Friday, February 14, 2014

:. Sambut Birthday Abah @ Restoran Mohd Chan Bangi .:

Amboi. Asal update blog je cerita pasal makan kan? Keji sangat. Hahaha.

Kejadian ni berlaku hari Ahad. Makan besar sempena birthday Abah yang jatuh pada 2 Februari. Kejadian makan besar berlaku di Restoran Mohd Chan Bangi.









Disebabkan kitorang makan dalam pukul 6 jadi kat atas tu memang kitorang ajelah yang conquer. Buat bising sesuka hati. Hahaha.

Untuk Abah, selamat menyambut hari lahir. Semoga Abah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

Friday, February 7, 2014

:. Makan-Makan @ Padi House Putrajaya .:

Lepas amik surat pertukaran di AG, terus pegi makan dengan kawan-kawan di Padi House.

Dah lama nak try makan kat sini tapi sebab tak tau lokasi dia celah mana maka hasrat tak kesampaian le sebelum. Kesian kan. Nama je duduk Putrajaya. Tapi apapun tak tahu. Haha. Takpe. Lepas ni opis kat area situ je. Senang le den.








Makanan kat sini ok le. Ada yang sedap dan ada yang so so. Tapi Macadamia Cheese Cake tu memang yummy. Siap tapau bawak balik lagi. Harga agak reasonable. Kalau pegi lunch hour terutamanya hari Jumaat macam tadi memang full house. Nasib baik kitorang keluar awal. Opppssss.

Terima kasih kawan-kawan yang bawak makan kat sini. Dan terima kasih pada yang belanja. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

:. Rezeki Februari .:

Alhamdulillah. Rezeki sempena anniversary.

Benarlah rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Dan rezeki yang aku terima dalam bentuk ini.

Surat pertukaran.


Tak sampai dua bulan hantar surat permohonan dan Alhamdulillah cepat dapat respon. Kebetulan ada batch yang naik memangku jadi ramai yang dapat bertukar.

Dah lama sangat aku kat KPM. 5 tahun 6 bulan dah kot. Memang dah sampai masa untuk tukar angin. Siapa tahu berkat tukar jabatan ni ada rezeki lain yang akan aku dapat. Doakanlah yang terbaik untuk aku ye kengkawan.

Gembira tu memang le gembira. Lega kot dapat lari dari semua ke'stress'an ini. Tapi sedih le pulak nak tinggalkan kawan-kawan. Haish. Bab sedih sedih ni yang lemah ni. Huhu.

Kawan-kawan, Echu tetap sayang korang ketat ketat.

Muahhh.

Wednesday, February 5, 2014

:. WW : 5 Februari .: