Wednesday, April 17, 2013

:. Doakan Baby Adam .:

BFF kami, Suhaiza dah pun selamat melahirkan baby Adam petang semalam. Tapi sehingga ke saat ini baby Adam masih dalam keadaan kritikal.
 
Mohon kawan-kawan doakan semoga baby Adam cepat sembuh. Dan semoga Suhaiza dan suami tabah melalui dugaan ini.

Update:

Sempat melawat Suhaiza di Hospital Serdang petang tadi. Alhamdulillah baby Adam dah selamat jalani pembedahan. Tapi masih dalam pemantauan doktor di NICU. Untuk makluman, baby Adam menghadapi masalah saluran jantung terbalik dan masih perlu melalui satu lagi pembedahan. Semoga baby Adam selamat dan cepat sembuh. Amin.

Tuesday, April 16, 2013

:. Kek Lemon Idaman Hati .:

Ohoy! Meroyan jap sebab hapdet bertalu-talu.
 
Gara-gara menonton Fresh With Anna Olson dan Cupcakes Wars, tetiba keinginan nak makan kek lemon menghantui jiwa. Tolong! Tolong!
 
Nasib baik ada penyelamat yang bernama Ecah The Supermak. Maka dapatlah aku menikmati kek lemon idaman hati. Mekasih Ecah! I lap u lah!


Meleleh air liur tak? Siap ada deko-deko lagi atas kek. Mampooooo?
 
Lepas ni bolehlah buat muka 5 posen lagi kat Ecah The Supermak. Confirm pelbagai lagi kek idaman aku akan direalisasikan oleh beliau. Cuma belikan bahan-bahan je. Lalalala.
 
Hai. Sonang hidup den. Tak payah susah-susah masuk kelas baking.
 
Ngehngehngeh.
 

:. Khat Kufi .:

Dah lama nak buat entry ni tapi malas. Haha.
 
Impian nak memiliki khat kufi yang dah berkurun di'usha' akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan.
 
Amik peluang untuk buat tempahan ni masa Kufi Store buat promosi sempena Maulidur Rasul. Haa. Nampak tak betapa lamanya kejadian ni berlaku tapi baru sekarang baru nak hapdet? Maafkan hamba penunggu gua. Ngehngehngeh.
 






 
Sape-sape nak tempah khat kufi bolehlah tempah kat Kufi Store. Memang sangat berpuas hati. Ada satu lagi design yang aku minat - Asmaul Husna tapi tak tahulah bila mampu milik. Semoga akan ada rezeki untuk aku memilikinya suatu hari nanti.
 
Amin.
 

:. Chiko Dapat Tuan Baru .:

Sabtu lepas Chiko dah pun dapat tuan baru.


Alhamdulillah akhirnya Chiko dapat sesuaikan diri dengan tuan baru walaupun beberapa hari jugak beliau mogok lapar. Bukan takat tuan dia je risau. Dengan aku aku ni hah sekali risau.
 
Walaupun sedih melepaskan Chiko tapi aku rasa lega sebab aku lepaskan Chiko pada family yang baik. Selalu sms aku untuk tanya pasal kucing. Aku harap tuan baru Chiko, Ena dan family gembira dengan kehadiran Chiko dan jaga Chiko baik-baik.
 
Ah. Touching lak.
 
Okbai!
 

Friday, April 5, 2013

:. Iklan : Budak-Budak Kucing di Rumah Saya .:

 
 
 
 
Ni baru tiga. Total semua kucing kat rumah saya ialah 14 ekor okeh. Ko ado? Cadang nak jual sebahagiannya. Ada yang berminat ke?
 
Kucing-kucing ni spesis mix local persian. Tiga-tiga ekor ni dah umur 4 bulan. Harga boleh bincang. Kalau ada yang berminat boleh emel saya di ciktari[at]yahoo.com.

Sekian iklan saya untuk hari ini.