Monday, December 29, 2014

:. Penutup 2014 : Percutian Keluarga MSB .:

Salam semua.

Tahun 2014 dah pun hampir sampai ke penghujung.
Kejap betul masa berlalu kan?
Dan sebagai penutup tahun 2014, keluarga MSB sempat bercuti bersama.
Hasil kutipan tabung ayam sepanjang tahun, destinasi pilihan ialah LANGKAWI!

Tahun ni aje dua kali kot aku ke Langkawi.
Oklah tu. Cuti-cuti Malaysia kan.
Tak banyak pikcer yang aku ambil.
Ni pun ihsan adik beradik.
Saja letak kat sini sebagai kenangan.

Gelombang biru @ Langkawi :)






Tuesday, December 2, 2014

:. Kiki Dalam Kenangan .:


RIP 09092011 - 28112014.

Kiki, kucing pertama yang kami bela dah pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Sedih memang tak dapat diluahkan.
Asalnya Kiki cirit birit.
Tapi kemudian malam tu dia jadi sangat lemah dan esoknya dia terus 'pergi'.

Patut le beberapa minggu sebelum tu Kiki jadi sangat manja.
Kiki bukan jenis kucing yang manja.
Tapi kali ni dia manja sangat.
Lepak kat dalam rumah. Dok rapat-rapat dengan kami.
Rupanya tu petanda dia dah nak 'pergi'.

Walaupun seketika, kehadiran Kiki sangat bermakna buat kami.

Kiki, semoga kau tenang di sana.