Wednesday, January 30, 2013

:. WW : Alisya Deboom .:

Tuesday, January 29, 2013

:. Selamat Menunaikan Umrah, Abah .:

Semalam Abah dah pun selamat berangkat untuk menunaikan umrah. Abah pegi dengan besannya (mertua Abang Zim). Kiranya ada le kawan dan ada le orang yang boleh tengok-tengokkan Abah nanti.
 
Makanya semalam gigih le semuanya berkumpul kat KLIA. Dan orang yang paling lambat sampai haruslah aku. Haha. Padahal aku tinggal paling dekat dengan KLIA. Maap. Maap.

Abah dan hero-hero Malaya. Erk?

Suasana sedikit sebak masa Abah nak berangkat. Masa hantar mertua aku tahun lepas, takde pulak rasa sebak. Mungkin sebab kali ni ayah sendiri yang pegi kot. Dan sebak sebab teringatkan arwah Mak.
 
Selamat menunaikan umrah, Abah. Semoga perjalanan dan ibadah Abah dan jemaah yang lain dipermudahkan dan dirahmati Allah. Jangan lupa doakan kami dan kami pun akan sentiasa mendoakan keselamatan Abah di sana.
 

:. Gajet Baru .:

Hey! Hey! Hey! Macam tak percaya pulak tetiba Encik Bebe boleh beli gajet. Patut le aku sampai termimpi-mimpi. Hahaha.

Tu dia..

Encik Bebe bukanlah pencinta gajet. Tapi bila tetiba dia suarakan hasrat nak beli gajet, haruslah aku jadi penghasut besar. Bukan senang nak dapat peluang macam ni uolls. Memang kena hasut habis-habisan le sampai sanggup pegi Mines sebab kat Alamanda takde stok. Muahahaha.

Tengah leka godek-godek

Hek eleh! Main Angry Bird je?
 
Mekasih le Encik Bebe sebab beli iPad mini ni hah. Bagus jugak beli benda alah ni. Boleh le kita amik gambar banyak-banyak masa percutian kita nanti kan.
 
Percutian?
 
Jeng jeng jeng!