Wednesday, July 3, 2013

:. Projek Laman Rumah Manis .:

Dah lama dah bercita-cita nak mengerjakan laman sekangkang kera depan rumah ni. Tapi manjang je niat suci murni terbantut.
Macam tu le rupa laman rumah manis aku. Penuh dengan rumput je. Jadi tempat guling-guling haiwan peliharaan.
Kali ni memang dah tekad habis dah ni. Nak jugak cantikkan laman. Tak kiralah konsep apa pun. Konsep asal boleh pun jadilah. Janji laman cantik sikit. Tu yang gigih mengajak Miju Mama pegi memborong kat nursery di tengah hari Jumaat.
Dan bermulalah projek laman kami di pagi Sabtu. Bersungguh-sungguh menyangkul sampai jiran tetangga datang bertanya kami dok buat apa. Pelik sangat kot bila tengok kami tiba-tiba gigih pegang cangkul. Haha.
Setelah bertungkus-lumus membanting tulang, beginilah hasilnya..




Aku pilih untuk tanam pokok japanese rose atau nama Melayunya pokok pukul sepuluh. Pokok kembang pagi pun ye jugak. Hish banyak pulak nama beliau ni. Motif tanam pokok ni sebab senang nak jaga dan senang jugak menanamnya. Tapi kena beli lagi ni. Tak cukup. Hari tu aku beli sepuluh aje. Mungkin kena beli lagi dua puluh.


Yang ni watak tambahan untuk menyerikan lagi rumah. Comel tak Kak Ton? Hehe.
Lepas selesai mengerjakan laman, terus tersadai kepenatan. Dua-dua pengsan sekejap. Maklumlah tak penah berkebun. Haha. Sedar-sedar dah pukul 2 lebih. Tu baru laman sekangkang kera. Kalau laman lagi besar, mau pengsan 2 hari.
Itu ajelah cerita nak share. Cerita Bandung tak habis lagi kan? Nantilah sambung ek.
Okbai!