Monday, June 30, 2014

:. Ramadan 1435H : Hari Pertama .:




Salam Ramadan.

Alhamdulillah semalam berjaya melalui hari pertama Ramadan.
Sahur masak ala kadar aje sebab belum beli barang dapur.
Makanya bersahur dengan sardin dan telur dadar.

Semalam gigih buat persiapan Ramadan.
Blend cili, bawang semua siap-siap.
Senang nanti nak masak sambal.
Petang pulak keluar ke Alamanda beli barang dapur.
Punyalah ramai umat manusia. Lenguh kaki beratur.

Semalam berbuka di rumah mertua.
Suami bukan main suka lagi bila tengok ada rendang ayam feveret dia.
Maaflah Bang, isterimu memang tak pandai masak rendang ayam. Huhu.
Part yang paling best bila MIL bekalkan sambal bilis.
Memang best sebab tak payah le aku buat sambal bilis dah. Ngeh ngeh ngeh.
MIL siap pesan suruh datang berbuka kat rumah lagi.
Insya Allah, Ibu. Maafkan menantumu sebab jarang bertandang.
Sibuk meniaga katanya. Uhuk. Uhuk.

Azam Ramadan tahun ni nak banyakkan amalan.
Nak jadikan diri lebih baik dari sebelum ni.
Doakan kami suami isteri istiqamah ye.

Tiapkali tiba Ramadan, hati memang sentiasa dirundung sayu.
Terkenangkan arwah mak yang 'pergi' pada bulan Ramadan.
Rindunya pada arwah mak memang tak terluah dengan kata-kata.
Rindu pada masakan mak. Celoteh mak. Bebelan mak.
Rindukan semuanya.
Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh ibuku.
Kau ampunkanlah dosanya. Kau tempatkan dia di kalangan orang yang beriman.
Amin.

Salam Ramadan semua.
Sama-samalah kita kejar ganjaran Ramadan.
Insya Allah.

Wednesday, June 25, 2014

:. WW : Like A Boss! .:


Tuesday, June 24, 2014

:. Ahad Lepas Punya Cerita .:


Sibuk dok cakap nak jumpa Adi Putra nak jumpa Adi Putra.
Haaa amik ko dapat jumpa betul-betul!
Tapi bila dah jumpa malu pulak nak amik gambar berdua.
Kegedikan apakah itu?
Lepas tu menyesal pulak rasanya.
Kasi pangggg sekali kat muka sendiri!

Hoi suara dia sebijik macam dalam TV.
Romantik habaq hang!
Cairrrrrrrr!!!!

Kalau jumpa Aaron Aziz mau pengsan terus kot?

Bahahahahahaha!

Wednesday, June 4, 2014

:. WW : Mojo Tido .: