Tuesday, November 19, 2013

:. Farewell Untuk Siti .:


Farewell untuk Siti sempena dapat keja tetap dan berpencen. Walaupun dah tak satu opis, kami ber9 tetap bersatu di Grup Typo Error. Hahaha. Tak gojes langsung nama grup kat Whatsapp kan?

Buat Siti, tahniah atas rezeki yang datang. Selamat berkhidmat di tempat baru. Jaga diri baik-baik dan keja elok-elok k! Harap-harap lepas ni ada jugak rezeki untuk Ecah, Miju dan Deli.

Friday, November 8, 2013

:. Dah Kembali Ke Tabiat Lama .:

Tabiat ni dah mula hilang sejak aku kawin. Puncanya ialah aku memang tak berpeluang langsung nak amalkan tabiat tu. Tapi sejak dah pasang PVR ni, aku dah kembali ke tabiat lama.
Hahahaha.
Buang tabiat ke aku ni?
Oklah. Meh aku cerita. Masa zaman bujang dulu, aku ni memang gila sungguh tengok cerita korea. Bukan setakat korea je, cina, jepun, taiwan semua aku layan. Kan Ani, kan? Pastu feeling feeling nak boifren chinese look. Pui.
Tapi bila dah kawin ni, kebarangkalian nak tengok ceria korea tu memang dah takde le. Asal aku bukak je 391 atau 393, mulalah ada bunyi cengkerik. Krikk. Krikk. Krikk. Tapi sekarang ni aku dah boleh kembali bermaharajalela menonton cerita korea bila bila aku suka Encik Bebe takde atau belum balik keja.
Drama yang mula-mula membuatkan aku kembali ke tabiat lama ialah ini..


Terus berjangkit ke drama ini..


Dan sekarang yang ni pulak..


Dan yang ni bakal menyusul..



Macam riang pulak dapat tengok cerita korea.

Hahahaha.

Monday, November 4, 2013

:. Adik Dah Jadi Suami Orang .:

Alhamdulillah Adik dah pun selamat jadi suami orang pada 19 Oktober yang lepas.
Sorry le tak sempat nak update pasal ni sebab sekarang tengah sangat sangat sangat sibuk. Hujung tahun katanya. Meeting memanjang. Letih akak okeh!
Aku sedikit sibuk dalam tempoh Adik nak kawen. Yelah, kali ni arwah Mak dah takde. Jadi aku kena galas tanggungjawab sebagai 'mak pengantin'. Dan juga tempat rujukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kerjasama ahli keluarga yang lain.
Majlis pernikahan Adik (tak boleh panggil Adik dah kot!) dengan adik ipar baruku, Fathiah berlangsung di Majlis Muaz bin Jabal, Setiawangsa. Masa majlis akad nikah tu aku sedikit sebak sebab arwah Mak takde untuk sama-sama meraikan hari bahagia Adik. Tak banyak gambar yang sempat amik dan ini ajelah yang ada untuk dikongsi.

Pengantin baru

Pengantin dan keluarga pengantin perempuan.  Dengan keluarga pengantin lelaki
takde sebab semua dah lari pegi makan. Kuikuikui

Hantaran dari pihak lelaki. Akak yang gubah okeh. Konsep minimalis kononnya

Hantaran dari pihak perempuan

Akak dan Alysha debaboom

Majlis resepsi diadakan keesokan harinya (20 Oktober 2013) di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang. Majlis resepsi dibuat sekali untuk dua-dua pihak. Family aku tema hijau. Family pengantin perempuan tema merah. Pun tak banyak gambar yang boleh dikongsi. Sorry le uolls. Akak kan mak pengantin. Busy katanya.

Welcome board

Pelamin nan indah



Guestbook corner. Idea deko oleh Akak, kakak iparku dan kazen

Pengantin

Gadis bunga.. Anak-anak buah akak, Mimie dan Anis

Bersama tetamu cilik. Gambar oleh Mama tetamu cilik

Mak pengantin dan enchek suami

Terima kasih kepada sanak saudara yang banyak membantu dan support kami dalam memastikan kelancaran majlis. Terima kasih kepada tetamu yang hadir. Kami sekeluarga mohon maaf kalau ada kekurangan dalam majlis tempoh hari. Maaf juga kepada kawan-kawan yang aku tak sempat jemput.
Kepada Adik dan Fathiah, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Kakak ok je kalau korang dapat baby dulu. Jangan risau. Hehehe.