Wednesday, May 28, 2014

:. Wishlist : Tercapai Jua Akhirnya! .:


Terima kasih encik suami kerana merealisasikan impian isterimu.
Lepas ni JANJI tak zikir lagi dah kat telinga kalau lalu depan PANDORA.
Hahahaha.

Ilebiu lah bang!

Tuesday, May 27, 2014

:. Rindu Nak Memblog .:

Salam.

Lama betul tak memblog.
Niat nak jadi blogger tegar kengkonon hanyalah angan semata.
Nak buat camne. Kekangan masa.

Serius.

Sejak ada Noona Couture, masa banyak dihabiskan kat situ.
Bukak butik online ni bukan senang.
Lain le kalau kita ni ada nama gah.
Jadi banyak usaha yang diperlukan untuk bagi orang kenal kita.

Macam aku yang bekerja ni, kena bahagi bahagi masa.
Kadang-kadang malam pun dok mengadap hal bisnes.
Hujung minggu ke sana sini cari stok.
Kalau join event, hujung minggu berbisnes.
Suami mula-mula dulu macam tak memahami.
Tapi tengok sekarang dah mula boleh paham.
Alhamdulillah.



Dan Alhamdulillah rezeki dah mula menyebelahi kami.
Walaupun tak banyak tapi dah rasa berbaloi.
Bisnes online ni tak boleh harap pada promosi online aje.
Kena rajin turun padang. Bukak booth.
Motipnya supaya orang kenal kita.
Bila orang kenal kita baru orang boleh percaya.
Kan?

Oittt!
Apahal cerita pasal bisnes nih? Hahahaha.
Tapi betul le. Rindu sangat nak memblog.
Blog pasal makanan. Pasal kawan-kawan. Pasal jalan-jalan.
Cerita cuti-cuti Langkawi pun dah lama terbengkalai.
Dah hilang ingatan dah nak cerita balik. Sigh.

Haishhhh. Mana nak cari aura memblog ni?