Tuesday, April 29, 2014

:. Penyeri Baru .:

Hujung minggu hari tu saja suka-suka ajak sang suami ke Kaison Paradigm Mall.

Nak cari canvas art untuk deko deko katanya.
Dan saja nak jalan jauh sikit sebab dah bosan asyik pegi Alamanda yang sekangkang kera je dari rumah.

Aku ni kalau masuk Kaison memang berjam-jam.
Habis semua benda nak telek.
Kalau ikut hati semua benda nak beli.
Tapi sebab misi utama nak beli canvas art, jadi terpaksa buat-buat tak nampak kat benda lain.
Dalam pada buat-buat tak nampak tu sempat jugak le sambar pokok bunga kecik dengan paperbag.



Memang boleh sawan le tengok canvas art yang cantik-cantik ni.
Mula-mula dulu kitorang suka beli gambar macam pondok telefon, menara Eiffel semua tu.
Lepas tu beli yang gambar pokok-pokok.
Kali ni nak tukar selera ke abstrak pulak.
Dan akhirnya inilah pilihan kami. Eh. Pilihan sang suami sebenarnya.


Very the colourful kan?
Tapi memang naik seri le bila letak kat ruang tamu kami yang konsep merah-hitam-putih katanya.
Penyeri baru rumah manis kami sebab bukak je pintu rumah terus nampak dia.


Kalau nak deko deko rumah dengan canvas art, Kaison memang pilihan terbaik.
Harga memang mampu milik dan baaaaanyak sangat pilihan sampai ko boleh rambang mata le.
Kat area KL ni yang aku tahu tempat yang ada Kaison ialah kat Paradigm Mall dengan KL Festival City.
Sape yang belum pernah pegi tu silalah pegi. Dijamin nak datang lagi.

Hehehehe.

Wednesday, April 23, 2014

:. WW : Akan Kembali .: