Monday, May 13, 2013

:. Teringin Punya Pasal .:

Dah lama sangat-sangat nak makan roti cicah kuah durian. Tapi tak berapa konfiden nak membuatnya sebab selama ni arwah Mak yang masakkan dan aku pulak tolong makankan je. Huhu.
 
Sejak arwah Mak dah takde, banyak benda yang aku teringin nak makan aku cuba cari resepi dan cuba masak sendiri. Kadang-kadang aku main agak-agak je sebab dulu-dulu aku selalu tolong sedia-sedia bahan tiap kali arwah Mak masak. Part masak je yang tak tolong. Kalau tolong pun setakat tolong kacau-kacau je. Tapi Alhamdulillah, dengan tolong sedia-sedia bahan tu le dapat jugak aku masak masakan yang aku sesekali teringin nak makan walaupun tak sesedap masakan arwah Mak. Nak mintak Ibu masakkan, segan le pulak.
 
Eh. Kenapa aku cerita sedih-sedih ni. Hish.
 
Berkat intai-intai resepi orang dan main hentam-hentam, akhirnya menjadi jugak kuah durian yang diidam-idamkan. Ada orang panggil panggil serawa durian. Aku panggil kuah durian je.


Berkali-kali aku dok ngadap benda ni. Sedap weh. Pandai jugak aku masak. Haha. Siap offer kat adik aku lagi. Sekali dia jawab..
 
"Teringin pengat pisang"
 
Deng! Ok. Kakakmu akan usahakan buat pengat pisang pulak lepas ni.
 
Chaiyok!
 

Friday, May 10, 2013

:. Nak Buat Bunga Telur Katanya .:

Masa diri sendiri kawen tu takde pulak nak sibuk-sibuk buat bunga telur. Ni bila adik aku nak kawen, aku lak yang terlebih teruja nak buat bunga telur. Kalau tahu dek mak mertua aku, harus kena lekuk kepala sebab dulu aku cuma tolong buat tak sampai 5 kot. Selebihnya Ibu yang buat. Huhu.
 
Asalnya ingat nak tempah je. Wanita berkerjaya yang busy katanya, kan. Busy le sangat. Padahal malas. Haha. Tapi setelah meng'google' kekdah membuat bunga telur tisu, rasa macam mudah pulak nak buat. Tu yang try le buat. Sekali e'eh macam jadi je. Terus berkobar nak buat sendiri.
 
 
Ni cobaan yang kedua. Masih perlu diperbaiki sebab tak cukup gebu. Mungkin kena lipat kecik sikit kot. Dalam pada tu berjaya menghasut kakak iparku, Kak Sue Ngah. Terus lancarkan misi nak pegi beli barang. Haha.
 
Agak-agak menjadi ke niat suci murni kami ni?
 
Tunggu dan lihat ajelah ye.
 
Okbai!
 

Wednesday, May 8, 2013

:. WW : Salam Taj Mahal .: