Wednesday, July 15, 2015

Salam Aidilfitri Uolls

Hari ni ofis dah mula lengang.
Tengahari semalam pun semua dah pakat halfday.
Kompius akak dibuatnya. Raya hari Khamis ke Jumaat?
Tak kira. Hari ni akak pulak nak halfday.

Tahun ni turn beraya belah mertua.
Macam biasa le raya pertama di KL.
Raya kedua balik Melaka. Balik hari aje pun.
Raya ketiga dah aktiviti bebas. Jadi bolehlah menziarahi Ikea. Hihuhihu.

Tahun ni tahun ke4 beraya tanpa arwah Mak.
Rindu air tangan Mak bila tibanya Syawal.
Rindu nak belikan baju raya, tudung raya untuk Mak.
Rindu nak bersalaman dengan Mak di pagi Syawal.
Rindu semuanya. Rindu Mak!


Ni pic kenangan kali terakhir berkumpul di pagi Syawal dengan arwah Mak.
Ada jugak pic kenangan kami bersama.

Sebelum akak banjirkan opis dengan airmata, akak nak ucap Salam Aidilfitri kat uolls.
Walaupun akak ni blogger sendu tapi terima kasih pada yang sudi baca blog akak.
Akak mintak maaf andai ada terkasar bahasa dari segi penulisan dan lawak slapstik akak.

Selamat Hari Raya uolls.
Berhati-hati di jalanraya.

Wednesday, July 1, 2015

Qari Junior

Petang petang selalunya dalam 6.45pm dah siap masak.
Sempatlah tengok Qari Junior kat TV3 nun.
Kagum sangat dengan budak-budak Qari Junior tu.
Hebat-hebat semuanya.
Mengaji sedap. Jawab soalan pun pandai.
Soalan-soalan yang akak rasa susah tu kacang goreng je diorang jawab.
Malunya dengan diorang.
Usia muda tapi sangat berilmu.

Bercakap pasal Qari Junior ni masa akak sekolah rendah dulu penah terpilih nak jadi pelapis qariah.
Haaaa. Percaya ke idok?
Silalah percaya kerana ini kisah benar.
Masa tu akak sekolah kat Kelantan. Darjah 5 kat SK Lundang.
Akak sekeluarga dulu masyarakat nomad. Selalu pindah randah.
Sempatlah duduk kat Kelantan nun setahun lebih.

Masa akak darjah 5 tu ustaz cakap akak terpilih jadi pelapis qariah.
Terkejut akak. Kenapa saya? Why? Why me?
Walaupun nanti darjah 6 baru akak masuk tilawah al-Quran tapi dah kena start berlatih.
Tiap-tiap petang kena berlatih mengaji okeh.

Rasanya ada 2,3 kali je kot akak pegi berlatih mengaji.
Selebihnya akak pegi menjelajah seluruh pelosok kampung dengan kawan-kawan.
Maklumlah akak kan konon konon orang bandar masuk kampung. Jakun le sikit.
Habis segala kawasan kubur dan ladang getah kitorang jelajah.
Kawasan kubur tepi sekolah tu memang port kitorang.
Sebab kat situ ada jalan short cut masuk ladang getah.
Tapi bukan hari-hari le merayau.
Time baik kitorang main galah panjang je kat hujung padang sekolah.
Situ ada kawasan pokok dan redup.
Tengahari buta lepas balik sekolah pun jadi je main galah panjang kat situ.
Notty sangat ye akak zaman kekanak ribena laici dulu kan?

So apa kesudahan dengan pemilihan akak sebagai pelapis qariah?

Dalam pertengahan tahun tu Abah kena pindah ke Negeri Sembilan lak.
Maka dengan itu kami sekeluarga pun PINDAH LAGI.
Maka tamatlah kisah akak sebagai peserta Qari Junior.

Tapi nanti bila akak dah ada anak akak nak anak akak jadi macam budak-budak Qari Junior ni.
Sejuk perut ibu mengandung kalau dapat anak-anak macam tu.
Sekarang pun ramai dah ibubapa yang hantar anak ke sekolah Tahfiz.
Sekolah Tahfiz sekarang pun banyak yang bagus-bagus.
Yang balance kan ilmu agama dan subjek-subjek lain.
Dah harap-harap anak akak sok tak notty dan suka ponteng macam akak. Huhu.

Itu aje akak nak cerita pepagi ni.

Sekian.



Tuesday, June 30, 2015

Ramadan dan Dapur

Rasanya bulan Ramadan le yang paling kerap dapur aku berasap.
Kalau tak manjang je ada alasan tak nak masak. Kesian encik Suami.
Dan Ramadan juga jadi bulan aku bereksperimen mencuba resepi baru.
Yelah. Aku ni mana le pandai masak.
Yang aku reti cuma menyambal dengan melemak cili api je.
Takkan hari-hari nak makan itu je kot?
Eh tapi sambal le syok makan time berbuka.
Membuka selera katanya.

Biasanya weekdays memang aku masak.
Weekend biasalah gantung kuali dengan alasan berbuka di rumah mertua.
Bazaar Ramadan baru sekali je pegi.
Kagum tak dengan pencapaian iolls?
Rasa macam membazir je beli kat bazaar Ramadan. MAHAL!

Saja nak share antara menu berbuka yang sempat dimasak.
Masa minggu pertama tu nan hado pikcer yang diambil.
Dah kendian baru rasa nak amik pikcer.

Iftar Day 7
Sambal udang petai, kobis masak lemak & daging goreng

Iftar Day 9
Kari ayam, kobis masak kicap, ikan bulu ayam & karipap

Iftar Day 12
Asam pedas ikan tenggiri, sotong goreng kunyit & karipap

Karipap adalah karipap frozen yan dibeli kat opis.
Serius sedap. Inti dia mengancam baq hang!
Lagipun tu je kuih yang confirm encik Suami makan. Huhu.

Bila hari-hari masak ni, kekadang otak jadi blank pun ada.
Blank sebab tak tahu nak masak apa.
Tapi serius cakap masak sendiri memang JIMAT uolls.
Sangat sangat sangat jimat.
Pasar Presint 8 tu dah jadi tempat kecintaan di hujung di minggu.

Ermmm. Hari ni nak masak apa ye uolls?

Wednesday, June 17, 2015

Selamat Datang Ramadan

Esok Ramadan menjengah lagi.
Tapi hari ni punyalah sibuk. Sibuk dengan meeting pagi petang.
Dan bila ada meeting maka sibuk makan jugak le maknanya. Hahaha.

Di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak pada semua.
Semoga Ramadan kali ni membawa lebih keberkatan berbanding tahun sebelumnya.
Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam berblog selama ni.


Sama-samalah kita kejar ganjaran Ramadan.
Selamat berpuasa semua!

Monday, June 15, 2015

Rindu

Ramadan hampir tiba.
Semakin kuat rasa rinduku padanya.
Makin dipendam makin tak tertanggung rasanya.


Ya Allah. Kau cucurilah rahmat ke atas roh ibuku.
Kau lapangkanlah kuburnya,
Kau ampunilah segala dosa-dosanya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Mak, I miss you so much.
Damailah kau di sana.

Tuesday, June 9, 2015

mIRC

Ingat tak zaman kegemilangan berchatting di mIRC?



A/s/l pls?

Berchatting di mIRC ni adalah hiburan utama aku masa belajar di UiTM Jengka.
Sape yang penah belajar di UiTM Jengka tau le apa yang ada kat sana masa tahun 1998-2001.
Baaaaanyaakkkkk sangat hiburan yang uolls ada kat sana kan?

Hahahaha.

Aku memang berterima kasih sangat dengan kewujudan cybercafe kat Bandar Jengka.
Cybercafe (CC) pertama yang wujud adalah CC Oren.
Mahap akak tak ingat nama sebenar CC tu.
Yang akak ingat tokey dia Abang Mi jiran sekampung Zana kawanku.
Lagipun dalam CC tu kaler oren so sebab tu panggil CC Oren.
Eh ke memang nama dia Oren?

Aku ni boleh dikatakan pelanggan setia CC Oren.
Motipnya nak check emel dengan chatting le.
Dulu-dulu masa subjek Computer Accounting ada jugak masuk lab.
Tapi bukak emel pun takut takut je sebab takut kena sergah dengan En. Syed hensem.
Kalau kat CC tak takut sangat cuma takut chatting dengan orang dalam CC yang sama je. Haha.

Feveret channel aku masa chatting mIRC dulu opkos le #kampung dan #uitm.
Ramai jugak le dapat kengkawan masa tu.
Tapi yang betul-betul kawan sampai sekarang dua orang je.
Kawan dalam FB tapi takut nak bertegur. Boleh gitu?
Bukan takut sebenarnya. Segan sebab masing-masing dah kawen.
Kenalah hormat pasangan masing-masing. Idok gitu?

Yang paling syok masa chatting ni kalau dapat chat dengan orang yang satu kampus.
Maka bolehlah buat keja nakal cakap konon-konon nak jumpa tepi padang pukul sekian sekian.
Nama sekian sekian pakai baju kaler sekian sekian.
Tapi sekian terima kasihlah sebab memang takkan jumpa punya le.
Dah tentu tentu le takkan pakai baju kaler tu.
Eh tapi aku tetap ada tepi padang tu. Tengok orang main tenis. Uhukkk. Uhukkk.

Tapi berchatting di mIRC dulu dan sekarang dah tak sama.
Kalau dulu chatting benda elok-elok je.
Intro pun sopan je. Nak out pun bagitau. GTG. Ecececeh.
Beberapa tahun lepas aku try jugak le masuk mIRC ni.
Masa tu belum kawen lagi.
Ai is bujang ye masa tu. Masih suci. Naif.
Baru intro dah cakap 18SX.
Ngeri kot! Terus mentally traumatized!
Ramainya orang gila s*ks zaman sekarang.
Lepas tu terus tobat taknak masuk dah mIRC. Huhuhu.

Zaman sekarang ni chatting chatting kat PC ni orang dah jarang guna kot.
Ada lagi ke orang gigih pegi cybercafe?
Rasanya semuanya mengadap gajet je.
Wassap. Wechat. Line. Telegram.
YM ada lagi ke orang guna?
Aku suka YM sebab ada emoticon gelak guling guling tu.

Itu je aku nak cerita.

GTG.

Friday, June 5, 2015

Gigih

Waktu rehat panjang hari Jumaat biasanya akak pegi mengukur shopping mall.
Tapi sebab hari ni kengkawan iolls semua busy (katanya) maka iolls pun balik le rumah.

Balik tido ke?

Harus le tidak uollssssss!
Akak uolls ni mana reti tido tengahari. Kecuali time tak sihat le.
Akak balik masak uolls!

Gigih ke idok?


Gigih sangat kan.
Asam pedas ikan tenggiri dan ayam goreng kunyit.
Keletung keletang kat dapur tak sampai sejam dah siap.
Hebat sangat perasaan makan tengahari dengan air tangan sendiri.
Terasa bangga dengan kegigihan sendiri okeh. Hahaha.

Balik keja kang boleh le akak guling-guling dengan Mojo.
Cuma panaskan balik lauk dan nasi.
Heaven sangat kalau hari-hari camtu.

Abang, nak jadi surirumah sepenuh masa boleh?

Thursday, June 4, 2015

Piknik @ Kalumpang

Walaupun kejadian berlaku di zaman Paleolitik tapi tetap jugak nak buat entry.
Nak jadi pemblog tegar katanya.
Rasanya dah bertahun-tahun dah dengar kata-kata ni kan.
Propa sangat.

Ini lebih kurang macam last minute punya aktiviti le.
Kalau plan awal-awal tak surprise le.
Kejadian ni masa cuti Tahun Baru Cina.
Gigih le sama-sama menyesakkan jalanraya sebab nak pegi Kalumpang.

Selalu cuma dengar je orang sebut Kalumpang Kalumpang.
Sekarang dah boleh eksyen sebab dah sampai sana.
Dah merasa berendam kat sana.
Dah merasa makan nasik lemak tepi jeram uolls.
Heaven sangat.

Cakap banyak pun tak guna. Tengok ajelah pikcer.











Kalau ada peluang memang nak pegi lagi.
Best sangat mandi jeram. Sejukkkkk.
Entah bila le dapat pegi lagi.
Kalau plan dengan kengkawan manjang je tak jadi.
Kan kan kan uolls?

Cerita Random

Ahnyeonghaseyo!

Hari ni hantu blog merasuk terus gigih tukar rupa paras blog.
Sendu bebenor blog akak sekarang ni.
Tak berhapdet. Manjang busy kengkonon padahal nan hado pun.
Dulu punyalah berkobar.
Sekarang habuk pun tada.

Tahun ni banyak berjalan-jalan.
Jalan-jalan dengan suami. Jalan-jalan dengan famili.
Ke Melaka. Ke Ipoh. Ke Kuantan. Ke Kuala Terengganu. Ke Kelantan.
Habis semua negeri pantai timur aku cover dalam bulan 5.
Tapi tak blog kan pun sebab pikcer ada takde je gayanya.

Kursus pun merata tahun ni.
Cameron Highland. Port Dickson. Johor Bahru.
Lepas ni Langkawi lak menyusul.
Manjang le sang suami kena tinggal.
Kesian beliau asyik kena balik rumah mertua.
Padahal sebenarnya dia suka kot. Hahaha.

Tak lama lagi Ramadan dah kembali menjelma.
Harap-harap tahun ni tahap kerajinan ke dapur lebih tinggi dari tahun sebelumnya.
Dan harap-harap Ramadan aku kali ini lebih baik dari yang sebelumnya juga.
Insya Allah.

Harap-harap jugak hantu blog tak lari masuk badan orang lain. Haha.


Pikcer takde kaitan dengan entry.
Harap maklong.
Okbai!

Tuesday, February 10, 2015

:. Dinner Sempena Anniversary .:

5 Februari. Genap 4 tahun usia perkahwinan kami.
Memandangkan hari kerja so pilih untuk celebrate dekat dekat je.
Dan Padi House Putrajaya jadi pilihan sebab Encik Suami tak penah makan kat situ.
Kesian beliau. Sang isteri dah berkali-kali kot melantak dengan kengkawan. Huhu.



Alhamdulillah masih dipanjangkan usia perkahwinan kami.
Walaupun belum dikurniakan rezeki zuriat tapi kami sentiasa dikurniakan rezeki yang lain.
Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah.
Terima kasih Encik Suami sebab terima diri ini seadanya.
Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke Jannah.
Amin.

Monday, February 9, 2015

:. Percutian Pertama 2015 : Melaka .:

Ini percutian pendek sempena cuti Hari Wilayah dan Thaipusam.
Takdelah pegi jauh-jauh pun.
Cuma pegi Melaka sebab dekat dan banyak tempat nak jalan-jalan.

Sengaja aku pilih untuk bermalam kat sana hari Ahad walaupun hakikatnya hari Sabtu pegi Melaka jugak.
Encik Suami pun redha aje dengan plan sang isteri.
Aku malas nak bermalam hari Sabtu tu sebab confirm sesak kat Bandar Hilir tu.
Dan satu lagi sebab ialah hotel yang aku nakkkk sangat tido tu FULL!

So gigih le laki bini dua orang ni ke Melaka lagi pada hari Ahad.
Kali ni gerak lambat sikit sebab takde apa nak dikejar pun.
Sempat cuci kain dan sarapan.
Dalam pukul 11 lebih baru gerak ke Melaka.


Kami sampai kat Bandar Hilir dekat nak pukul 2.
Terus cari kedai asam pedas.
Kedai Asam Pedas Selera Kampung ramai sangat orang.
Sebab dah lapar sangat pegi le makan kat kedai depan tu.
Tapi malangnya masa kitorang sampai asam pedas dah habis.
Tinggal ikan kembong sekor je.
Bila dah habis makan baru le asam pedas yang baru masak keluar dari dapur.
Whatttt?
Takpe. Esok masih ada.

Lepas makan terus ke hotel. Check in.
Teruja ok nak tido kat hotel idaman. Hatten Hotel.
Tak tahulah kenapa teringin sangat nak tido situ.
Mungkin sebab bilik dia macam cantik kot?




Ok. Memang cantik.
Dapat view pun cantik mengadap laut.
Tapi kalau dapat view swimming pool lagi best kot.
Eh. Eh. Sibuk pasal view. Macam le 24 jam dok tepi tingkap.

Lepas dah rehat-rehat dalam pukul 5 kitorang keluar jalan-jalan.
Misi utama nak pegi Jonker Walk dan Hard Rock Cafe.
Tapi lokasi tak tahu kat celah mana.
So jalan-jalan dulu area A Famosa sampai ke bangunan merah.




Sampai kat bangunan merah ingat nak tanya abang polis kat mana Jonker Walk.
Sekali bila pusing pusing tengok Hard Rock Cafe seberang sungai je.



Singgah Hard Rock Shop kejap beli t-shirt kiriman si budak Ami.
Pastu terus jalan-jalan kat Jonker Walk.


Masa tu gerai-gerai pasar malam baru nak bukak.
So macam tak syok sangat nak jalan-jalan.
Itupun kitorang jalan separuh je.
Kalau jalan sampai hujung mungkin berdarah tapak kaki nak menapak balik ke hotel.
Jauh kot. Kalau naik beca takpelah.
Haa kalau korang nak naik beca caj dia RM25 ye untuk pusing-pusing.
Pastu korang boleh pilih le tema beca yang korang suka.
Hello Kitty. Frozen. Doraemon. Captain America. Semua ada.

Malam tu kami tak pegi makan kat Umbai atau Alai pun.
Makan kat area Dataran Pahlawan yang tak berapa nak ada kedai makan.
Macamana entah aku boleh lupa kewujudan Mahkota Parade.
Padahal kat situ melambak kedai makan.
Faktor usia mungkin.

Dan malam tu jugak sekali lagi aku tak boleh tido lena.
Aku memang ada penyakit yang susah nak tido kat tempat lain.
Confirm tak lena. Kejap kejap terjaga.
Bila dah terjaga tu mulalah pikir mengarut.
Lepas tu buat bising kacau Encik Suami yang tengah tido.
Pastu pasang tv sebab takut sunyi.
Saiko sangat kan perempuan ni. Hahaha.

Pagi esoknya gigih bangun awal sebab ada orang nak terjun kolam.
Aku pulak gigih nak chop kerusi tepi kolam.
Over sangatttttt!


So pukul 8 (awal ke?) terus turun breakfast.
Ramai jugak rupanya orang walaupun hari Isnin.
Mesti orang KL semua ni.

Pilihan makanan untuk breakfast tak banyak sangat tapi ok le.
Ada nasi lemak kaler hijau. Mee kari. Roti canai. Hashbrown. Dan lain-lain.
Kalau banyak banyak menu pun bukan semua mampu aku makan.
Nak nak tangki masa tu belum dikosongkan.
Lagilah tak boleh makan banyak. Huhu.
Tapi telur separuh masak adalah best.


Lepas breakfast terus pegi swimming pool.
Orang belum berapa ramai.
Mula-mula ada orang duduk kat kerusi idaman aku yang tepi kolam tu.
Elok je orang tu bangun, kerusi itu milikku. Hahahaha.
Maka lepak le kat situ tengok Encik Suami riang ria mandi.
Bukan main seronok lagi beliau walaupun gigil gigil kesejukan.
Seronok lepak kat situ. Sejuk je sebab kolam ni kat tingkat 12.




Naik dari swimming pool balik bilik dan siap-siap untuk check out.
Lepas check out terus pegi cari asam pedas.
Kali ni berjaya makan kat kedai Asam Pedas Selera Kampung tu.


Baru pukul 12 lebih dah penuh kot.
Tapi nasib baik berdua so bolehlah le menyelit tepi dinding.
Orang sibuk makan asam pedas aku sibuk makan gulai ketam.
Dah lama sangat nak makan.
Nak masak sendiri malas sebab aku sorang je yang makan.

Lepas dah kenyang makan sambung ronda-ronda Bandar Hilir.
Konon nak naik Menara Tamingsari.
Sekali tutup 2 minggu le pulak untuk keja maintenance.
Elok lak tu 2hb tu hari pertama tutup.
Cissss. Menyesal tak naik semalamnya.

Maka berjalanlah laki bini dua orang ni ke destinasi lain.
Ke mana aje pun nak pegi di kala terik mentari.
Masuk muzium kapal le sudahnya.
Buat cukup syarat. Hahaha.



Panas terik kot waktu ni.
Nampak sangat muka menahan panas.
Tau-tau je dah rentung. Huhuhu.


Lepas tu kitorang terus balik Putrajaya.
Tak singgah dah mana-mana sebab Encik Suami mengantuk + penat.
Walaupun pendek je percutian ni tapi dapatlah lari kejap dari pikir pasal kerja.
Alhamdulillah. Ini pun dah cukup puas hati.
Insya Allah kalau ada rezeki kita pegi bercuti lagi ye, Bang!