Monday, July 28, 2014

:. Maaf Zahir Batin .:


Friday, July 25, 2014

:. Selamat Hari Raya Uolls .:

Salam 27 Ramadan.

Ada yang dah balik kampung ke?
Awalnya uolls. Takut jem ek?
Tahun ni akak macam nak kena tempuh jem je.
Sebab tahun ni kami sekeluarga beraya pertama di Bahau.
Apo kono eh jang?

Tahun ni jadual raya macam penuh je.
Selalunya raya ke4 ke5 akak dah start keja.
Tahun ni nan hado okeh.
Tahun ni akak banyak agenda.
Pitam akak.

Di kesempatan ni akak nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kat uolls yang baca blog akak.
Yang balik ke kampung, berhati-hati di jalanraya ye.

Selamat Hari Raya uolls!

Friday, July 18, 2014

:. #PrayForMH17 .:


Al Fatihah buat penumpang Muslim MH17 dan MH370. Juga buat keluarga Muslim kita di Palestin.

Amalan bacaan doa pagi di KKMM hari ni dibacakan doa khas untuk mangsa nahas MH17. Sebak sungguh bila dengar bacaan doa tu.

Semoga keluarga semua mangsa tabah melalui dugaan Yang Maha Esa.

Tuesday, July 8, 2014

:. 10 Ramadan 1435H : 2 Tahun Pemergianmu .:



Hari ni 10 Ramadan 1435H.
Genap 2 tahun pemergian arwah mak.
Dan esok 9 Julai hari kelahiran mak.

Setiap kali bercakap pasal arwah mak, hati aku sebak sangat sangat.
Tak terluah dengan kata-kata betapa rindunya aku dan keluarga terhadap arwah.
Hanya doa yang mampu kami kirim agar roh mak tenang di sana.

Ya Allah, 
Kau ampunilah dosa ibu.
Kasihani dan sejahterakanlah dia.
Ampunkanlah semua kesalahannya.
Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya.
Terimalah kebaikannya an hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu.
Ya Allah,
Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya.
Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

Al-Fatihah buat arwah mak, Rohani binti Yusof.