Wednesday, March 26, 2014

:. Remembering MH370 .:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, 
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Amin.

Thursday, March 20, 2014

:. Wishlist Deko Deko .:

Setelah sekian lama mood malas menguasai diri, kini mood deko deko datang kembali.

Bila mood deko deko dah mari, haruslah ada benda yang dibeli.
Kalau ada bajet lebih, boleh le beli terus.
Kalau takde bajet, kita kasi masuk dalam wishlist dulu.
Insya Allah ada rezeki lebih tertunai le wishlist tu kan.

Ni wishlist aku untuk deko deko..



Pic credit to Kufi Store. Dah lama mengimpikan khat kufi Asmaul Husna ni.
Nak yang panjang macam pic atas tu. Tapi nak kaler macam pic bawah.
Kan rumah manis aku konsepnya merah-hitam-putih.
Tapi lately ada bagi sentuhan hijau sikit.
Sikit-sikit ajelah. Banyak banyak kang dah jadi konsep apa pulak rumah aku tu.

Kalau impian ni tertunai maka ini adalah khat kufi kedua yang aku miliki.
Yang pertama adalah yang ini.
Gigih jugak tu nak dapatkan dan Alhamdulillah dapat jugak akhirnya.

Semoga dapat tunaikan wishlist ni tahun ni.

Amin.

Wednesday, March 19, 2014

:. CCM : Langkawi Part 4 .:

Hari ke3 di Langkawi.

Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi. Awal ke? Awal le kot. Hahaha. Sarapan nasi lemak daun pisang yang sedap menjilat jari kat depan Kompleks HIG. Lepas sarapan terus mulakan aktiviti jalan-jalan.

Destinasi pertama ialah ke kedai Gamat Nusantara tu. Singgah sekejap beli produk gamat. Masa kami pegi tu takde orang pun. Rombongan Cik Kiah belum sampai lagi. Senang je nak ke kedai ni. Ada banyak arrow bunting sepanjang jalan.




Dari Gamat Nusantara terus ke Makam Mahsuri. Kat Langkawi ni banyak signboard. Jadi memang senang nak cari tempat nak dilawati. Tapi map pun berguna jugak untuk kes-kes kecemasan. Map boleh didapati secara percuma di airport. Pegang map baru le feeling feeling pelancong kan.

Walaupun penah pegi Makam Mahsuri tapi tetap nak pegi jugak kali ni. Kata cuti cuti Langkawi. Wajib le pegi tempat bersejarah.







Atas ni gambar telaga Mahsuri. Katanya kalau kita cuci muka dengan air dari telaga ni kita akan awet muda. Tapi bila jenguk dalam telaga tu, tak awet muda pun takpelah. Hihihi.

Tengteng

Congkak gergasi


Destinasi berikutnya ialah Beras Terbakar. Haa yang ni hampir tak jumpa tempatnya. Bukan tak jumpa. Jumpa tapi tak perasan kat celah mana. Rupanya di sebalik kedai-kedai jual kain batik-tshirt-souvenir semua tu. Secoet je tempat beras terbakar tu. Singgah seminit dua je. Lepas tu singgah berminit minit kat kedai jual souvenir padahal cuma beli fridge magnet dengan balancing eagle je. Biasalah. Membelek je lebih. Belinya tak seberapa. Ngehngehngeh.





Eh. Macam panjang pulak entry ni. Penat den. Sambung kat entry lain lah ye. Boleh camtu?

Hahaha.

Okbai!

:. CCM : Langkawi Part 3 .:

Kesinambungan dari entry semalam, lepas rehat-rehat dan guling-guling seround dua, petang tu kami keluar semula dalam pukul 5pm.

Walaupun 5pm panasnya toksah cerita. Nak bukak mata pun tak boleh.

Aktiviti petang tu dimulai dengan aktiviti memborong coklat kat Kompleks HIG. Sawan sekejap. Rasa macam nak beli semua coklat. Masa tu syaitonirojim mula le nak hasut aku borong habis-habisan tapi nasib baik cepat-cepat insaf dan kembali ke pangkal jalan sebab teringat pinggan mangkuk periuk belanga tak beli lagi weh. Tapi dalam pada insaf tu, camni jugak le rupa dalam troli aku..


Coklat Almond Gold Whittakers tu memang sedap bangat. Like 1000 kali. Disebabkan dah jatuh cinta kat coklat tu maka pemborongan terhadap coklat Ritter Sports tidak berlaku. Cuma beli seketul je flavor Strawberry Yogurt. Harap maklum coklat-coklat ni bukan semuanya aku punya ye. Hilang akal le kalau semua ni aku punya kan. Haha. Ni ada yang orang kirim dan ada untuk family kami dan kengkawan terchenta.

Lepas dah shopping coklat dan hantar ke bilik, kitorang ke Jeti Kuah. Motip pegi jeti? Haa ada orang sibuk nak beli rokok le. Gigih carik rokok Dunhill sampai ke jeti. Nasib baik ada.

Dah sampai kat area jeti maka haruslah ke Dataran Lang. Tapi disebabkan panas terik walaupun dah dekat pukul 6pm jadi nafsu nak bergambar tu memang takde le. Amik jugak le sekeping dua dengan raksaksa helang tu tapi gambar stok muka kerut kerut dahi ajelah. Haha.




Kejap je pun kat situ. Lepas tu terus balik hotel. Haha. Apa punya percutian le tak banyak jalan-jalan kan? Aku kalau panas panas ni memang potong sikit mood. Mungkin jugak mood potong sebab letih naik tangga kat Tasik Dayang Bunting tadi. Dah bersenam pun 4 tahun sekali, memang takde stamina le. Agak-agak kalau aku senam iya iyalah tiap hari, tambah stamina tak? Hahaha.

Malam tu kami makan malam lewat sikit sebab nak makan kat tempat special katanya. Special le sangat sampai kena tunggu pukul 9pm baru dapat meja. Dah tau nak makan kat tempat popular ada hati taknak booking awal awal. Padan muka kami! Meh nak share tempat makan yang memang recommended le kalau pegi Langkawi..

Gambar dari Encik Google. Kredit kepada pemilik gambar



Wan Thai Langkawi Restaurant. Walaupun kena tunggu untuk dapat meja sebab fully booked masa tu tapi servis memang cepat. Makanan memang sedap. Tapi sebab kelaparan maka tak sempat amik gambar. Kitorang order tomyam campur, ayam pandan, sotong celup tepung, kailan ikan masin dan telur dadar. Alhamdulillah semuanya sedap. Puas hati sangat dan harga pun berpatutan. Kalau datang Langkawi lagi memang nak makan lagi kat situ.

Itu ajelah cerita pada hari ke2 di Langkawi. Bercuti berdua ni jalan-jalan pun ikut suka le. Hari ke3 banyak sikit kot tempat yang dikunjungi.

Ye ke?

Nantilah update ek.

:. WW : Kegigihan Di Petang Hari .:


Tuesday, March 18, 2014

:. CCM : Langkawi Part 2 .:

Hari kedua di Langkawi. Ke mana kita?

Island hopping le uolls. Pakej island hopping ni RM30/seorang. Kalau pandai cari boleh dapat yang RM25/seorang. Tapi kitorang tak pandai cari (err malas kot?) maka redho ajelah RM30 pun.

Pukul 8am dah gerak dari hotel ke Pantai Cenang. Breakfast kat Cenangdan  lepas tu tunggu ajelah orang pick up untuk dibawa ke tempat naik bot.




Selain kitorang 2 orang, yang sama-sama naik bot tu ada mat saleh 1 family, couple Arab dan couple baru kawin. Haha. Motip aku boleh tahu diorang baru kawin? Harus le aku terusha lalu ternampak inai di jari kaki. Kihkihkih.

Seronok woo island hopping. Tak payah terjun laut pun ko dah boleh basah kuyup dalam bot siap terminum air laut lagi. Pastu bantai gelak ramai-ramai.

Aktiviti island hopping ni pegi 3 pulau. Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dengan Pulau Beras Basah. Destinasi pertama kami Tasik Dayang Bunting.

Cer tengok betul-betul. Memang ada rupa orang mengandung kan?





Nak sampai ke tasik ni kena turun naik tangga. Longgar jugak le lutut. Tinggi kot. Masa nak balik lagi le banyak anak tangga. Kat sini kitorang ditinggalkan selama sejam. Ikut uolls le nak terjun tasik ke, nak naik kayuh-kayuh tu ke. Ikut uolls lah. Takde sape nak larang. Kalau uolls malas nak buat aktiviti yang aku nyatakan di atas, uolls buat le aktiviti cam kitorang ni.


Aktiviti selfie..


Dan aktiviti rendam kaki dalam tasik sambil rentungkan kulit. Haha. Panas gila kot. Niat asal memang nak terjun tasik. Tapi bila sampai kat situ yang terjun semuanya omputih. Tu yang tak jadi tu. Tapi yang pastinya sebotol air tasik berjaya ditapau pulang. Eh. 



Macam comel je kan? Datang sini kena hati-hati sikit. Jangan nak gedik-gedik pegang beg plastik. Dijamin uolls akan disapa mesra oleh sang monkey. Kalau nak bawak biskut ke, roti ke, air ke, bawak-bawak le simpan dalam beg. Kecuali uolls memang dalam hati tu dah nawaitu nak sedekah kat sang monkey, haaa silalah lengggang lenggang pegang beg plastik ye.

Lepas dah bergumbira selama sejam kat Tasik Dayang Bunting, destinasi berikutnya ialah Pulau Singa Besar untuk aktiviti bagi helang makan atau dalam bahasa omputihnya eagle feeding. Tak payah pening pening nak bawak makanan untuk sang helang sebab tu semua brader bot dah sediakan. Kat sini kita just amik gambar dan buat mulut terlopong sebab kagum dapat tengok helang sambar makanan dengan pantasnya.




Dan akhir sekali kami dicampak pulak ke Pulau Beras Basah. Sejam jugak kat sini. Dah le panas terik. Duduk menung ajelah. Nasib baik kat sini ada orang menjual. Boleh le kudap-kudap makan twisties sambil minum air pepsi. Haha.




Aktiviti island hopping ni aktiviti wajib kalau uolls datang Langkawi. Rugi kalau tak pegi. Tapi kalau mengandung tak payah le pegi sebab naik bot melambung-lambung dan terhentak-hentak. Bahaya pada kandungan. 

Lepas island hopping kitorang terus balik ke hotel. Sebelum naik tu, sempat makan kejap kat depan Kompleks HIG. Lepas makan-naik hotel-mandi-mandi-rehat-rehat sebelum keluar semula untuk aktiviti berikutnya. Apa agaknya aktiviti petang hari kitorang?

Tunggu next entry lah ye.

Okbai.

Monday, March 17, 2014

:. CCM : Langkawi Part 1 .:

Salam.

Alhamdulillah tahun ni berpeluang lagi pegi bercuti bersama sang suami. Kiranya cuti-cuti sempena anniversary jugak le. Tiket beli dari tahun lepas masa promosi tiket murah. Tiket pergi balik untuk dua orang RM110.20 tunai.

Beberapa bulan sebelum nak pegi dah teruja dah. Lama dah kot memasang impian nak pegi Langkawi. Motip? Harus le nak shopping pinggan mangkuk. Sangat berjiwa mak mak sekarang ni kan. Ngehngehngeh.

Flight ke Langkawi pukul 12.30pm. Gerak dari rumah pukul 10.30am. Sehari sebelum dah booking teksi. Kos RM60. Ok le. Pakcik teksi sangat peramah dan banyak cerita pasal Langkawi kat kami yang dah berkurun tak jejak. Bagus. Bagus. 

Selfie katanya..
Sampai airport Langkawi brader yang kami sewa kereta tu dah sampai. Sewa MyVi aje. Selesa untuk kami berdua. Untuk 4 hari 3 malam cuma RM200. Dan yang paling best dapat kereta baru. Bersih pulak tu. Memang recommended le brader ni.


Kat Langkawi kami pilih untuk bermalam kat HIG Hotel, Kuah. Hotel baru milik Haji Ismail Group. Betul-betul sebelah Kompleks HIG yang baru tu. Hotel ni aku booking melalui Booking.com




Bilik memang puas hati. Selesa dan luas. Servis bagus dan staf pun mesra. Parking pun senang. Nak shopping 20 kali sehari pun boleh sebab memang betul-betul sebelah Kompleks HIG tu. Depan hotel ada bakery dan kedai makan pun ada kat depan tu. Memang senang le nak sarapan memandangkan kami tak amik pakej breakfast. Nasi lemak daun pisang Langkawi memang sedap. Encik suami tiapkali makan mesti 2 bungkus. Hahaha.

Hari pertama di Langkawi kami cuma pegi jalan-jalan ke Pantai Cenang je. Tujuannya nak beli pakej island hopping untuk keesokan harinya je. Selebihnya aktiviti bergambar dan selfie berdua. Camnilah nasib kalau bercuti berdua. Ko amik gambar aku, aku amik gambar ko. Lepas tu selfie nampak muka je yang mampu.




Itu ajelah aktiviti hari pertama. Kesimpulannya takde aktiviti sangat pun. Haa tunggu aktiviti hari kedua ye.

Okbai!