Wednesday, June 26, 2013

:. Kami @ Floria 2013 .:

Haluuuuuu.
Saja nak berkongsi gambar-gambar yang tak seberapa masa ke Floria 2013 hari Sabtu hari tu. Sesekali berpeleseran di waktu malam bersama sang suami.














Eh. Cerita pasal Bandung nanti-nantilah sambung ek. Tak berapa rajin le. Haha. Tapi kena up jugak entry tu dalam waktu terdekat sebelum daya ingatan terjejas. Aku kan selalu makan semut. Ngehngehngeh.
Okbai!

:. WW : Floria 2013 .:


Friday, June 14, 2013

:. Perut Kenyang Suka Hati .:

Aktiviti masak-masak dan makan-makan bersama geng opis. Dah lama sangat nak makan ketam masak lemak ni tapi tak pandai masak dan Encik Bebe pulak tak boleh makan ketam. Sesekali kalau teringin mintak Ecah Supermak yang masakkan.
Alhamdulillah hari ni dapat makan dengan puas. Sedap sangat sangat chef Niesa masak. Untung ada kawan-kawan yang pandai masak ni. Perut kenyang suka hati!


Wednesday, June 12, 2013

:. CCI : Bandung Part 2 .:

Yeay! Masa untuk jalan-jalan. Baru jalan-jalan ye. Bab shopping lambat lagi okeh.
Sebelum dibawa berjalan, kita breakfast dulu kat kafe hotel. Lime Cafe.
Menu hari pertama yang ada nasi goreng, ayam goreng, bubur, roti bakar, buah-buahan dan telur. Itu je. Aku tak makan nasi goreng sebab Ibu awal-awal lagi dah cakap tak best. So makan bubur dan roti bakar ajelah buat alas perut.
Lepas breakfast sementara tunggu supir sempat amik gambar kat depan lobi hotel. Hotel ni dalam shopping mall. Tapi shopping mall tengah buat keja-keja renovation so memang takde apa le.

Destinasi jalan-jalan yang pertama adalah Tangkuban Parahu. Nak kata jauh tu tak le jauh sangat. Tapi sebab jalan macet dan jalan bengkang bengkok maka rasa macam jauh le. Tapi pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik. Daerah Ciater ni macam Cameron Highland. Kawasan berbukit dan sejuk. Kat sini jugak ada ladang teh dan stoberi. Tapi kami tak singgah pun.

Setelah menempuh perjalanan bengkang bengkok-poning-kopalo-den-sampai-raso-nak-muntah akhirnya sampai jugak ke puncak. Nak masuk ke Taman Wisata Alam Tangkuban Parahu ni kena bayar Rp50,000 (RM16) seorang. Mobil kena bayar Rp15,000.








Kat sana memang kena banyak banyaaaakk bersabar ye sebab dari turun van sampai nak naik semula van anda akan dikerumun oleh penjual-penjual souvenir. Supir dah pesan jangan beli souvenir kat atas ni sebab mahal tapi Encik Bebe tetap beli jugak. Takpelah, bagi rezeki kat orang gunung katanya. Huhu. Macam-macam souvenir ada. Yang jual stoberi, bluberi dan rasberi pun ado. Bluberi tu memang nampak menggiurkan tapi tak berani beli sebab tak tahu harga pasaran sebenar kat sini. Sampai ke sudah tak merasa makan bluberi uolls.

Tak boleh dok lama-lama kat atas ni. Stress okeh! Tak tenteram kehidupan sebab sentiasa diekori.

Lokasi berikutnya ialah Sari Ater Hot Spring. Tak jauh pun dari Tangkuban Parahu. Tapi masa kami sampai tu, mak ai ramainya rombongan budak-budak sekolah nak datang mandi manda. Bayaran masuk ke hot spring ni Rp18,000 sahaja.








Dah puas berjalan, bergambar bagai moh le kita pegi makan pulak. Perut dah keroncong kot. Lokasi makan-makan hari pertama ialah di Kampung Daun. Jauh jugak nak sampai ke Kampung Daun ni. Jalan bengkang bengkok lagi. Aduyai. Konon-konon tido bolehlah kurangkan pening. Sekali lagi pening ada le. Mungkin sebab tido-tido ayam. Macam sayang lak nak tido betul-betul sebab nanti tak dapat le nak tengok pemandangan. Bukan senang nak datang negara orang.
Kami sampai kat Kampung Daun dalam pukul 2:00 petang. Masa ni memang lapar gila dah ni. Nasib baik tempat cantik. Sangat sangat cantik le.





Kat sini konsep bersila. Kami dapat pondok kat lereng bukit. Siap ada alas tilam lagi. Sampai-sampai semuanya terus terbaring kepenatan. Kelaparan pun ye. Haha. Sorry lah, gambar makanan tak sempat snap sebab dah lapar sangat. Makanan sampai terus ngap. Aku order set ayam bakar bali. Pisang goreng keju dan jus alpukat pun sedap. Semualah sedap. Harga makanan kat sini agak reasonable. Untuk 12 orang makan (ala carte) total semua ialah Rp 1.1 juta (RM350).
Lepas makan di Kampung Daun, supir hantar kami ke Cihampelas Walk (CiWalk). Sepanjang perjalanan dari Kampung Daun ke CiWalk ada banyak nurseri pokok. Pokok semua cantik-cantik. Geram pulak menengoknya. Ohye, CiWalk ni shopping mall. Memang besar lah. Macam The Curve kot. Kami sekadar jalan-jalan sementara nak tunggu dinner. Disebabkan perut masih kenyang, kami makan sate je untuk dinner. Dan sempat jugak menikmati ini..


Teh botol! Aku suka. Rasa melur tapi tak kuat sangat. Ada jugak dalam versi air kotak dan botol plastik. Dan di CiWalk juga aku telah buat pembelian pertama aku. Huhu.
Apakah dia?


Ngehngehngeh. Kat Malaysia pun ada. Motip gedik beli kat sana? Haha. Ada less 70%. Tu yang beli. Asalnya Abah yang nak beli kasut, sekali anak-menantu-cucu semua beli sama. Ni pun nasib baik ada saiz aku.
So selesailah aktiviti hari pertama. Hari kedua ke mana pulak kita ye?
To be continued..

:. CCI : Bandung Part 1 .:

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat pergi dan balik. Trip ke Bandung ni adalah trip bersama family mertua aku dan inilah kali pertama aku dapat pergi obersi.
Kesian kan?
Penerbangan ke Bandung pada 4 Jun sebenarnya pukul 10:50 malam. Tapi seawal 4:00 petang family mertua aku dah gigih dah keluar dari rumah. Adik-adik ipar aku kena naik ERL dan bas untuk ke LCCT. Tu yang kena keluar awal tu. Abah dan Ibu naik teksi bersama bagasi-bagasi dan singgah kat Putrajaya untuk amik kami.

Beg masa pegi. Masa balik jangan ditanya okeh!

Punyalah lama kami duduk kat LCCT tu sampai dah tak tahu nak buat apa. Bontot pun dah naik kematu. Muka yang elok-elok comel masa datang terus jadik comot. Nasib baik flight tak delayed. Kalau tak lagilah berdarah otak.

Muka comot tuan tanah

Siap duduk hot seat lagi. Abah bayar katanya, maka anak-anak amik kesempatan le. Hahaha. Tapi ok le sebab tak payah beratur panjang. Dah tak larat kot nak beratur. Mengantuk gila masa tu.
Penerbangan amik masa 2 jam. Lama tu. Dah macam-macam gaya aku tido. Nasib takde orang dok sebelah. Kami sampai di airport Bandung pukul 11:50 malam waktu Indonesia. Indonesia ni lewat sejam dari Malaysia. Airport Bandung ni kecik bangat. Masuk-masuk pintu tu terus Imigresen lepas tu jalan 2,3 langkah dah tempat amik bagasi. Lepas amik bagasi lalu lak dekat Kastam pastu depan sikit tu dah pintu keluar.
Dari airport, supir terus hantar kami ke Favehotel Braga. Dalam pada mengantuk tu tetap jugak le tengok sekeliling. Ni bangunan apa, tu bangunan apa. Oh Mekdi kat sini. Wah besarnya KFC. Haha. Ntah pape kan. Datang Bandung pun sibuk nak makan Mekdi, KFC.

Signboard ke Favehotel Braga

Bilik kami. Walaupun cinonet tapi cantik

Daripada 5 bilik yang ditempah, 3 bilik dapat katil king dan lagi 2 dapat twin sharing. Aku dan Encik Bebe dapat bilik twin sharing sebab bilik yang katil king tu untuk yang tido bertiga termasuk kanak-kanak. Maka terpisah le kami. Huhu. Tak boleh nak rapatkan katil sebab ada meja kecik lekat kat dinding. Benci betul!

Sampai hotel terus booom tido. Masa tu dah dekat pukul 1:00 pagi. Esok pukul 9:00 pagi dah nak mulakan siri jelajahan.

Ke mana?

Tunggu part 2 ek!

Tuesday, June 11, 2013

:. Teaser : Cuti-Cuti Indonesia .:

Esok-esok iolls update ye. Gambar-gambar tak sempat lagi transfer. Yang ni pun amik dari fesbuk orang rumah iolls. Tunggu ajelah ek!