Monday, September 29, 2014

:. Anak Buah Baru .:

Alhamdulillah.
Bertambah seorang lagi anak buah.
Adik ipar aku dah pun selamat melahirkan baby girl pada 24 September.
Cucu ke6 bagi Atuk Saren.
Cucu ke7 aku dah chop tapi tak tahu bila baru muncul.
Doa-doakan le tahun depan ye.
Amin.

Semalam berkesempatan menziarah baby di rumah neneknya kat Keramat.
Sebelum pegi sempat singgah kat One Baby World beli hadiah.
Sekali hadiah boleh sama lak dengan Abang Zam.
Hahaha. Sabar ajelah.

Dan ini pic aku dan baby Amanda.
Pic atas permintaan Atuk Saren.

Mak Lang dan Amanda yang pose ala diva

Selamat datang ke dunia Firzanah Amanda.
Semoga membesar sebagai anak yang solehah dan bijak seperti mama dan papa.

Luv u sweetie pie!

Tuesday, September 2, 2014

:. Aktiviti Hujung Minggu .:

Hola!

Best kan cuti 3 hari?
Sampai rasa malas nak pegi keja hari ni.
Boleh pulak bangun pagi tadi sakit tengkuk.
Adoi! Salah teknik tido ke salah bantal?
Mungkin kena beli bantal baru.
Ngehngehngeh.

Apa aktiviti korang sepanjang cuti?
Ni aktiviti aku pada Sabtu dan Ahad.
Semalam seharian dok guling guling kat rumah aje.
Masak, mendobi, mengemas dan tengok tv.

**********

Sabtu : Ke Kenduri Kawin @ Setiawangsa
Mak oi MRR2 punyalah jem.
Sang suami dah bising bising dah.
Sang isteri cuba mengambil hati dengan sembang macam macam. Haha.

Lokasi majlis kat Dewan Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.
Yang kawin sepupu aku, Mail anak Pak Ngah abang arwah mak.
Kenapa selama ni aku dok ingat si Mail tu dah kawin ye?
Nampak sangat dah tua. Semua lupa. Haha.
Seronok dapat jumpa anak-anak Pak Ngah yang lain.
Memang dah lama betul tak jumpa Kak Nora dan Abg Sham.
Tak lama pun kat situ tapi sempat le bergambar dengan pengantin.


Eh macam sedondon lak baju aku dengan pengantin.
Nak amik gambar ni kena Q ok.
Punyalah ramai orang nak bergambar dengan pengantin.
Terpaksa gunakan mak buyung untuk potong Q. Hihi.

**********

Ahad : Melawat Baby R @ Selayang
Welcome to the world Baby R!
Akhirnya Dayah selamat melahirkan Baby R pada petang Jumaat di HKL.
Tahniah Mummy Dayah dan Daddy Ajeeb.
Rasa macam baru je lagi pegi kenduri kawin diorang.
Cepat betul masa berlalu.

Hari merdeka baru sempat melawat Baby R.
Tumpang Yana sebab sang suami taknak pegi.
Pastu rasa bersalah pulak sebab kesian kat Yana.
Mana nak drive, mana nak layan Dadam.
Nasib baik akhirnya Dadam nak jugak kat Echu. Huhu.
Sorry ye Yana!

Nama dan pic penuh Baby R tak boleh nak publish kat sini.
Tunggu mummy daddy publish kat FB dulu.
Tak berpeluang pegang Baby R sebab dia mengamuk.
Nak mummy pangku je. Tangan keluar dari bedung pun marah.


Selamat berpantang buat Mummy Dayah.
Dan selamat berjaga malam Mummy Dayah dan Daddy Ajeeb.

**********

Itu ajelah cerita aktiviti hujung minggu.
Sebenarnya balik dari Selayang aku dan sang suami ke Marina Putrajaya.
Saja jalan-jalan. Tapi nanti le share pic.

Nak belanja satu pic gedik gedik bersama Dadam.


Suwit ke idok?