi jamuan raya - pagi, tengahari dan petang. Cawangan kami dapat sesi petang!
 
Gigih mendeko rumah masing-masing dengan konsep tradisional sebab ada pertandingan rumah tercantik. Semua pakat bergotong royong. Bekwoh raya katanya!
 
Layan ajelah gambar-gambar kat bawah ni..
 


Rumah Seksyen Bayaran












Rumah Seksyen Khidmat Pengurusan





Rumah Seksyen Tanah



Rumah Seksyen Perancangan





Rumah Seksyen Penyelarasan




Hadiah-hadiah
 

Konsep bersila okeh


Antara tetamu yang hadir


Meriah kan?


Sangat meriah kot..
Rumah Seksyen Bayaran dapat nombor 4 dari 5 rumah yang ada. Ok le tu sebab kami pun dok deko last minute. Kelam kabut dengan menu lagi. Dapatlah hadiah ni..


Congkak! Ada lagi ni dok tersadai kat tempat aku. Mungkin nak tunggu boss balik dari kursus untuk rasmikan kot. Haha.
 
Hari ni ada sambutan ambang merdeka. Nanti iolls update pasal tu pulak ek.
 
Okbai!