Thursday, February 28, 2013

:. Bekas Beras & Semut .:

Rasanya ramai blogger ada benda ni kan?
 

Ye. Bekas beras Tupperware. Eh aku bukan nak riak ye cerita pasal bekas beras ni. Eh. Macam penah dengar je statement sebegitu. Haha. Aku sebenarnya nak cerita pasal semut yang suka beriang ria kat bekas ni.
 
Tak paham betul aku apa motip beliau semut itu. Takkan cemburu kot dengan bekas beras yang kak Jemah ko ni beli secara installment selama 6 bulan? Tak perlu le kan...




 
Kompius sungguh kak Jemah dengan perkara ini. Uolls yang guna bekas beras ni ada masalah yang sama kah? Ada sesiapa yang ada tips untuk mengelakkan semut beriang ria dalam bekas beras ni? Aku ni dah le memang dah berdaya ingatan lemah sejak-sejak 3 siri ni. Ni kalau ditambah dengan makan semut dalam nasik ni kang, idok ke makin parah jadinya. Yang peliknya, kalau aku biar je dalam plastik beras tu siap ikat getah kat bucu plastik yang dah kena gunting tu tak pulak diserangnya. Kompius bangat!
 
Harap-harap uolls sudi membantu masalah dapur kak Jemah ini.
 

Tuesday, February 19, 2013

:. Dapat Jugak Akhirnya .:

Dah lama teringin nak makan benda ni sebab dok dengar orang cerita sana sini. Tapi masalahnya ada 2 tempat aje yang menjualnya. KLCC dengan OU. Tempat yang memang jarang pegi kot!
 
Hari tu masa pegi KLCC dah ternampak dah kedainya. Tapi bila cakap kat Encik Bebe, dia buat tak tahu je. Tensen Kak Jemah okeh! Sampai le Jumaat lepas ada opismate beli benda ni dan bagi kami yang jakun ni rasa lalu kami-kami di opis ni pun mengirimnya. Haha.
 
Eh. Ko cerita pasal apa ni Kak Jemah oi?
 
Haa. Inilah dia...
 

Garrett Popcorn! Yang ni perisa karamel. Saiz kecik. Ada beberapa perisa lain. Bagi aku rasa dia ok le. Tapi tak boleh makan banyak-banyak sebab manis. Encik Bebe tak suka sebab manis sangat. Mungkin kena cuba perisa lain kot?
 
Ni dah dapat makan ni kira ok dah le. Takde le meroyan lagi. Hihu.
 

Wednesday, February 13, 2013

:. CCM : Cameron Highlands Part 5 (Akhir) .:

Ye. Akhirnya uolls. Akhirnya sampai jugak ke episod akhir. Fuh!
Sebenarnya tak banyak pun tempat yang kami pegi. Mungkin sebab dulu-dulu dah penah pegi jadi kali ni malas dah le nak pegi. Nak kata masa tak cukup, tak jugak. Dulu kami pegi balik hari je tapi siap boleh pegi taman rama-rama dan beberapa tempat yang lain lagi. Musykil tak? Haha.
Destinasi terakhir yang kami pegi sebelum balik dah semestinya ladang teh. Dan ladang teh pilihan haruslah Sungai Palas Tea Plantation.
Nak sampai ke dalam tu 2km okeh! Jalan agak sempit, jadi kena berhati-hati bila berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan. Walaupun agak jauh ke dalam tapi bila sampai kat situ perasaan memang tak dapat nak digambarkan. Pemandangan adalah sangat sangat cantik. Subhanallah.



Dari tempat parking kereta, kena menapak 200m untuk sampai ke atas. Masa kami pegi tu tengah gerimis. Jadi berpayung le kami sampai ke atas. Dan sebab itulah ada watak payung dalam gambar-gambar berikutnya.
Kat atas tu ada kafe, kedai BOH dan kilang pemprosesan teh. Sempat menjengah ke kilang untuk cuci mata.

Kejap je kami kat sini. Lepas melawat kilang, amik-amik gambar sikit kat atas tu dan terus turun balik. Tak singgah pun kat kafe.















Itu sajalah cerita aku bercuti di CH. Walaupun percutian singkat tapi cukup bermakna bagi kami berdua. Harap-harap lepas ni Encik Bebe akan bawak lagi aku bercuti-cuti Malaysia.
Berpinar bijik mata nak buat entry pasal CH ni. Tapi sekurang-kurangnya ada jugak modal untuk aku update blog. Kalau tak bersawang dan tumbuh lalang le blog aku ni. Kehkehkeh.
Doakan aku rajin update blog lagi ye.
Okbai!

:. CCM : Cameron Highlands Part 4 .:

Wah. Tetiba berkobar update blog secara laju-laju. Motip?
Saja je buat entry pasal CH ni banyak-banyak part sebab taknak buat entry panjang sekaligus. Dasar pemalas kan. Haha. Lepas dah menghabiskan duit kat Kea Farm dan sarapan kat restoran apa ntah nama kat pekan Brinchang tu, kami pun bergegas ke Big Red Strawberry Farm.
Sebelum masuk ladang stoberi, kita jengah dulu Cactus Valley. Masuk Cactus Valley ni kena bayar. RM5 kot. Tak ingat sebab Encik Bebe bayar.
Duta Cactus Valley kah?
Masuk-masuk je terus disajikan dengan bunga-bungaan yang memukau pandangan. Feeling-feeling obersi kejap. Layankan ajelah gambar-gambar di Cactus Valley ni ye.















Dan kat Cactus Valley ni jugak ada pokok ini..


Tapi tak boleh masuk pun kat kawasan tu. Hanya boleh mengintai dari celah pagar je. Kira oklah tu. Huhu.




Kejap je jalan-jalan kat situ. Lepas tu apa lagi, terus zasss ke ladang stoberi idaman hati.




Dulu masa mula-mula datang sini, excited nak petik stoberi. Kali ni tak petik pun. Saja jalan-jalan sambil mengimbas kenangan lalu. Selain pokok stoberi, kat sini ada jugak tanam salad dan pokok anggur.






Kat sini jugak ada kedai serbaneka dan kafe. Sempat beli fridge magnet buat kenangan dan beli stoberi milkshake dan cheesecake. Kat kafe tu macam-macam ada. Pilih je ikut selera uolls. Aku tengah kenyang masa tu. Kalau tak memang semua aku borong. Kuikuikui.




Banyak la pulak gambar dalam entry ni. Pitam kak Jemah nak upload satu-satu. Haha. Dah puas jalan-jalan kat sini, kami terus balik ke hotel untuk check out. Check out awal sikit sebab ada destinasi terakhir yang nak ditujui sebelum balik.
Ke manakah?
Jeng jeng jeng.