Wednesday, July 1, 2015

Qari Junior

Petang petang selalunya dalam 6.45pm dah siap masak.
Sempatlah tengok Qari Junior kat TV3 nun.
Kagum sangat dengan budak-budak Qari Junior tu.
Hebat-hebat semuanya.
Mengaji sedap. Jawab soalan pun pandai.
Soalan-soalan yang akak rasa susah tu kacang goreng je diorang jawab.
Malunya dengan diorang.
Usia muda tapi sangat berilmu.

Bercakap pasal Qari Junior ni masa akak sekolah rendah dulu penah terpilih nak jadi pelapis qariah.
Haaaa. Percaya ke idok?
Silalah percaya kerana ini kisah benar.
Masa tu akak sekolah kat Kelantan. Darjah 5 kat SK Lundang.
Akak sekeluarga dulu masyarakat nomad. Selalu pindah randah.
Sempatlah duduk kat Kelantan nun setahun lebih.

Masa akak darjah 5 tu ustaz cakap akak terpilih jadi pelapis qariah.
Terkejut akak. Kenapa saya? Why? Why me?
Walaupun nanti darjah 6 baru akak masuk tilawah al-Quran tapi dah kena start berlatih.
Tiap-tiap petang kena berlatih mengaji okeh.

Rasanya ada 2,3 kali je kot akak pegi berlatih mengaji.
Selebihnya akak pegi menjelajah seluruh pelosok kampung dengan kawan-kawan.
Maklumlah akak kan konon konon orang bandar masuk kampung. Jakun le sikit.
Habis segala kawasan kubur dan ladang getah kitorang jelajah.
Kawasan kubur tepi sekolah tu memang port kitorang.
Sebab kat situ ada jalan short cut masuk ladang getah.
Tapi bukan hari-hari le merayau.
Time baik kitorang main galah panjang je kat hujung padang sekolah.
Situ ada kawasan pokok dan redup.
Tengahari buta lepas balik sekolah pun jadi je main galah panjang kat situ.
Notty sangat ye akak zaman kekanak ribena laici dulu kan?

So apa kesudahan dengan pemilihan akak sebagai pelapis qariah?

Dalam pertengahan tahun tu Abah kena pindah ke Negeri Sembilan lak.
Maka dengan itu kami sekeluarga pun PINDAH LAGI.
Maka tamatlah kisah akak sebagai peserta Qari Junior.

Tapi nanti bila akak dah ada anak akak nak anak akak jadi macam budak-budak Qari Junior ni.
Sejuk perut ibu mengandung kalau dapat anak-anak macam tu.
Sekarang pun ramai dah ibubapa yang hantar anak ke sekolah Tahfiz.
Sekolah Tahfiz sekarang pun banyak yang bagus-bagus.
Yang balance kan ilmu agama dan subjek-subjek lain.
Dah harap-harap anak akak sok tak notty dan suka ponteng macam akak. Huhu.

Itu aje akak nak cerita pepagi ni.

Sekian.



1 comment: