Wednesday, September 18, 2013

:. Air Lemon Di Setiap Hari Ku? .:


Sedikit info dari blog Dr Hamid Arshat untuk dikongsi bersama :

Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.

Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh bunuh sel-sel kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chmeotherapy.

Untuk wanita-wanita yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis, adenomyosis dan fibroid sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan.

Sejak petang semalam dah mula dah minum air lemon ni. Dan hari ni siap bawak sebotol ke opis. Mungkin kena mula tinggalkan minuman berkafein yang menjadi kecintaan aku sejak dulu. Babai nescafe, babai kopi. Sob. Sob.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan sang lemon ni. Antaranya air lemon boleh membantu dalam proses pencernaan, mencegah nafas berbau dan yang paling menggembirakan semua orang ialah air lemon boleh membantu menurunkan berat badan.

Harap-harap aku mampu minum setiap hari. Aku ni biasalah, hangat hangat taik hayam sikit. Ngehngehngeh. Kawan-kawan, kalau aku malas sila ketuk kepala aku okeh!

Tuesday, September 17, 2013

:. Mangsa Keganasan .:

Hari tu kan aku dok gigih mendeko laman kan kononnya. Siap ada sepasu pokok gojes entah-apa-ke-nama lagi kat tepi pintu masuk. Ingat tak? Ingat tak entry ni?


Bukan main cantik lagi pokok ni kan? Agak-agak macamana le rupa pokok ni sekarang? Makin rimbunkah? Hahaha. Tajuk entry pun dah boleh menggambarkan apakah rupa bentuk fizikal pokok tu sekarang.


Nak pitam sekejap bila bukak-bukak pintu rumah tengok pokok dah jadi camni. Tak syak lagi angkara binatang belaan 4 kaki le ni. Dah takde permainan yang lebih seronok ke korang nak main? Kenapa perlu korang jadikan dia mangsa keganasan? Terlalu gojeskah dia sampai begitu dicemburui? Huwaaa. Terus hilang kejelitaan depan rumahku.
Ni tengah dok pikir nak beli pokok apa sebagai ganti. Yang pastinya kena beli pokok yang berfizikal sasa. Pokok yang gojes gojes dah tak boleh beli dah. Confirm akan terima nasib yang sama nanti.


Sumber : enchek Google
Pokok duit-duit antara yang jadi pilihan. Dari dulu lagi suka pokok ni tapi masa cari pokok hari tu si pokok gojes tu yang sibuk melambai. Terus terlupa kecintaan diri ini terhadap pokok duit-duit. Kena kembali pada cinta lama le nampaknya. Maafkan I ye, pokok duit-duit. Huhu.
Atau mungkinkah aku patut tanam pokok ni aje?


Kahkahkah. Bukan setakat berfizikal sasa malah boleh buat badan binasa. Mau cedera parah budak-budak berkaki 4 kalau aku letak pokok ni depan pintu. Silap-silap dengan aku aku sekali calar balar kena penangannya. Kuangkuangkuang.
Puan Miju, jom pegi nurseri. Err tapi tunggu gajilah ek.

Wednesday, September 4, 2013

:. WW : Drama Merdeka .: