Tuesday, October 29, 2013

:. Deko : Ruang Tepi Tangga .:

Sekadar nak berkongsi idea deko untuk ruang tepi tangga.


Ni gambar masa mula-mula pindah dulu. Ruang tepi tangga tu takdelah besar mana. Tapi kalau dibiarkan kosong, tak menarik pulak kan.
Dari awal lagi memang dah plan nak jadikan ruang cinonet tu tempat letak novel/majalah. Kat rumah family aku kat KL nun ada selonggok novel yang aku tak angkut lagi ke Putrajaya. Novel dari zaman purbakala lagi. Plus sekarang ni aku dah kembali aktif beli novel di samping majalah Impiana yang memang tiap-tiap bulan beli. Jadi memang kena ada ruang khas le nak letak semuanya. Takkan nak letak dalam stor pulok kan?


Sejak berbulan yang lalu, macam nilah hasil deko ruang tepi tangga aku. Sebenarnya tak penah pun duduk kat situ untuk baca novel ke apa. Selalunya guna meja untuk letak barang-barang dan stool tu pulak untuk aktiviti memanjat. Kikikiki. Wall frame pulak konsep asal boleh. Letak wrapping paper bercorak je. Gila tak kreatif kan?
Idea nak kembali mendeko ruang ni tercetus bila aku diarahkan untuk angkut semua novel-novel yang terperap kat rumah family aku kat KL nun. Banyak kot! Mana ada tempat nak letak? Kena beli rak lagi le jawabnya. Huhuhu.
Dan beginilah rupa ruang tepi tangga setelah di'makeover'.







Mini library gitu. Ado? Meh le datang pinjam novel kat rumah. Boleh buat kad library sekali. Gigih design sendiri signage ni tau.
Kos tak mahal pun sebab rak-rak buku tu semua beli kat Aeon Big aje. Stool dan rug beli kat Ikea. Cuma mungkin nak carik rug kaler merah atau maroon untuk bagi naik sikit seri ruang tu. Dan table runner untuk rak yang terbaring melintang tu.
Ini ajelah idea deko ruang tepi tangga yang boleh aku kongsikan. Korang pulak camne?

:. Yang Ke33 .:

Alhamdulillah. Syukran Ya Allah kerana memanjangkan usiaku.
Akak dah 33 tahun ok. Percaya tak? Haha. Walaupun usia 33 tapi wajah tetap 23. Mampu? #kasicanlahperasansikitdiharijadi.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish di Whatsapp dan Facebook. Kepada yang belum wish, sila wish ye. Hahaha.
Istimewa sempena harijadi akak, nah gambar akak tatapan semua..


Muka tembam. Makanan dalam pinggan dah licin. Ye. Akak memang kuat makan.
Sekian.