Thursday, October 16, 2014

:. Nasi Goreng Feveret .:

Nasi goreng ni memang feveret sang suami.
Boleh dikatakan tiap-tiap minggu masak.
Yang penting kena sentiasa ada stok daging dan kacang buncis.

Resepi asal dari blogger famous Peej Burhan.
Kalau korang google 'nasi goreng peej burhan' memang keluar resepinya.
Sedap uolls. Senang lak tu. Bahan-bahan pun simple je.
Kalau cakap kat sang suami nak masak nasi goreng daging terus bercahaya wajah.
Hahaha. Betul uolls. Tak tipu.

Hari ni aku nak share resepi ni.
Tapi versi aku bubuh kicap sebab aku suka nasi goreng gelap-gelap sikit.
Kalau pucat lesi ni cam kurang sikit selera.
Sebab tu aku tak gemar nasi goreng cina.

RESEPI NASI GORENG DAGING

Watak utama

Bahan Kisar
7-8 biji cili padi (kalau suka pedas boleh letak lebih)
1/2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Nasi 2 pot
Segenggam hirisan daging  (better guna daging batang pinang. cepat empuk)
Kacang buncis dipotong kecil (ikut le nak bubuh banyak mana)
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
2 biji telur
Garam
Minyak

Cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai wangi.
2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
3. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
4. Pecahkan telur dan gaul rata.
5. Masukkan kacang buncis.
6. Last sekali masukkan nasi dan gaul rata. Siap.

Kalau tak buh kicap lebih kurang gini rupanya

Kalau nak gelap sikit bubuh le kicap.
Ikut citarasa masing-masing.

Rupa setelah dikicapkan

Aku rasa yang buat nasi goreng ni sedap ialah serbuk pati ikan bilis tu.
Tapi sang suami kata dia suka sebab buncis tu krap krup bila makan.
So dia selalu request buncis lebih.
Haa yang tu aku tak gemor sikit sebab aku tak makan sayur. Haha.

Lepas ni uolls cuba le pulak.
Tapi kalau tak guna daging biasa, seeloknya rebus dulu daging tu.
Kalau tak jenuh lak nak tunggu empuk.

Sekian dari dapur CikTari yang kadang-kadang berasap kadang-kadang tak.

Wednesday, October 15, 2014

:. Wishlist : Tote Bag .:

Mode : Berangan

Sebelum ni takde le kemaruk sangat berangan pasal tote bag.
Tapi lepas kakak iparku Kak Sue Ngah beli terus meroyan jap.
Memang taste aku kot yang camni.


Ya. Inilah budaknya.
Coach Peyton Signature Zip Top Tote Bag.
Aku suka material dan kaler ni sebab tak terlalu menonjol.
Suka! Suka! Suka sangat!
Tapi tabung ayam belum penuh.
Sob. Sob. Sob.




Hasil dari tabung telur ayam. Lanyard.
Mula-mula beli cucu. Sok-sok kita beli mak dia.
Pastu baru nenek dia.
Hoi kalau boleh semua collection dia aku nak beli.
Tapi mampu ke?

Uhuk. Uhuk.
Mampu tengok je le cik jah :(